MH pasti ramai yang tahu bahawa pelakon, Zarina Zainuddin sering berkongsi video anak-anaknya Azal dan Azil di Instagram.

Tak dapat dinafikan, Zarina merupakan seorang ibu yang cukup kuat dalam membesakan anak-anak autismnya ini.

Baru-baru ini, Zarina ada memuat naik satu video yang merakamkan anaknya Azal sedang sedih kerana ibunya kini tidak dipanggil oleh mana-mana produksi untuk berlakon.

“Azal cakap kenapa saya lama tak pergi shooting berlakun drama saya cakap takde orang panggil lagi kita buat pulut kuning saja lah.. Dua cakap saya rungsinglah ibu.. Kalau orang taknak panggil produsrr dah taknak station tv asyik reject.. Saya pun tak boleh nak kata apa.. Rezeki terbentang luas Allah bagi mahu atau tidak usaha membuahkan hasil.. Disebalik minat saya dalam lakunan saya terpaksa pendamkan dulu. !??!?,” tulis Zarina di ruang kapsyennya.

Nampaknya ramai peminat yang tersentuh melihat Azal sedih dan runsing ibunya tidak dipanggil untuk berlakon.

IKLAN

manjaniza: Ya Allah bgsnya azal..semoga Allah memberi rezeki yg luas

gegurlomot: Pndai sgguh azal ni.. Ank syurga pndai rsaukn ibu

azlinaabdaziz: ya allah..bijak nya ank .kasih pada ibu.. semoga rezeki akk luas..punca rezeki kita salah satu mmg dr perniagaan.keep it up kak.. ??

IKLAN

Dalam pada itu, MH ternampak komen daripada pengarah popular, David Teo yang meminta Zarina untuk datang ke lokasinya.

[VIDEO] ‘Alamak Saya Runsing La Ibu’ – Anak Zarina Zainuddin Sedih Ibu Tak Dipanggil Berlakon

Rentetan daripada komen yang diberikan oleh David, ramai yang memuji pengarah itu kerana mempunyai hati yang baik.

IKLAN

[VIDEO] ‘Alamak Saya Runsing La Ibu’ – Anak Zarina Zainuddin Sedih Ibu Tak Dipanggil Berlakon

[VIDEO] ‘Alamak Saya Runsing La Ibu’ – Anak Zarina Zainuddin Sedih Ibu Tak Dipanggil Berlakon

Apapun, MH doakan semoga pintu rezeki Zarina dalam bidang lakonan melimpah ruah selepas ini.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI