Persalinan yang dikenakan salah seorang peserta Big Stage 5 (BS5), Nadeera Zaini ketika membawakan lagu kerohanian nyanyian asal Maher Zain iaitu Rahmatan Lil’Alameen mendapat reaksi ramai netizen.

Ada yang tampil menyuarakan kritikan kerana ia disifatkan tidak sopan dan ketat untuk menyanyikan lagu-lagu yang membawa unsur dakwah dan kerohanian.

Malah, dia juga tidak menutup penuh bahagia rambutnya.

Menjawab kritikan itu, Nadeera berkata, imej yang dibawaka pada malam tersebut merupakan hasil perbincangann dia bersama pasukannya (glam team) sendiri.

“Netizen boleh bercakap apa sahaja.. yang salah tu, saya tahu datang daripada saya dan saya akan perbaiki lagi selepas ini, InsyaAllah.

“Kalau saya tutup terus malam ini, mungkin orang akan cakap saya mempersendakan agama, saya takut orang akan bercakap macam itu jadi saya dan team berbincang at least pakaian saya bertutup dan sopan.

IKLAN

“Tapi apa-apa pun, saya tak salahkan penonton,” kata Nadeera kepada MH.

Nadeera turut berkongsi dia cuma ingin membawakan lagu membawa mesej cintakan Rasulullah bagi memenuhi tema Asmaraloka pada minggu ketiga BS5.

“Saya dah banyak masuk pertandingan tapi saya tak pernah bawa lagu sampaikan mesej yang bagus kepada pendengar-pendengar di luar sana.

“Disebabkan itu untuk tema Asmaraloka minggu ini, saya pilih untuk bawa mesej lagu yang baik, mencintai Rasulullah sebab cinta ini bukan sahaja cinta sesama manusia sahaja.

IKLAN

“Masa pilih lagu itu pun, saya ada terfikir yang saya belum berhijab tapi nak sampaikan lagu macam itu.

“Memang saya tiada niat pun untuk mempersendakan agama (dengan pakaian yang digayakan),” katanya lagi.

“Kalau Tutup Terus, Orang Akan Cakap Saya Persendakan Agama,” – Nadeera Zaini Dikecam Pakai Baju Tak Sopan & Ketat Bawa Lagu Kerohanian

“Kalau Tutup Terus, Orang Akan Cakap Saya Persendakan Agama,” – Nadeera Zaini Dikecam Pakai Baju Tak Sopan & Ketat Bawa Lagu Kerohanian

IKLAN

Terdahulu, baju yang dipakai Nadeera dikecam netizen di media sosial susulan mereka beranggapan penyanyi berusia 30 tahun itu boleh memakai pakaian yang lebih sopan sebagai menghormati lagu dakwah yang dibawakannya itu.

Dalam pada itu, Naufal Azrin diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir selepas berada di kedudukan tiga tercorot.

‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

BS5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI