Baru-baru ini hangat bertebaran kisah mengatakan ahli kumpulan K-Clique, MK bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Walaupun begitu, MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, enggan mengulas lanjut namun meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.
Terbaharu, sebuah video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali @mista_bryan801 memperlihatkan MK yang berada dalam satu kursus kahwin dipanggil ke hadapan oleh penceramah untuk melakukkan sesi latihan adegan akad nikah.
Dalam video tersebut, MK dilihat menyebut nama Siti Hajar menerusi sesi latihan akad nikah tersebut seolah-olah memberikan petunjuk dia bakal naik pelamin tidak lama lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat MK melahirkan perasaan teruja dan gembira untuk jejaka kelahiran Sabah itu.
“Mantap MK boleh sudah tu.
“Wei MK dah nak kahwin.
Ads
“Dah banyak petunjuk dia nak kahwin dah.Jangan ramai yang meroyan sebab MK nak kahwin sudahlah.
“Saya dalam kursus kahwin berkenaan!Dapat salam dengan MK.. humble orangnya,” komen netizen.
Ads
Terdahulu, MK memuat naik foto berukuran pasport lengkap memakai songkok di laman Instagram miliknya yang mana rata-rata peminat mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Malah, penyanyi rap itu juga didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita dikenali sebagai Siti Hajar Sheikh Nordin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemilihan kasut yang selesa sangat perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi ia memainkan peranan untuk memelihara kaki kita selepas sibuk bergerak seharian ke pelbagai destinasi.
Jenama kasut popular, Bata tampil dengan Koleksi Baharu Bata Red Label yang datang dengan pelbagai pilihan, sampai rambang mata untuk pilih mana yang terbaik!
Malah perkara tersebut turut dikongsikan duta Bata, pelakon Aedy Ashraf dan Anna Jobling yang sebenarnya merupakan pengguna setia jenama berkenaan sejak kecil lagi.
“Saya teruja sebab Bata menggembalikan kenangan di zaman persekolahan saya, kasut sekolah saya dulu memang daripada jenama Bata!
“Bila dipilih jadi duta, ia ibarat saya jumpa balik dengan kawan yang dah lama tak berjumpa, memang teruja.
“Look dan feel brand Bata memang sangat sesuai dengan saya dan selesa buat saya.
“Masa sekolah dulu saya akan pastikan tiada sesiapa pun yang akan pijak kasut saya, kalau ada yang terpijak, memang saya marah,” seloroh Aedy.
Senada dengan Aedy, Bata juga membuatkan Anna terkenang memori zaman persekolahannya.
“Memang dari dulu lagi, saya pakai Bata pergi sekolah dan bangga dapat gayakan kasut jenama Bata.
“Saya memang suka sebab rekaannya yang simple dan harga yang sangat berpatutan. Satu family saya pun pakai Bata!” kata Anna.
Tidak sesekali berkrompomi mengenai soal keselesaan, Aedy dan Anna ternyata meletakkan perkara itu sebagai yang terpenting dalam soal pemilihan kasut selain rekaan yang menarik.
Kelebihan Bata Red Label yang mempunyai teknologi LifeSole by Ortholite menambahkan lagi 50 peratus lebih keselesaan buat si pemakainya.
“Memang kalau bab kasut saya akan sangat mementingkan keselesaan. Keselesaan itu sentiasa menjadi perkara nombor satu yang saya cari dalam memilih kasut untuk digayakan.
“Lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang mana kita akan berkunjung ke rumah keluarga dan sanak-saudara. Sudah tentu kita nak rasa selesa bila pergi jalan-jalan tanpa rasa sakit kaki,” kata Aedy lagi.
“Saya juga sama macam Aedy, keselesaan memang perkara utama yang diberi perhatian. Selain itu, rekaan yang unik juga menjadi pilihan saya dalam memilih kasut untuk digayakan di musim perayaan,” ujar Anna pula.
Berkongsi mengenai warna pilihan mereka, Aedy berkata dia akan memilih warna kasut mengikut acara yang akan dihadirinya selain baju yang dipakainya untuk tujuan tersebut.
“Macam saya, kalau untuk event formal, selalunya saya akan pakai kasut kulit warna-warna basic seperti hitam, putih dan coklat. Memang in!
“Kalau keluar bersantai untuk kawan-kawan pula saya suka pakai color-color yang agak bold, barulah nampak muda!,” kata Aedy.
Sementara itu, Anna pula berkata dia seorang yang menyukai warna pastel namun rona-rona ‘bold’ juga menjadi antara pilihannya dalam bergaya.
“Kalau kita tengok koleksi Bata Red Label kali ini, memang banyak mainan warna.. dan saya sendiri suka sandal berwarna ‘lime green’ dalam koleksi ini, dah jadi kawan baik saya, memang tiap-tiap hari saya akan pakai sandal itu sebab memang selesa dan ringan!
“Anda memang kena cuba, dah try mesti akan rasa takkan tukar sandal lain dah.
“Selain itu, boleh juga cuba color blocking, pilih kasut yang berlainan warna dengan baju raya, automatik akan membuatkan penampilan anda lebih outstanding.
“Ada pelbagai warna seperti hot pink, lime green dan lavender yang mampu wow kan stail harian anda,” kongsi Anna.
Selain warna-warna disebutkan Anna, Bata Red Label turut mempunyai pilihan kasut dalam Pantone Color of the Year, Viva Magenta iaitu rona merah jambu dan ungu yang didatangkan dalam rekaan sandal serta kasut tumit tinggi.
Menariknya lagi, rekaan Bata Red Label menawarkan fesyen kasut platform, loafer, flat dan high heels yang pastinya dapat menambat hati anda sekeluarga.
Direka dengan penuh ciri keselesaan ‘slip and go’, membuatkan anda kini tidak perlu lagi susah payah untuk ‘buckle up’ kasut ketika kunjungi open house,sangat mudah bukan!
Menawarkan harga berpatutan , Koleksi Baharu Bata Red Label – Memang Bergaya, Memang Selesa pasti menjadi pilihan nombor satu anda sekeluarga untuk digayakan pada setiap hari!
Doktor selebriti, Dr Say Sazril hari ini berkongsikan cerita yang dia telah pun menerima Kad OKU (Orang Kurang Upaya) untuk anak sulungnya, Aezriel atau Ace.
Berkongsikan luahan rasanya berhubung perkara itu, Dr Say atau nama sebenar, Muhammad Shazril Shaharuddin, 35, berkata pelbagai perasaan bermain di hatinya saat menerima kad tersebut bagi pihak anaknya yang merupakan kanak-kanak autism.
“Saya daftar untuk kad OKU Ace pada Januari 2023. Sabtu baru ni saya check online & kad OKU Ace ready untuk dituntut. Empat bulan untuk kad OKU siap.
“Terus terang cerita bila nak ambil kad OKU hari ini terasa sangat berat, rasa macam ‘aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?’ tapi saya gagahkan jua sebab saya juga yang apply kad OKU tu.
“Sampai dekat JKM Sepang, sepi tiada orang lain. Macam suasana dicipta untuk saya soaked in yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya dan ini buktinya. Bila kad OKU dihulurkan kepada saya, saya ucap terima kasih pada pegawai JKM dan terus saya meluru masuk kereta,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menyambung cerita, Dr Say berkata dia tidak pernah berasa malu dikurniakan anak kurang upaya sebaliknya cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk Ace contohnya seperti Kad OKU tersebut yang akan memberi beberapa kelebihan buat anaknya itu kelak.
“Dalam kereta saya amati elok-elok Kad OKU tu. Besar-besar tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya dan ada gambar Ace senyum yang cukup suci, ikhlas dan naive. Berjurai air mata sy. Saya tak tahu sebab apa.. nak kata saya malu pegang kad OKU ni, sikit pun tak sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau isteri tiba-tiba tiada di dunia ni.
“Nak kata saya sedih anak saya OKU juga tak, sebab OKU tidak bermakna dia tak boleh enjoy the world like other kids do. Saya serius tak tahu kenapa saya sayu tapi it took me quite some time to accept that my son is now ‘OFFICIALLY’ different,” ulasnya lagi.
Dalam perkongsian itu juga, Dr Say mengatakan Kad OKU yang dimiliki anaknya itu mempunyai pelbagai kelebihan antaranya pengecualian daripada membuat bayaran untuk MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan serta mendapat kemudahan serta keistimewaan akses untuk melancong atau menggembara ke luar negara daripada syarikat penerbangan.
“Saya tahu mesti ramai persoalkan ‘kenapa buat kad OKU tuk Ace, kesian dia’ well kalau kalian tak tahu, kad OKU ni ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, butterfly effect bila travel tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat.
“Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul-betul nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card and i am content (anak saya ada kad OKU dan saya reda),” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Dr Say mendirikan rumah tangga dengan Dr Azura Abas pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aezriel, 4, dan Sefriel yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun berbeza agama, penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Mahalini Raharja.
Majlis pertunangan pasangan itu diadakan di The Langham, Jakarta, Indonesia pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Instagram label muzik yang menaungi kerjaya Rizky iaitu RFAS Music.
Majlis pertunangan mereka disaksikan oleh 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Penyanyi lagu Kesempurnaan Cinta itu berkata niatnya untuk bertunang adalah untuk tujuan yang baik kerana ibadah.
“Tidak ada banyak kata yang saya boleh ungkapkan di sini. Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi individu yang lebih baik dan mempunyai tujuan yang tulus.
“Mungkin saya tidak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri tapi izinkan saya memperbaiki bersama dengan Mahalini. Terima kasih,” kata Rizky.
Pasangan ini mula terbuka berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka sejak dua tahun lalu.
Untuk rekod, Rikzy, 25, merupakan seorang Muslim manakala Mahalini, 23, pula merupakan penganut agama Hindu.
Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.