Sejurus tularnya foto selfie kurang sopan yang melibatkan suaminya, iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz bersama seorang gadis remaja sejak awal semalam, Bella Astillah dilihat turut memberikan reaksi terhadap segala kontroversi yang berlaku.
Meminta agar dirinya diberikan ruang, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut mengucapkan terima kasih atas sokongan, terutamanya keluarga.
Perkongsian itu dibuat Bella menerusi entri Instagram yang dikemas kini.
Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata peminat turut bersimpati terhadap insiden yang berlaku terhadap Bella, apatah lagi ia bukanlah satu isu yang pertama kali berlaku.
Malahan, para selebriti turut mengambil kesempatan untuk memberikan reaksi serta memberikan sokongan buat Bella agar terus kuat, termasuk Intan Liana Saleh yang ada menitipkan kata buat Bella.
Ads
Intan antara lain meminta agar Bella terus kuat dan memberitahu Dia memberikan dugaan terhadap para hambaNya yang mampu dan kuat.
Bintang media sosial yang kini bergelar pelakon, Sean Jle atau nama lengkapnya, Sean Lee Jia Ern ada berkongsi foto kandid yang memperlihatkan aksinya yang sedang mengambil wudhuk.
Lalu, perkongsian foto berkenaan mencetuskan sensasi sehingga ada di antara peminatnya yang menyangka dia sudah pun memeluk Islam, sebagaimana yang dilakukan selebriti berbangsa Cina sebelum ini, pengarah Michael Ang.
Sean bagaimanapun menerusi ruangan kapsyen sudah menjelaskan bahawa ia merupakan antara babak yang perlu diselesaikan menerusi drama web episod, berjudul Celup di samping Emma Maembong.
“Shooting web series #celup pagi ni, scene masjid lagi. bersihkan diri dulu sebelum masuk hehe harap2 xde org rembat selipar @HavaianasMalaysia Sean ni,” tulisnya ringkas.
Bintang Instagram, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie Zulkifli beberapa jam lalu ada berkongsi mengenai keadaan suaminya, Muhammad Hafis Al Haffus Johari atau lebih dikenali sebagai Apit Johari yang difahamkan diserang demam panas sejak empat hari lalu.
Kongsinya menerusi Instagram, suaminya itu turut mengalami muntah-muntah dan ada ketikanya meracau pada malam hari.
“Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri.
“Waktu dia sihat ,slalu mnyakat isteri ,slalu buat isteri ketawa ,suka kata kat kita mcm2 .smpai ada masa mcm nak tampo ja tau. tapi wktu dia sakit ni ,Allah ja tahu mcmana hati seorang isteri ni .tambah2 stiap malam dia meracau ckap benda pelik2 .dh 4 hari ni tira tak tdur mlam sbb jaga suami sakit ..ada satu hri tu dia boleh ckap ”nanti orng takda ,jaga diri tau,” katanya.
Lalu, Atierah mengakui saat mendengar apa yang dibicarakan si suami, dia menitiskan air mata.
“Sries tiba2 ayaq mata kluaq .aih aku klau bab2 mcmni mmg aku geram ja ..smoga suami aku cpat sihat.
“Dah sunyi sngat stiap hari tak dngaq mulut bising dia ,tak dngaq dia merapu ,hanya dpat tngok muka dia yg sedang tdur dlm kesakitan.
“4 hari ni awak minta saya masak mcm2 tapi minta maaf la saya masak tak sdap ..awak ckap awak tak lalu nak mkan .mkan ssuap dua dh takmau .pastu muntah2. pastu awak ckap *takda prmpuan lain yg mmpu jga awak mcam saya jaga awak * luluh hati seorang isteri bila dngar awak ckap gitu.
“I miss u ..smoga cpat sihat syurga .isterimu sntiasa ad di sisi. Allah bagi pnyakit untuk kurangkan dosa tu.and time sakit ka sihat ka kita tetap kena ingat DIA. sakit itu ujian ..smoga awak sihat cpat ye syang.nak balik aloqstaq kena sihat tau hehe,” maklumnya panjang lebar.
Menerusi posting sebelum ini, Beby Tora Tora turut berkongsi keadaan suaminya yang turut mengalami ruam di bahagian wajah.