“Wah Lagu Best!” – Rakan Artis Puji, Sweet Qismina Lebar Sayap Lancar Lagu

Setelah hampir 20 tahun bergelar pelakon, Sweet Qismina kini melebarkan sayap dalam bidang nyanyian pula selepas tampil dengan single pertamanya berjudul Namo.

Menurut Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 25, sebenarnya dia sudah lama menyimpan impian untuk keluar dengan single sendiri.

Perjalanannya itu dipermudahkan apabila dia kini tampil dengan single ‘catchy-pop’ Namo, yang merupakan hasil ciptaan bersama komposer Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King.

“Sebenarnya impian untuk mempunyai single sendiri tercetus kira-kira empat tahun yang lalu, ketika itu saya belum temukan sebuah karya yang betul-betul kena dengan jiwa saya.

“Setelah berbincang dengan abang Raqeem Brian yang merupakan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner, baharulah saya temui lagu saya.

“Perancangan mengeluarkan single ini telah pun bermula pada bulan November tahun lepas sehingga proses rakamannya selesai pada Julai tahun ini.

IKLAN

“Segala-segalanya adalah baharu buat saya, sewaktu proses rakaman dijalankan, setiap detik sangat meninggalkan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“Perasaan berdebar itu hanya Tuhan sahaja yang tahu! Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan lancar dan lagu tersebut dapat dihasilkan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai netizen termasuk rakan-rakan artis turut memuji keupayaan vokal Sweet.

“Wahhh! Lagu best, tahniah Sweet,” tulis pelakon Elvina Mohamad.

“Tahniah Sweet,” tulis pelakon Hafreez Adam.

IKLAN

“Tahniah Sweet sayang,” tulis ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz.

“Wow! Nice adik,” tulis penyanyi Elyana.

“She is a singer,” puji pelakon baharu, Siti Hariesa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Sweet Qismina