Pelakon Yusuf Bahrin mengulas mengenai keterbukaannya melakonkan adegan tidak berbaju menerusi salah satu babak di dalam filem The Lord Musang King yang menyaksikan dirinya mendukung watak utama menerusi nakshah berkenaan.

Menurut Yusuf, ia dilakukan sebagai memenuhi tuntutan filem tersebut namun meletakkan beberapa syarat selain turut berbincang dengan isteri, penyanyi Zizi Kirana mengenai adegan tersebut.

“Saya ambil langkah berani sebenarnya, tapi saya beritahu syarat asalkan jangan di paparkan sampai nampak bahagian pusat. Alhamdulillah tak nampak bawah pusat dan juga lutut bila ia ditayangkan. Hanya bahagian dada sahaja. 

“Saya ada beritahu pada Zizi bahawa dalam skrip ada babak saya mandi dalam bilik air di dalam penjara, mesti tak pakai baju. Kalau pakai mesti nampak tak logik.

“Dia cakap okey saja cuma janganlah sampai bahagian yang tidak sepatutnya nampak. Saya janji dan syukur bila penerbit dan pengarah pun faham dengan permintaan saya,” katanya.

IKLAN

“Saya Beritahu Dia, Dalam Skrip Ada Babak Mandi Dalam Bilik Air Di Penjara,” – Tak Berbaju… Yusuf Bahrin Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana “Saya Beritahu Dia, Dalam Skrip Ada Babak Mandi Dalam Bilik Air Di Penjara,” – Tak Berbaju… Yusuf Bahrin Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana “Saya Beritahu Dia, Dalam Skrip Ada Babak Mandi Dalam Bilik Air Di Penjara,” – Tak Berbaju… Yusuf Bahrin Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana “Saya Beritahu Dia, Dalam Skrip Ada Babak Mandi Dalam Bilik Air Di Penjara,” – Tak Berbaju… Yusuf Bahrin Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana “Saya Beritahu Dia, Dalam Skrip Ada Babak Mandi Dalam Bilik Air Di Penjara,” – Tak Berbaju… Yusuf Bahrin Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana “Saya Beritahu Dia, Dalam Skrip Ada Babak Mandi Dalam Bilik Air Di Penjara,” – Tak Berbaju… Yusuf Bahrin Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana

Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Filem The Lord Musang King di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dia bagaimanapun sudah bersedia sekiranya menerima menerima apa juga persepsi warganet mengenai hal tersebut.

IKLAN

“Saya sudah persiapkan diri saya untuk menerima apa apa kritikan atau pandangan orang. Saya tak cakap apa yang saya buat ini benda betul atau sebaliknya.

“Tetapi apa yang saya buat itu saya ambil langkah berani dan bertanggungjawab atas diri sendiri. Kalau salah betulkan saya,” katanya lagi. 

IKLAN

Selain Yusuf, filem arahan pengarah Korea Selatan, Lee Moon Ho itu juga turut dibintangi Harissa Adlynn, Fimie Don, Azri Sabri, Hafizuddin Fadzil dan Jay Iswazir, manakala pelakon dari Korea Selatan pula ialah Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk.

Filem The Lord Musang King menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Korea dan ia merupakan kolaborasi pertama filem Malaysia dan Korea Selatan.

The Lord Musang King akan menemui penonton di pawagam bermula hari ini, 21 Disember depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI