Elok-elok nak rasa geram sekali, MH rasa tercuit pula hati ni apabila melihat video yang dimuat naik oleh Zulin Aziz beberapa jam yang lepas.

Lucu betul bila dengar dan tengok cara Zulin menyelar komen-komen netizen yang selalu sahaja mengejek dirinya gemuk.

Melalui posting tersebut zulin memberitahu dia terlalu geram kerana ada individu yang sentiasa meninggalkan mesej bercakap tentang tubuh badannya.
Bagaimanapun Zulin turut memberitahu dirinya ‘rengsek’ (serabut) untuk kurus dan tiada maknanya jika dia kurus tetapi hatinya busuk.

“Eh, nak cakap aku gemuk apa masalah kau? Aku ni gemuk sebab aku cukup makan dan sihat tau!

 

“Kalau aku kurus pun bukan aku nak kat kau pun. Yang kau nak ejek-ejek aku kenapa? Sikit-sikit nak cakap aku gemuk, meluatlah nak dengar!

 

“Biarlah aku gemuk bukan mintak kau makan pun, kalau aku tak makan pun tak nak minta duit kat kau!

 

“Dengki lah tu hari-hari aku makan sedap! Tak kan kau nak aku makan rumput je hari-hari? Baik aku jadi kambing!

 

“Eh rengsek lah nak kurus. Kalau kurus tetapi hati busuk buat apa. Lebih baik macam ni bahagia, tak kacau orang” jelasnya di dalam video tersebut.

 

IKLAN

Aku geram dok dm aku je bdk ni.. ni gaya budak skolah gaduh ni

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

IKLAN

Aduh lucu betul! MH faham sangat perasaan Zulin. Nakal juga Zulin memerli halus ‘haters’ yang terlalu bersifat kebudak-budakan mengejek kekurangan atau kelainan sifat seseorang.

IKLAN

Hah mungkin Zulin rasa ‘kau nak ejek macam budak-budak kan, meh aku buat gaduh macam budak-budak’.

Apapun berubahlah mentaliti kita, janganlah asyik nak mengutuk fizikal orang lain. Kadang-kadang kena ingat kita sendiri belum tentu lagi sempurna di mata orang lain pula.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI