Pelakon dan hos, Uyaina Arshad mengakui dia rasa lega apabila tidak berdepan dengan pengalaman seram sepanjang penggambaran di dalam filem seram ‘thriller’ pertama lakonannya, Siapa Tutup Lampu yang ditayangkan menerusi Astro First 480 sejak 25 November lalu.

Menurut Uyaina, 29, dia bersyukur kerana semuanya dipermudahkan apabila perlu melakukan penggambaran di sebuah bilik mayat sebenar.

“Alhamdulillah nasib baik kami tidak alami perkara atau hal yang menyeramkan sepanjang penggambaran. Cuma ya, memang adegan yang dilakukan di bilik mayat sebenar di sebuah hospital di ibu kota. Kalau saya seorang, memang tak berani sebab saya sendiri memang penakut.

“Jujurnya bila dapat tahu penggambaran dilakukan di lokasi berkenaan, saya tidak beritahu ibu terlebih dulu sebab jika dia tahu, pasti ibu tak akan benarkan. Saya pun tak mahu ibu risau.

“Sebelum ini saya pernah buat projek drama Bercinta Dengan Jin untuk Astro Citra dan saya akui ada kena ‘kacau’, berlaku insiden pada hari terakhir penggambaran,” katanya.

IKLAN

Tambah Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, dia pada awalnya tidak mengetahui mengenai lokasi berkenaan.

Uyaina Arshad Cerita Situasi Berlakon Dalam Bilik Mayat Sebenar – ” Tak Beritahu Ibu Dulu Sebab Kalau Dia Tahu…” Uyaina Arshad Cerita Situasi Berlakon Dalam Bilik Mayat Sebenar – ” Tak Beritahu Ibu Dulu Sebab Kalau Dia Tahu…”

“Jadi bila terlibat dalam filem ini, awalnya saya kurang pasti ada babak yang yang perlu dilakukan di sebuah bilik mayat. Bila sesi membaca skrip baru tahu. Kami buat penggambaran di lokasi berkenaan selama dua hari. Alhamdulillah semuanya okay saja.

IKLAN

“Kami juga ada buat bacaan doa sebelum mulakan penggambaran dan ada yang solat berjemaah bila di set. Jadi kita sebagai pelakon bila bercakap soal cabaran… apabila ada babak menakutkan itu memanglah takut betul,” katanya lagi.

Naskhah yang mengangkat tema persahabatan ini mengisahkan lima orang sahabat iaitu Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir yang bercuti ke sebuah lokasi percutian. Namun, dalam perjalanan pulang, mereka terlibat dengan kemalangan hingga menyebabkan Amir terkorban.

IKLAN

Ketika mahu membuat pengecaman mayat Amir dan menunggu di bilik mayat, satu persatu peristiwa aneh berlaku. Lebih menimbulkan misteri, setiap kali sesuatu yang aneh berlaku, lampu akan terpadam secara tiba-tiba.

Selain Uyaina, filem Siapa Tutup Lampu?’ terbitan Horizon Film Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Articulate Fusion Productions Sdn Bhd arahan Alif Ihsan Rahman turut dibarisi pelakon lain antaranya Azizul Ammar, Naim Daniel, Azhar Jalil dan ramai lagi.

Uyaina Arshad Cerita Situasi Berlakon Dalam Bilik Mayat Sebenar – ” Tak Beritahu Ibu Dulu Sebab Kalau Dia Tahu…” Uyaina Arshad Cerita Situasi Berlakon Dalam Bilik Mayat Sebenar – ” Tak Beritahu Ibu Dulu Sebab Kalau Dia Tahu…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI