Pelakon dan penyanyi yang popular menerusi siri filem, High School Musical, Vanessa Hudgens dilaporkan telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pemain besbol profesional, Cole Tucker.

Majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup di Azulik City of Arts,Tulum, Mexico pada penghujung minggu lalu.

Memilih lokasi indah tersebut, dalam temubual bersama Vogue Wedding, Vanessa berkongsi, “Saya tahu bahawa ini adalah tempat kami. Saya rasa seperti dibawa ke utopia, tidak seperti apa yang pernah saya lalui sebelum ini. Ia adalah aneh dan ajaib, dan saya seperti baru sahaja jatuh cinta.”

Vanessa Hudgens Tamatkan Zaman Bujang Dengan Pemain Besbol Profesional

Mengadakan majlis secara tertutup, bintang terkenal ini tidak membenarkan para tetamu membawa telefon bimbit ke majlis perkahwinannya. Menurut Vanessa dia memiliki sebab tersendiri.

“Saya sangat bersyukur kerana kami mengadakan perkahwinan secara tertutup peribadi dan saya menyimpan telefon tetamu. Sungguh mengagumkan kerana semasa makan malam, saya akan melihat sekeliling dan semua orang bercakap antara satu sama lain.

IKLAN

“Pihak keluarga dan rakan kami berkumpul dan mewujudkan hubungan sebenar. Melihat itu dan membawa semua orang bersama-sama dan meraikan kami, ia sangat ajaib. Secara literal bercakap mengenainya sekarang, saya semakin sebak.

“Saya tidak pernah mengimpikan ia menjadi lebih baik. Saya tahu ia akan menjadi ajaib, tetapi ia melebihi jangkaan saya,” ujarnya.

Vanessa Hudgens Tamatkan Zaman Bujang Dengan Pemain Besbol Profesional

IKLAN

Pada hari perkahwinannya, Vanessa tampil anggun menggayakan dua persalinan untuk majlis nikah dia memilih busana gaun potongan duyung bertali spageti manakala untuk sesi resepsi dia menggayakan gaun potongan kemban penuh renda di bahagian badan.

Kedua-dua busana tersebut merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Vera Wang.

Berbicara soal jodoh, pasangan ini memiliki beza usia sebanyak 6 tahun dan itu bukanlah halangan bagi mereka.  Vanessa yang kini berusia 34 tahun manakala Cole pula berusia 27 tahun dikatakan mula berkenalan dan rapat pada penghujung tahun 2020.

IKLAN

Kredit foto: Instagram Vanessa Hudgens, Vogue Weddings

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI