Kemelut rumah tangga diantara pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bakal memasuki episod yang lebih panjang meskipun pihak mahkamah telah mengesahkan tiada sebarang masalah terhadap prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung sebelum ini.
Menurut peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir, pihak mahkamah mendapati perkahwinan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi dan plentif boleh meneruskan proses seterusnya iaitu hakam kerabat.
“Tujuan utama prosing hari ini adalah untuk mahmamah mendengar penjelasan daripada Pegawai JKP yang mempengerusikan proses JKP sebelum ini.
“Jadi, mahkamah berpuas hati dan mengesahkan Pegawai JKP telah kendalikan JKP dengan tertib dan mengikut prosedur.
“Selepas membaca dapatan daripada Pegawai JKP dan pendapat daripada wakil kedua-dua belah pihak, mahkamah dapati perkahwinan ini memang tidak boleh diselamatkan,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, proses hakam kerabat harus ditangguhkan dahulu selepas pihak Syamsul membangkitkan isu lafaz cerai sebanyak dua kali yang dinyatakan oleh Puteri Sarah sewaktu prosiding JKP.
Lantaran itu, pihak mahkamah memerintahkan kedua-dua belah pihak perlu mengesahkan dua lafaz cerai yang didakwa pernah dilakukan oleh Syamsul sebelum ini.
Ads
“Bagaimanapun, sebelum kami teruskan dengan langkah berikutnya iaitu untuk merujuk kepada hakam kerabat, pihak Syamsul bangkitkan isu dua kali lafaz talak yang telah dinyatakan oleh Puteri Sarah ketika proses JKP.
“Jadi, berkenaan isu dua kali lafaz talak yang didakwa oleh Puteri Sarah, mahkamah mendapati isu tersebut harus diselesaikan terlebih dahulu kerana ia melibatkan talak.
“Mahkamah perlu tahu tuntutan cerai kali ini sudah memasuki talak ke berapa. Hakim mengatakan ketika ini sudah ada dua talak dan satu taklik,” ujarnya lagi.
Akberdin berkata sedemikian ketika prosiding keputusan JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada Khamis.
Katanya lagi, proses penceraian ini akan menjadi lebih panjang memandangkan dakwaan lafaz cerai tersebut telah berlaku di luar mahkamah.
Ads
“Jadi, mahkamah telah memberikan tarikh baru tentang pihak mana yang akan memfailkan permohonan pengesahan penceraian di luar mahkamah.
“Kita perlu failkan di mahkamah untuk hakim sahkan sama ada talak satu dan dua yang berlaku di luar mahkamah itu boleh disabitkan atau tidak.
“Saya syorkan kepada hakim agar meminta pihak suami yang failkan tuntutan tersebut sebab talak itu di tangan suami.
“Namun, peguam Syamsul mengatakan disebabkan isu ini dibangkitkan oleh Puteri Sarah jadi, dia yang kena failkan. Kami sesama peguam akan berbincang secara global. Sementara itu, saya juga kena bertanya kepada Puteri Sarah tentang apa yang berlaku,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, siang tadi mahkamah telah menolak permohonan Syamsul untuk melanjutkan tempoh perintah injuksi terhadap Puteri Sarah.
Pada masa sama, Puteri Sarah tetap meneruskan tuntutan sivil terhadap madunya, Ira Kazar.
Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 terhadap suaminya, Syamsul Yusof.
Kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah dan gagal diselesaikan selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu enggan menceraikan isterinya pada 18 April lalu.
Mahkamah kemudian memutuskan untuk pasangan itu untuk hadir semula ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan semula keterangan laporan sesi Jawatakankuasa Pendamai (JKP).
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah 4.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, pelakon Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik foto mesra sambil dipangku suami tercinta Datuk Paduka Kaiser menerusi Instagram.
Cuma, dalam ramai yang gembira melihat kemesraan pasangan berkenaan, ada segelintir netizen yang tidak berapa suka dengan tindakan ibu kepada pasangan kembar itu.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Nisha Dirr yang telah selamat melahirkan bayi lelaki, pagi Jumaat, selepas tiga hari menahan sakit kerana bersalin secara ‘induce’ di Hospital Umra, Shah Alam, Selangor.
Menurut Nisha,38, dia dimasukkan ke hospital sejak Rabu.
“Pada hari Rabu, saya dimasukkan ke wad dan diberikan induce pertama. Namun saya diberikan induce sekali lagi pada keesokannya.
“Hari Jumaat saya dimasukkan ke wad bersalin. Ingat dapat lahirkan bayi secara normal, tapi air ketuban dah pecah dan saya rasa sakit sangat.
“Apa lagi, saya terus dikejarkan ke wad kecemasan untuk pembedahan. Doktor risau kalau apa-apa berlaku kepada bayi, jadi terpaksalah saya lahirkannya secara pembedahan,” katanya, memetik Wilayahku.
Dia pada sama mendedahkan nama permata hatinya iaitu Tengku Ayden Tengku Kamirul Rashid dan kini berada dalam keadaan sihat.
Jelas pelakon drama Spa Q ini, kesakitan selama tiga hari hilang sebaik sahaja menatap wajah Ayden.
“Alhamdulillahi rabbil alamin, pujian dan syukur saya serta suami panjatkan kepada Allah SWT atas barokah dan rahmatnya atas kelahiran anakanda kami pada hari Jumaat, 6hb Ogos 2021 dengan berat 3.25kg.
“Rasa sakit terus hilang apabila tengok wajah Ayden. Gembira tu lain macam Allah sahaja yang tahu.
“Sempena kelahiran anakanda kami pada hari Jumaat yang penuh barakah, kami telah memberikan nama anakanda kami Tengku Ayden Alauddin.
“Ayden bermaksud berpendidikan, kebijaksanaan dan intelektual. Manakala Alauddin pula merujuk kepada ketinggian agama dan kemuliaan agama. Diiringi doa semoga menjadi anakanda yang soleh berbakti kepada agama, keluarga dan bangsa. Amin,” katanya.
Untuk rekod, pemilik nama lengkap Nik Shahri’ah Nik Dir ini mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil pada Julai 2020.
Foto: Instagram Nisha Dirr
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebentar tadi, pelakon Maya Karin ada berkongsi beberapa keping foto yang memaklumkan pokok durian yang berada di kawasan kediamannya telah dijilat api.
Kebakaran tersebut difahamkan telah disampaikan kepadanya sekitar jam 7.00 pagi.
“Pagi2 dah sarapan dengan bomba.. Kul 7 ada orang ketuk pintu “kak, kak, pokok durian bakar kak”. the whole trunk was on fire, 10 meters into the air. Macam mana I pun tak tau. Yang penting bomba datang secepat mungkin. Love you guys,” kongsi Maya.
“Bomba killing off the last flames before half the of tree fell into the valley, thank god not crashing across my house and splitting it into 2. There goes my durian tree, goodbye old fellow…,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan Maya sekeluarga dan bersyukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Foto: Instagram Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...