Setelah sekian lama menanti kehadiran cahaya mata lelaki, pelakon Yatt Hamzah akhirnya dikurniakan bayi lelaki selepas selamat bersalin anak keenamnya itu pada 3 Julai lalu.

Di samping meluahkan rasa syukur, Yatt atau nama lengkapnya Haryati Hamzah mendedahkan perasaan yang luar biasa setelah mendakap puteranya buat kali pertama.

“Pertama kali mendakap BAYI LELAKI zuriat sendiri. Perasaannya, Subhanallah luar biasa indah. Menitis air mata dan lidah tak henti2 mengucapkan syukur.

“Inilah anak bertuah yang hampir2 keluar ikut tingkap. Di saat2 akhir dapat juga melahirkannya secara Normal walaupun terpaksa menahan sakit lebih 8 jam dan meneran kuat hingga pembuluh darah pecah di bawah kulit muka, mata dan seluruh badan.

“Boleh nampak jelas kulit muka Bonda tu penuh bintik2 merah seperti freckles. Pengorbanan ibu, asalkan anak yang dilahirkan selamat dan sihat,” tulisnya.

Yatt pada masa sama turut menzahirkan rasa syukur atas rezeki zuriat yang diberikan Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah, inilah Si Bongsu Anakanda Putera yg ditunggu2 sekian lama.. Satu2nya Putera Bonda selepas kakak2nya 4 Puteri, barulah dia muncul.

IKLAN

“Kelahiran yg dinanti2kan bukan sahaja kami keluarganya tapi sahabat2 dan followers Bonda.

“Sungguh tak sangka zuriat penutup ini (in shaa Allah), kami dapat seorang Putera. Sampai ramai sangat yg WhatsApp dan DM bertanya, apa tips nak dapat anak lelaki!?,” tulisnya lagi.

“Walau Terpaksa Menahan Sakit Lebih 8 Jam, Meneran Kuat Hingga Pembuluh Darah Pecah Di….,” – Yatt Hamzah Syukur Dapat Anak Lelaki Sulung “Walau Terpaksa Menahan Sakit Lebih 8 Jam, Meneran Kuat Hingga Pembuluh Darah Pecah Di….,” – Yatt Hamzah Syukur Dapat Anak Lelaki Sulung

Malah, Yatt memberitahu dia tidak berharap sebaliknya diberikan zuriat anak yang sihat seadanya.

IKLAN

“Di sini Bonda jawab pertanyaan semua. Wallahi Bonda tiada apa2 tips dan tidak mengamalkan apa2 melainkan menyerahkan segala pergantungan hanya pada Allah.

“Memanglah teringin anak lelaki tapi tak mengharap apa2. Kalau dapat syukur..tak dapat pun syukur. Tak mengharap, hanya berdoa. Jika ada rezeki kami, kami redha apa sahaja yg dikurniakan asalkan anak selamat dan sihat.

“Sekali lagi terima kasih atas doa2 yg baik dari kalian semua. Bonda dan anakanda rehat dulu ya. Esok Bonda sambung cerita Bonda melahirkan di hospital mana. Di hospital swasta lagi atau kerajaan dan kenapa?

“Apa yg bestnya hospital pilihan kali ni? Assalamualaikum dan Selamat Malam.SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR,” tulisnya lagi.

IKLAN

“Walau Terpaksa Menahan Sakit Lebih 8 Jam, Meneran Kuat Hingga Pembuluh Darah Pecah Di….,” – Yatt Hamzah Syukur Dapat Anak Lelaki Sulung “Walau Terpaksa Menahan Sakit Lebih 8 Jam, Meneran Kuat Hingga Pembuluh Darah Pecah Di….,” – Yatt Hamzah Syukur Dapat Anak Lelaki Sulung

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Walau Terpaksa Menahan Sakit Lebih 8 Jam, Meneran Kuat Hingga Pembuluh Darah Pecah Di….,” – Yatt Hamzah Syukur Dapat Anak Lelaki Sulung

Foto: Instagram Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI