Hanya dengan komen, anda dapat membantu. Itu gambaran kepada program khidmat masyarakat (CSR) membabitkan kumpulan popular, Dolla yang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) The Giving Bank (TGB).
Projek yang dikenali sebagai Live to Give, The Giving Bank X Dolla itu adalah kempen amal di mana artis terbabit iaitu Dolla mempromosikan tujuan program itu dijalankan bagi mencari empat individu yang memerlukan.
Menyedari ramai yang tidak mempunyai informasi tepat dan tempat untuk mencari mereka yang memerlukan bantuan sumbangan, The Giving Bank X Dolla ini adalah platform untuk mereka merealisasikan perkara itu.
Mewakili Dolla, Sabrina atau Sabronzo berkata, projek itu adalah peluang terbaik buat dirinya bersama tiga rakan kumpulan lain iaitu Tabby, Angel dan Syasya untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
“Sejujurnya, kami sangat gembira apabila dipilih pihak The Giving Bank untuk berkolaborasi dalam projek CSR ini. Saya berasakan ini sesuatu yang bagus yang mana ramai golongan memerlukan dalam keadaan negara kita yang masih dilanda penularan Covid-19.
“Daripada Dolla sendiri, ini adalah waktu tepat buat kami membantu mereka yang kurang bernasib baik. Diakui, kami pun tak selalu dapat peluang seperti ini. Jadi, kesempatan yang ada ini bakal digunakan sebaik mungkin.
“Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dijalankan ini ia dapat membantu dan mengubah nasib mereka. Platform yang disediakan pihak The Giving Bank ini pastinya sangat bermanfaat untuk semua,” katanya.
Ads
Menurutnya lagi, Dolla turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama mereka mengenal pasti dan membantu golongan yang memerlukan.
“Di pihak Dolla, kami akan mencari empat individu yang layak menerima bantuan. Cuma, tugas peminat dan orang ramai pula adalah mereka juga boleh pergi ke ruangan komen dengan memberikan informasi mana-mana individu yang mereka tahu sedang memerlukan bantuan.
“Dari situ, mungkin pengguna laman sosial lain yang ingin turut serta dengan kami dalam program ini dapat menghulurkan bantuan. Jadi, semakin ramai mereka yang memerlukan dapat diberikan bantuan,” katanya.
Melihatkan situasi semasa dalam negara ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ternyata memberi kesan yang besar kepada ramai pihak.
Ada yang hilang punca pendapatan, tidak kurang juga yang terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kehidupan seharian.
Ads
Sabronzo berkata, apa yang paling penting ketika ini adalah setiap orang perlu bersabar dan sentiasa kuatkan diri untuk terus bertahan.
“Diakui sudah lebih setahun kita berada dalam keadaan yang kurang stabil. Bukan saja orang biasa, tapi kami dalam industri seni juga terkena tempias sama.
“Cuma, Dolla bersyukur kerana sebelum ini ada beberapa projek. Tapi, bagi mereka yang terputus punca pendapatan sudah semestinya berasa risau dan mungkin dalam keadaan tekanan.
“Nasihat saya, harap semua boleh bersabar sikit lagi. Semoga dengan kesabaran yang ada membolehkan kita menjalankan aktiviti macam biasa suatu hari nanti. Bagi peniaga, mereka boleh berniaga macam biasa. Insya-Allah, kita boleh kembali normal,” katanya.
Ads
Sementara itu, Pengasas dan Presiden The Giving Bank, Dr Janson Ang Chee Wee menjelaskan, setiap agama mengajar pengikutnya untuk memberi dan berkongsi.
“Ada kitab suci dari semua kepercayaan yang sebenarnya mengajar kita untuk memberi dan berkongsi. Tetapi mungkin dalam dunia yang serba pantas ini, kata-kata memberi dan berkongsi tidak lagi kosong.
“Layanan kepada orang lain adalah harga yang perlu diterima oleh semua. Sebahagian daripadanya menjadi seseorang adalah mengenai menolong dan mengangkat orang lain. Sekiranya ada tindakan yang lebih baik dari seorang lelaki daripada apa yang dia lakukan, itu mesti dengan apa yang dia berikan.
“Dalam amal tidak ada kelebihan. Negara ini tidak akan menjadi tempat yang baik untuk kita tinggal melainkan kita menjadikannya tempat yang baik untuk kita semua tinggal,” katanya.
Terdapat empat cara mudah untuk orang ramai terbabit dalam The Giving Bank X Dolla.
Langkah pertama adalah dengan ‘follow’ Instagram The Giving Bank. Kedua, tekan butang ‘like’ pada hantatan atau ‘posting’ dimuat naik, ketiga, ‘mention’ nama individu yang anda rasakan layak menerima bantuan dan terakhir, kongsikan hantaran dimuat naik TGB itu di Instagram Story anda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman, mengakui dirinya berasa amat gembira selepas berjaya mengislamkan seorang wanita menerusi platform Instagram Live baru-baru ini.
Bagaimanapun, menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, dia sebenarnya lebih selesa untuk bertanya beberapa soalan terlebih dahulu sebelum mengislamkan para saudara baru.
“Selalunya kalau ada orang chat cakap nak masuk Islam (cik man lagi suka guna ayat kembali ke asal), cik man akan tanya beberapa soalan.
“Pertama, ada orang paksa kau? Kedua, kau rasa terpaksa? Ketiga, ada Tuhan selain Allah? Keempat, ada Nabi selepas Nabi Muhammad? Kelima, kau pernah kaji tentang Islam?,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh juara program, Pencetus Umah musim ke-2 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, wanita yang dikenali sebagai Preeteey itu telah pun dengan secara rela hatinya ingin memeluk agama Islam.
“Alhamdulillah, dengan kerelaannya, dia memilih untuk kembali ke asalnya. Islam bukan agama untuk kaum tertentu dan bangsa tertentu sahaja. Bahkan rahmat untuk seluruh alam.
“Doakan Cik Man dan dia dan kita semua konsisten atas tauhid sampai hujung nyawa. Moga Allah merahmati dan membimbingmu @preeteey_woo dan kita semua,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Cik Man turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan dirinya dan juga Preeteey untuk terus istiqomah dalam mengejar reda Allah SWT.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan yang terbaik buat Cik Man dan juga Preetey.
“Allahuakbar, alhamdulillah. Tahniah Cik Man.
“Alhamdulillah, hidayah itu milik Allah.
“Rasa nak nangis pula tengok. Bertambah seorang saudara seislam kita. Alhamdulillah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berdurasi hampir satu minit itu telah pun meraih lebih 500,000 jumlah tontonan selain turut dihujani hampir ribuan komen.
Sumber: Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam.
Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan ‘tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun 2021’ menerusi satu rakaman video yang tular.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, menerusi Sinar Harian memberitahu, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun dari Jalan Salor, di sini pada jam 10.25 pagi Ahad.
“Lelaki berkenaan melihat rakaman itu selepas dikongsi di aplikasi kumpulan WhatsApp pada jam 8 malam.
“Tindakan suspek dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Selain itu katanya, berdasarkan semakan terhadap rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan percakapan suspek seolah-olah mempersendakan solat dan bacaan surah Yasin.
“Kes disiasat mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Video berkenaan turut dikongsikan pengguna media sosial lain dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh Marissa Dania Hakim memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan dirinya yang kini sedang hamil seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Marissa, 19, yang juga anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim bagaimanapun hanya meminta doa yang terbaik.
“Tiada apa yang boleh saya kongsikan. Apapun terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya.
“Itu saja yang boleh saya kongsikan sekarang ini,” katanya.
Marissa ditemui media pada majlis pelancaran produk terbaharu Avenys iaitu krim pelindung matahari Sun Spectrum+ 2 dalam 1 di Bamboo Hills, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Marissa yang hadir ditemani suaminya dikenali Aslam bagaimanapun bergegas pulang sejurus majlis selaisai
Aslam yang dilihat menggengam erat tangan isterinya sambil berjalan berkata, dia mahu segera beredar dan tidak mahu mengganggu majlis yang sedang berlangsung.
“Majlis sedang berlangsung di dalam, kalau boleh saya tak nak ganggu,” katanya ringkas.
Terdahulu spekulasi mengenai kehamilan Marissa timbul selepas netizen ternampak ‘baby bump’ ketika dia meraikan ulang tahun adiknya pada 16 Julai lalu.
Sebelum ini Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand bersama seorang lelaki bernama Ahmad Aslam yang juga berstatus suami orang pada 27 Disember tahun lalu.
Spekulasi itu kemudiannya disahkan sendiri oleh Abby pada 16 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!