Berita mengenai pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang akhirnya telah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pada Rabu nyata mengejutkan ramai.

Meski masing-masing sudah pun memberi penjelasan mengenai keputusan yang dibuat, namun rata-ratanya memuji kedua belah pihak yang mengambil pendirian untuk kekal berbaik demi permata hati.

Sementara itu, Mawar yang juga usahawan tudung terkenal turut ditanya media sama ada masih ada peluang untuk keduanya kembali atau ia masih terlalu awal untuk difikirkan.

Bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu tidak belum dapat memberikan jawapan pasti.

IKLAN

“Buat sementara ini, saya masih tiada komen. Masih baru lagi benda ni berlaku.

“Apa pun akan buat yang terbaik, menjadi kawan yang terbaik buat Fizo sebab Maryam (anak),” jelasnya ringkas.

IKLAN

Untuk rekod, desas-desus mengenai kemelut yang melanda pasangan ini mulai bertebaran sejak Ramadan lalu.

Bahkan, difahamkan keduanya turut menyambut menyambut Aidilfitri secara berasingan.

IKLAN

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Ini dia sedutan penuh mengenai kenyataan mereka berdua sejurus berpisah;

https://www.youtube.com/watch?v=UzEJPKL3MKg&t=5s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI