Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai isu kualiti vokal ‘founder’ (pengasas) produk yang tampil dengan lagu sendiri sehingga didakwa sebagai perosak industri muzik tempatan.

Tampil menyangkal dakwaan tersebut, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, kehadiran dia misalnya bukanlah bertujuan untuk merosakkan industri.

Sebaliknya, Vida meminta semua pihak agar bersikap lebih terbuka dalam memberi ruang dan peluang kepada mana-mana individu yang berkeinginan untuk mengeluarkan lagu.

“Penyanyi dulu pun bukan dari asal suara sedap… dia nyanyi satu lagu lepas itu dah improved. Suara saya pun dah improved.

“Lagu saya Ku Ikhlaskan, mana ada penyanyi di Malaysia yang dapat spark macam itu tapi saya dapat (sehingga lagu itu menjadi popular) dan lagu ini bukan genre untuk viral, it’s a serious song dan suara saya sedap.

Vida Pun Akui Suara Sedap, Minta Orang Industri Lebih Terbuka; “Autotune Pun Tak Kisahlah, Gunalah Teknologi Yang Ada!”

Vida Pun Akui Suara Sedap, Minta Orang Industri Lebih Terbuka; “Autotune Pun Tak Kisahlah, Gunalah Teknologi Yang Ada!”

IKLAN

“Tiada orang di Malaysia ada benchmark itu. Ini bukan zaman tok kaduk dah, jangan duduk bawah tempurung… kena buka minda dan menerima benda itu untuk dijadikan pengajaran jika ia baik untuk dicontohi.

“Autotune pun tak kisahlah, (kita) gunalah teknologi yang ada!” kata Vida kepada MH.

Vida ditemui pada majlis pelantikannya sebagai ikon barangan kemas Foo Bao Sdn Bhd yang diadakan bersempena Penang Signature Gold & Jewellery Fair 2022 (PSG 2022), berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Jumaat.

Terdahulu, menerusi sebuah portal berita, penyanyi dan vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie meluahkan kekesalannya apabila industri muzik kini seakan-akan ‘dilacurkan’ oleh individu yang tidak mempunyai jiwa seni, sebaliknya hanya bermodalkan wang ringgit semata-mata.

IKLAN

Walaupun Awie tidak menyebut nama mana-mana individu secara spesifik, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan kepada pengasas-pengasas produk yang pernah tampil dengan single sendiri seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Vida.

Vida Pun Akui Suara Sedap, Minta Orang Industri Lebih Terbuka; “Autotune Pun Tak Kisahlah, Gunalah Teknologi Yang Ada!”

Vida Pun Akui Suara Sedap, Minta Orang Industri Lebih Terbuka; “Autotune Pun Tak Kisahlah, Gunalah Teknologi Yang Ada!”

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Vida berbesar hati apabila keunikan imej yang sering dibawakannya menarik minat pengeluar jenama barangan kemas, Foo Bao Sdn Bhd untuk bekerjasama dengannya.

“Saya sering tampil dengan aksesori yang besar-besar dan unik dan hari ini saya dilantik untuk menjadi duta untuk memperkenalkan jenama ini. Hari ini sahaja saya diselaputi dengan barangan emas yang bernilai lebih daripada RM500,000.

“Untuk koleksi kali ini pun mereka tampil dengan rekaan khas bertemakan Only You yang mana ia tampil dengan design yang bulky, sesuai dengan imej yang sering saya tampilkan sebelum ini,” katanya.

Pameran PSG 2022 yang menghimpunkan jenama barangan kemas dari seluruh negara berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI