Penyanyi, Dayang Nurfaizah kembali berkongsi foto serta video nyanyian lamanya menerusi Instagram, bersempena dengan pelancarang single terkininya, Sebentar serta konsert solo yang bakal dijayakan, 21 Julai depan.

Menerusi sedutan video saat mempersembahkan lagu rancaknya, Bahagia, bintang asal Sarawak itu turut memaklumkan persalinan yang dipakainya menerusi program Hiburan Minggu Ini di RTM itu adalah antara pakaian terawal rekaan Datuk Rizalman yang disarungnya.

“#throwback#bintangpenghibur #hmi ni lah first time Dayang pakai baju dari @rizalman71 … rasanya. Dayang menari ok!!! 🙈🙈🙈🙈😜😜😜… 💃🏿jangan lupa dengar lagu baru Dayang #sebentar #dayangduadekad #ddd.

“Lagu #bahagia#sedinginmanacintamu – please hafal lirik,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Rata-rata turut memberikan pelbagai reaksi perihal video lama yang dikongsikan Dayang, termasuk rakan selebriti, Misha Omar yang secara gurau bertanya mengenai korset yang dikenakan.

Terdahulu, pereka terkenal itu ada mengumumkan bahawa penyanyi yang sinonim menerusi lagu Lelaki Teragung itu bakal diangkat sebagai ‘muse’ rekaan Rizalman for Zalora tahun hadapan.

Menurut Rizalman, pemilihan penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Teragung itu sebagai meraikan persahabatan mereka yang sudah terjalin selama 20 tahun mejelang 2020.

Perkongsian tersebut turut dikongsikan menerusi Instagram miliknya.

Foto: Glam Malaysia/Instgram Dayang Nurfaizah