Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berkongsi momen istimewa sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania yang ke-20 menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam ucapannya itu, Abby menyifatkan Marissa sebagai seorang anak yang baik, namun mempunyai personaliti yang sukar dijangka.
“Selamat hari lahir cantik Marissa Dania yang ke-20. Anak yang baik tapi penuh teka teki. Yang sukar untuk dijangka. Inilah dia,” tulisnya.
Tambah Abby, walau apa pun yang terjadi dalam keluarga mereka, kasih sayangnya terhadap Marissa tidak pernah berubah.
“Cepat sangat anak mama besar. Mama rindu Adik yang dulu. Mama sayang sangat adik tahu. Abah sayang Adik. Semua adik beradik pun sayang Adik,” kongsinya lagi.
Sempena hari istimewa itu, Abby turut menghadiahkan Marissa seutas gelang emas, selain mendoakan agar anaknya itu terus kuat dan berjaya dunia akhirat.
Ads
“Terus kuat, terus jadi yang terhebat dijalanNYA. Solat, aurat, ikhtilaf terus jaga okay. Semoga anak mama kaya dan berjaya dunia akhirat.
“Sambut kecil kecilan dulu. Nanti kita tunggu papa yang kaya tu balik dari Sarawak. Kita sambut lagi okay,” ujarnya.
Reaksi Netizen & Kontroversi Terdahulu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan ucapan Abby dan menyatakan rasa sebak.
Mereka turut memuji sifat keibuan Abby yang pemaaf dan sentiasa menyayangi anak-anaknya. Antara komen yang mencuri perhatian termasuk;
Ads
“Kasih ibu membawa ke syurga. Walaupun hati pernah dilukai, demi anak tetap simpan luka di hati itu. Salute Abby.”
“Kenapa aku pula yang menangis. Kak Abby betul-betul hatinya pemaaf macam mak aku. Selalu maafkan anak walau apapun anak-anak buat dekat dia.”
“Pelukan paling hangat seorang anak adalah pelukan seorang ibu. Happy birthday si cantik.”
Ads
Pada April lalu, Abby menjadi tumpuan ramai apabila meluahkan kekecewaan terhadap menantunya, Mohd Aslam, suami kepada Marissa, yang didakwa tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.
Kontroversi tercetus apabila Abby menyangkal dakwaan Aslam yang mengatakan telah memohon maaf secara peribadi.
Namun, ketegangan itu reda apabila Marissa mengambil langkah bertemu Abby untuk memperbaiki hubungan yang dikatakan dingin hampir dua minggu.
Terdahulu, Marissa dan Aslam bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember 2023, tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak termasuk isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Debaran semakin terasa apabila tinggal seminggu sahaja lagi Anugerah Juara Lagu 33
(AJL 33) akan bersiaran langsung di TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil.
Lantas, kumpulan Caliph Buskers mengambil inesiatif dengan mempersembahkan sesi ‘mashup’ 12 lagu finalis yang akan saing pada 3 Februari depan.
Lalu, netizen memberikan komen pujian terhadap keunikan gabungan suara dalam 12 buah lagu yang dinyanyikan itu.
Tambahan pula, AJL 33 akan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Februari depan jam 9 malam.
Antara lagu yang bertarung di pentas akhir AJL 33 adalah:
1. Semakin – Siti Sarah
2. Bunga – Ara Johari
3. Kau Pun Sama – Syamel
4. Sampai Bila – Misha Omar
5. Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
6. Khai Bahar – Luluh
7. Bunga – Altimet
8. Jatuh Bangun – Haqiem Rusli feat Aman RA
9. Tak Pernah Hilang – Amylea x Kaer
10. Hajat – Hael Husaini
11. Di Matamu – Sufian Suhaimi
12. Nisan Cinta – Jaclyn Victor & Siti Nordiana
VIDEO : Youtube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Naz Rahman tampil meluah rasa syukur kerana tahap kesihatannya kini telah pun beransur pulih selepas menjalani pembedahan saraf tunjang lebih kurang tiga bulan lalu.
