Pelakon dan pengacara, Alif Satar telah meluangkan masa bersama beberapa orang banduan di Penjara Sungai Buloh, semalam.

Alif turut ditemani Mufti Wilayah Perseketuan, Dr Zulkifli Al-Bakri sempat berborak dan bersemuka dengan mereka.

“Assalamualaikum.. semalam adalah antara hari yang Alif akan ingat sampai bila -bila. I was invited for iftar from pejabat mufti wilayah persekutuan, with the mufti himself, @drzulkifli.albakri together with ‘Banduan Akhir’ at Penjara Sungai Buloh..

“Alhamdulillah, nanti alif share dengan korang pengalaman berbuka on my youtube channel.. it was truly a life changing experience for me last night.

“P/S Terima kasih kepada semua warga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan juga kepada semua pegawai Penjara Sungai Buloh atas jemputan dan pengalaman yang cukup istimewa,” tulis Alif.

IKLAN

Kongsi Alif lagi, pengalaman berborak panjang bersama banduan itu pastinya membuatkan air mata penyanyi lagu Sesunguhnya itu bergelinang kerana mendengar kisah silam banduan tersebut.

“I had a moment with them..lama juga bersembang dan bercerita,they were sharing their stories of how and what life is to them now.

IKLAN

“I just couldn’t hold back my tears.. semoga taubat dan segala doa mereka diterima Allah swt.

“P/S they had ‘nur’ in their faces.. walaupun dalam penjara, i think they found Him. Allahuakhbar. May Allah forgive all of our sins,” tulis Alif lagi.

IKLAN

Lalu, netizen telah meninggalkan kata-kata semangat buat individu disebalik ‘tirai besi’ itu.

“Walau Dalam Penjara, I Think They Found Him, Allahuakhbar,” – Bergenang Air Mata Alif Satar “Walau Dalam Penjara, I Think They Found Him, Allahuakhbar,” – Bergenang Air Mata Alif Satar “Walau Dalam Penjara, I Think They Found Him, Allahuakhbar,” – Bergenang Air Mata Alif Satar

Foto : IG Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI