Pelakon Reen Rahim ada berkongsi beberapa keping foto di Instagramnya baru-baru ini.
Foto tersebut melihatkan pelakon drama Pujaan Hati Kanda mengenakan baju lengan panjang berwarna putih disertakan dengan cetakan tulisan Jawi (Salam & Hugs).
Malah, Reen mengakui dirinya sudah semakin berisi dan mahukan pendapat dari netizen.
Bekas penyanyi, Tasha Manshahar akhirnya telah selamat bersalin dan berita gembira itu telah dikongsikannya menerusi Instagram, sebentar tadi.
Tasha yang sebelum ini sinonim menerusi lagu Terima Kasih Cinta duet bersama Syed Shamim memuat naik video pendek suaminya, Raqib Majid yang sedang azankan so kecil.
Menyifatkan kelahiran ini adalah sebagai anugerah yang tidak ternilai, Tasha turut bersyukur kerana hajatnya untuk bersalin pada hari Jumaat dimakbulkan Maha Esa.
“Today is the day ; the very day me and your daddy were waiting for. Your arrival. I few times told Allah that I wanted to see you on Friday. And really, Allah granted my wish. 39w 2d carrying you in my womb, from the smallest dot to an adorable baby was something I couldnt ever imagine. Indeed, Allah is the Greatest.
“Love, I will from time to time be sharing more about my feelings, my struggles, my hopes, my dreams, my insecurity. Surely even more about you, about daddy, and about us three.
“Honey, I’m so sorry for taking quite some time to really believe that I was going to be a mother. Your mother. I was actually afraid. Afraid of not being the best. Afraid of not giving you enough. Afraid of taking you for granted. Ive been continuously praying and asking for Allah’s help, may He always guide me and daddy —> so that we can guide you eternally.
“With that, peace be upon you, our first born, our soleh son.
“Ps : Thank you uncles aunties sebab tak henti-henti doakan saya dari awal sampai saya selamat dilahirkan. Semoga Allah pelihara uncle aunties semua 🥰 – baby –
#raqshajrjourney @raqibmajid@kumpulan_megaklinik_zahr,” tulisnya panjang lebar.
Tasha bagaimanapun tidak pula mendedahkan nama bayi lelaki mereka.
Terdahulu, pasangan ini diijabkabulkan pada 8 September 2018 dalam sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Foto: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model, Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce telah berkongsi berita gembira buat peminat.
Kongsinya kepada MH, dia bakal melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini.
Ketika ditemui, Ain yang turut menjadi selebriti undangan pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC, pada Rabu berkongsi berita gembira itu.
“Syawal kali ini saya memang rehat seketika dari sebarang projek seni bagi beri fokus pada persiapan majlis tunang, 22 Jun ini.
“InsyaAllah, majlis akan dilangsungkan di Kuala Lumpur sahaja,” katanya berkongsi.
Bintang tinggi lampai berusia 28 tahun itu juga turut memaklumkan, majlis tunang akan dilangsungkan secara sederhana.
“Majlis yang akan kami anjur sederhana sahaja. Malah para jemputannya pun terdiri daripada ahli keluarga kedua belah pihak selain rakan terdekat.
“Apa pun, saya sebenarnya tengah kelam-kabut juga sebab maklumlah, perlu buat persiapan, kemas rumah dan sebagainya.
“Saya dan keluarga saling membantu. Bukan apa, bergotong-royong ni seronok sebab masing-masing berkumpul,”ulas Ain lagi.
Tambah hos Lima Letup ini lagi, dia bagaimanapun merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan hujung tahun ini.
“Kita orang memang rancang untuk berkahwin tahun ini juga, mungkin Disember nanti, insyaAllah. Doa agar semuanya dipermudahkan,” pinta Ain yang dirisik teman lelakinya, Amirul Hafiz pada 19 April lalu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Semoga berbahagia buat Ain dan pasangan, moga kekal hingga ke jenjang pelamin.
Majlis pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Scha Alyahya, Tasha Shila, Nadia Brian, Siti Saleha, Daiyan Trisha, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Perasmian majlis tersebut telah dirasmikan oleh artis korea terkenal, Oh Yeon Seo yang merupakan seorang pelakon drama bersiri My Sassy Girl.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memuat naik status kecewa dengan kepimpinan politik negara ini, Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq menyatakan rasa kesal dengan taktik ‘kotor’ pihak tertentu.
Tulisnya, pemimpin seharusnya memajukan kehidupan, bukannya hanya berkisar mengenai kisah seks atau konspirasi sehingga mampu membuatkan golongan belia menjauh.
“Saya naif apabila mengandaikan zaman permainan kotor politik sudah berlalu.
“Politik sepatutnya mengenai membuat kehidupan lebih baik, pertembungan idea dan prinsip, bukan mengenai seks dan konspirasi.
“Tahu kenapa sesetengah golongan muda benci politik? Kerana ia memusnahkan lebih daripada apa yang dibina. Malaysia layak terima yang lebih baik.”