Menurut Naz, pembedahan berisiko tinggi itu tetap harus dijalankan memandangkan penyakit tersebut sedikit sebanyak menjejaskan kariernya sebagai pengacara.
“Saya operate dah tiga bulan. Saya sebenarnya masih lemah. Sepatutnya doktor kata jangan buat job lagi. Tapi apa boleh buat, siapa nak bagi makan dekat anak-anak saya. Saya tetap beranikan diri.
“Dia potong (bedah) daripada bahagian leher, mereka buka kemudian keluarkan tulang belakang. Mereka kikis dan letak semula. Bila dengar macam takut nasib baik saya tak sedar masa tu.
“Sakit ni sebenar dia effect dekat saraf tunjang kemudian merebak ke tangan. Pernah sekali tu masa saya sedang mengacarakan sebuah program tiba-tiba microphone terbang sebab saya tak dapat kawal. Banyak kali juga jadi sampai malu juga saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu turut mendedahkan sekarang merupakan waktu yang terbaik baginya untuk menjalani pembedahan kerana bimbang penyakit tersebut akan bertambah parah.
“Daripada melarat, saya masih ada tiga orang anak dan muda lagi ni baik saya buat sekarang.
“Untung masa PKP kita tiada pekerjaan dan saya gunakan waktu tersebut untuk berehat dan sekarang makin pulih alhamdulillah. Sekarang masih lagi terasa tapi rasa kebas tu semakin berkurang.
“Ini sebenarnya penyakit moden, kepada anda yang berusia 35 tahun ke atas selalu sangat tengok skrin, main phone buat editing berjam-jam tengkuk saya selalu tunduk sampai ada bahagian saraf yang hancur.
“Saraf tu lama terkepit daripada besar lama-lama jadi kecil. Ingatkan kalau kita buat kerta di komputer kita patut ambil rehat seketika,” jelasnya lagi.
Tambah Naz lagi, penyakit tersebut telah pun dialaminya sejak 15 tahun yang lalu
“Bila ada tabiat macam tu kita sebenarnya dalam bahaya. Sebenarnya dah 15 tahun saya ada penyakit ni. Dia dah melarat sampai doktor pun marah dengan saya. Dah macam ni baru nak mengalir air mata.
“Dulu saya ambil ringan sahaja ingat lenguh-lenguh biasa urut je nanti hilang. Memang hilang nanti lama-lama dia rasa balik.
“Saya kene jalani fisioterapi sebab dia effect dari tangan hingga kaki. Kalau perasan kaki saya sekarang ni besar sebelah.
“Sekarang ini setahun setengah saya kena berehat dan tak boleh kerja berat,” akhirnya.
Dalam perkembangan lain, Naz mendedahkan bahawa dirinya kini telah pun memulakan sesi pengambaran bagi musim terbaru program JJCM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rakan penyampai Suria Petang di Suria FM bersama Tyzo Xander, Sharifah Shahirah menitipkan dedikasi selepas stesen radio berkenaan mengumumkan bahawa khidmat Tyzo Xander, berakhir pada Jumaat.
Shahirah yang mesra disapa Kak Rara sepanjang mengendalikan segmen tersebut bersama Tyzo turut meminta pendengar agar terus menyokong Suria FM.
“Nice working with @tyzoxander, Dj Syatu 2023. Patah sayap sebelah.
“Tak tahu berapa lama pula nak pulih… Kalau nombor 1 tak bertukar.
“Kena support Suria FM. Kalau tak bertukar je kami, next…,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Rata-rata peminat turut memberikan reaksi pelbagai susulan pengumuman yang telah dibuat.
Terdahulu, Suria FM di dalam kenyataan media menjelaskan, keputusan tersebut dilakukan sebagai langkah stesen radio itu dalam merangka strategi dan perancangan baru.
Ia untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.
“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.
“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.
“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, selaku Pengurus Besar Suria FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!