Pelakon Lana Nodin kini ibaratnya sudah mampu menarik nafas lega apabila anaknya, William Daud Mckienze atau Billy kini menunjukkan perkembangan positif walaupun masih memerlukan pemantauan rapi pakar.
Memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Instagram, Lana meluahkan rasa kesyukuran selepas seminggu berperang dengan perasaan.
“MMDG&W Alhamdulillah, selepas seminggu berperang dengan perasaan… anak saya #babybilly…menunjukkan perkembangan positif.
“Cuma masih perlu pemantauan rapi dan berada di ICU. Billy sangat kuat.. moga dia terus kuat.. sayu sebenarnya tgk si kecil ini bergelut dgn ujian seumpama ini,” tulisnya.
Terharu dengan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mengirimkan doa buat kesejahteraan anaknya, pelakon jelita ini berkata hanya tuhan yang mampu membalas jasa semua.
“Apapun dari kerendahan hati, saya amat terharu dgn doa dan sokongan yang dipanjangkan. Hanya kata keramat terima kasih yang saya dapat layangkan buat semua.
“Hanya Tuhan yang dapat balas jasa anda semua… terima kasih Allah SWT dan terima kasih semua yg doakan anak sy,” kongsinya lagi.
Terdahulu, anak keduanya itu dilapor sudah selamat menjalani pembedahan selepas pembedahan pertama terpaksa ditangguhkan gara-gara jantung anaknya terhenti 10 minit sewaktu prosedur pembedahan bakal dijalankan.
Foto – Instagram Lana Nodin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL33) telah disandang lagu Di Matamu dari Sufian Suhaimi.
Pelbagai reaksi diterima menerusi persembahan Sufian yang mengambil elemen pelaminan lalu mendapat tepukan gemuruh penonton yang memenuhi stadium di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Malah, menerusi media sosial rata-ratanya turut meninggalkan komen pada persembahannya termasuk selebriti, Elfira Loy.
Katanya seperti yang diambil menerusi Twitter, pelakon dan ushawan itu mendoakan agar penyanyi terbabit menang pada acara anugerah berprestij itu.
“Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang harini . Semoga dengan kemenangan awak, “derita“ & penceritaan awak akan habis,” tulisnya.
Melihat, di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap tweet Elfira.
Buat pengetahuan, Elfira bersama suaminya kini sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci, Mekah.
Sumber: Twitter Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Eyra Hazali yang kini tampil berhijab ada berkongsi cerita sebelum dia tampil mengenakan tudung saat dijemput sebagai artis jemputan di program MeleTop, semalam.
Kata Eyra, abangnya ada memberi cadangan andai dirinya mengenakan tudung setiap Jumaat.
“Abang ada cakap why not cuba pakai tudung setiap hari Jumaat dan masa tu saya dah berjaya pakai selama dua minggu.
Akan tetapi pada masa itu, tak ada rasa apa-apa, tak ada rasa nak terus pakai,” kata Eyra kepada MH.
“Benda ni juga saya dah try pakai setahun lepas dan malam itu juga (setahun lepas) saya tak boleh tidur, termenung lama dan bertanya pada diri sendiri sampai bila nak macam ni, aurat terdedah dekat luar sana dan malam itu (subuh semalam), saya terfikir benda yang sama macam setahun lepas,” ujar Eyra kepada MH.
“Saya berzikir semalam sampai pukul 3 pagi dan bertanya pada diri sendiri betul ke keputusan untuk pakai hijab dalam usia yang muda macam ni, tawaran berlakon semua macam mana pula.
“Saya cuba positif sebab rezeki Allah itu luas dan saya nekad nak pakai tudung juga,” jelas gadis berusia 20 tahun itu.
“Kadang-kadang balik rumah malam tu terlalu penat sebab shooting dan setiap kali tertinggal solat, rasa macam diri ni terlalu kosong dan tak tenang, semua solat saya dah buat tapi Isyak je belum, rasa rugi sangat.
“Akan tetapi saya tahu Allah jentik hati saya untuk membantu saya dalam penghijrahan ini,” kongsi pemilik nama lengkap Hazirah Qasdina Hazali ini.
Tampil dengn imej sedemikian, ahli keluarga, tunang dan rakan-rakan juga terkejut dengan perubahan itu.
“Saya tahu ramai terkejut dengan perubahan macam ni, tapi ini pun perubahan kearah kebaikan. Ayah ada tanya betul ke keputusan yang saya buat ni adakah sebab trend atau sebab Allah, tapi saya jawab tenang, saya buat bukan untuk diri sendiri tapi kerana Allah dan saya juga sayangkan ayah tak nak dia diheret masuk neraka gara-gara aurat saya terdedah.
Malah tunang pun turut terkejut,” akhiri Eyra.
Apa-apa pun, MH doakan semoga Eyra istiqomah dalam pemakaian Muslimah
Paling win, bintang muda ini turut menambah, “selangkah kita keluar tanpa bertudung (tak tutup aurat), selangkah kita tarik ayah kita ke neraka,” katanya lagi.
Komposer dan penerbit muzik prolifik, Ajai, tidak berkecil hati dengan kritikan segelintir pihak terhadap lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang dikatakan tidak mampu menandingi versi asal.