Usahawan dan instafamous, Hafiz Mahamad bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Lantas, Hafiz ada berkongsi video yang melihatkan gelagat isterinya, Syafiqah Aaina yang kini sarat mengandung trimester kedua.
Malah, Hafiz juga merakam setiap momen indah Syafiqah sedang menikmati makanan di sebuah restoran.
“Melayan isteri makan makan sebelum bersalin & pantang nanti. Esok saya kena tinggal dia lagi dekat rumah mak mertua. Saya kena bantu team nak perang di Mood Republik esok
Ads
“Perasaan bila nak tinggalkan isteri & anak untuk cari rezeki, Hati ni je tau risau & rindu walaupun sekejap je. Semoga Allah sentiasa melindungi anak & isteriku,” tulisnya.
Tular di media sosial apabila penggunaan aplikasi Snapchat mendapat perhatian ramai, termasuk para selebriti.
Malah, aplikasi tersebut mampu ‘mengubah’ wajah seorang lelaki kepada wanita, begitu juga sebaliknya.
Dalam pada itu, pelakon Fikry Ibrahim juga tidak ketinggalan untuk berbuat demikian.
“Ramai tanya kak fifi prefer baby or sayang but kak fi prefer dipanggil baby. Ceriakan pagi anda bersama baby fifi because baby fi want you,” tulisnya.
Hasil daripada aplikasi tersebut, rata-rata netizen telah memberikan komen nakal kepada pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu seiras Farah Nabilah.
Terdahulu, aplikasi ini telah menghiburkan ramai orang apabila para selebriti terjebak dengan filter ini antaranya Janna Nick, Shiha Zikir, Elizabeth Tan, Ayda Jebat dan ramai lagi.
Berkongsi rakaman video kucing peliharaannya, Ramlal, pelakon Zara Zya menyifatkan apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah.
Tulisnya lagi menerusi Instagram, sewaktu Ramlal dilahirkan, doktor menasihatkan untuk matikan si comel berkenaan dek kerana jangkitan di kaki yang dialami kucing itu.
Bagaimanapun, Zara jelaskan dia berpegang kepada satu perkara, iaitu selagi kucing tersebut bernafas, dia akan menjaganya sepenuh hati.
“Dulu waktu dia lahir, doktor cakap suruh matikan dia sebab dia tak kuat. Dia ada jangkitan kat kaki dia. (Sampai kaki dia kena potong) tapi saya berpegang pada satu, selagi dia bernafas, saya akan jaga dia sepenuh hati.
“Alhamdulillah syukur sangat2, saya tak sangka Ramlal skrg aktif, lari laju mcm lipas kudung hehehe… dia special sgt.
“Btl lah org ckp, kalau kita yakin dan sygkan sesuatu, jaga lah dia sebaik mungkin.
“Ajal maut tu ketentuan Allah. Panjang umur Ramlal. Mommy doakan Ramlal terus sihat dan aktif sampai bila2 tau,” tulisnya.
Tidak bersetuju dengan tindakan mematikan haiwan kerana penyakit, netizen meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.
Ajal maut di tangan Tuhan, sebagai manusia, kita harus berusaha sehabis baik sebelum menyerahkan kepada takdir, atau mungkin cara itu juga yang terbaik.
Sejurus tularnya foto selfie kurang sopan yang melibatkan suaminya, iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama seorang gadis remaja sejak awal semalam, Bella Astillah dilihat turut memberikan reaksi terhadap segala kontroversi yang berlaku.
Meminta agar dirinya diberikan ruang, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut mengucapkan terima kasih atas sokongan, terutamanya keluarga.
Perkongsian itu dibuat Bella menerusi entri Instagram yang dikemas kini.
Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata peminat turut bersimpati terhadap insiden yang berlaku terhadap Bella, apatah lagi ia bukanlah satu isu yang pertama kali berlaku.
Malahan, para selebriti turut mengambil kesempatan untuk memberikan reaksi serta memberikan sokongan buat Bella agar terus kuat, termasuk Intan Liana Saleh yang ada menitipkan kata buat Bella.
Intan antara lain meminta agar Bella terus kuat dan memberitahu Dia memberikan dugaan terhadap para hambaNya yang mampu dan kuat.
Pada masa sama, ibu tunggal itu turut menyatakan apa yang berlaku itu pasti ada sebab tersendiri.
Setakat ini, entri terkini dari Bella itu telah pun menerima lebih 16,000 komen dari pengguna media sosial.
Foto: Instagram Bella, Intan Liana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menyaksikan penyanyi Mimifly mencipta kejayaan besar apabila berjaya merangkul lima kategori pada acara yang berlangsung di Borneo...