![1BAFD706-EB88-4E24-8709-F4C2C6053BDB](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2020/06/1BAFD706-EB88-4E24-8709-F4C2C6053BDB-696x423.jpeg)
Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memberikan reaksi berhubung kes penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk awal pagi 1 Jun lalu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang terkenal itu menerusi salah satu postingnya di IG Stories.
Difahamkan, Siti pernah melakukan riviu makanan yang diusahawan balu kepada Allahyarham Mohamed Zaili Mohamed iaitu Zahlawati Zahlan, Ramadan lalu.
“Turut bersedih dengan kejadian yang menimpa keluarga @watiekitchen. Salah seorang usahawan makanan yang sempat saya buat review makanan semasa bulan Ramadan lalu.
“Mari sama-sama kira membantu,” tulis Siti yang mengajak peminat supaya membantu Zahlawati dengan memberikan sumbangan ikhlas.
Terdahulu, dalam kejadian pada jam 1.30 pagi itu, Mohamed Zaili dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara.
Mangsa berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza/Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“InsyaAllah Tahun Ini,” – 13 Tahun Jalin Hubungan, Kekasih Umum Perancangan Kahwin, Shiha Zikir Kata ‘Onz’
![“InsyaAllah Tahun Ini,” – 13 Tahun Jalin Hubungan, Kekasih Umum Perancangan Kahwin, Shiha Zikir Kata ‘Onz’](https://cdn.mediahiburan.my/2023/02/DB560794-776C-4204-81C4-E6C50E10005C.jpeg)
“Insya-Allah, tahun ini.”
Demikian jawapan ringkas kekasih merangkap pengurus kepada penyanyi Shiha Zikir, Kamarul Arifin Baharun yang mesra disapa Arul ketika ditanya mengenai perancangan mendirikan rumah tangga.
Arul, 38, berkongsi perkara tersebut sekaligus merungkai desas-desus yang mendakwa mereka bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.
Memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perancangan hari bahagia, Shiha selesa meletakkan fokus terhadap kerjaya.
“Saya memang tak berapa suka untuk berkongsi mengenai hal bersifat peribadi. Dulu memang saya gemar berkongsi, cuma sekarang kita hanya mahu fokus pada karier.
“Tambah pula, orang pun selalu bertanya, cuma bila ada yang tanya saya tiada masalah untuk berkongsi. Misal sudah ada teman lelakikah? Saya akan jawab ada. Berapa lama bercinta, 13 tahun.
“Tak adalah saya nak beritahu diri ini masih solo dan hal yang seumpama dengannya. Bila sudah berkahwin nanti, barulah lebih selesa untuk kongsikannya secara terbuka,” kata Shiha.
Shiha bagaimanapun mengakui mereka mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ke peringkat lebih serius.
“Tidak dinafikan, bila berkenalan selama 13 tahun mestilah mahu hubungan ini ke fasa seterusnya. Saya pun sudah 36 tahun, keluarga pun ada bertanya.
“InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan, kami akan berkongsikan mengenai hari bahagia, kalau semuanya berjalan lancar. Saya tak kisah kalau (kahwin) tahun ini.
“Sekiranya ia dipermudahkan, saya ‘onz’. Kata orang, lagi cepat lagi bagus,” katanya berseloroh sambil meminta ramai mendoakan yang baik-baik.
Terdahulu, Shiha melakar sukses apabila memenangi trofi Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Irama, pada Ahad.
Menampilan tema unik dengan elemen futuristik dengan limpahan cahaya laser, warna-warna neon serta ‘glow in the dark’ disulami tarian, Shiha akui berbelanja lebih RM100,000 untuk merealisasikan idea terbabit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mohon Doakan Kesihatan Bayi Pra Matang Kami…,” – 10 Tahun Tunggu Rezeki, Min Yasmin Selamat Timang Baby Boy
![“Mohon Doakan Kesihatan Bayi Pra Matang Kami…,” – 10 Tahun Tunggu Rezeki, Min Yasmin Selamat Timang Baby Boy](https://cdn.mediahiburan.my/2023/09/BA23DC78-DD67-489E-BE07-058FD5510D7F.jpeg)
Selepas menanti hampir sedekad, penyanyi, Min Yasmin dan suami yang juga merupakan komposer terkenal Julfekar Ahmad Shah akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung yang lahir pada 16 September lalu.
Menurut Min, dia dan suami amat bersyukur kerana impian mereka untuk memiliki zuriat akhirnya tercapai.
“Assalamualaikum, saya dan Abang Julfekar nak berkongsi, Allahuakbar.. Alhamdulillah. Penantian cahaya mata setelah 10 tahun saya dan Abang Jul mendirikan rumahtangga bersama. Syukur.
“Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Hari Malaysia, 16 September pada jam 7.49 malam baru-baru ini,” katanya menerusi hantaran Whatsapp.
Sementara itu, penyanyi lagu Aku Di Sini itu turut memaklumkan bayi tersebut terpaksa dilahirkan secara pembedahan berikutan beberapa komplikasi.
Lantaran itu, Min turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan bayi lelaki pra matangnya itu.
“Min telah dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.
“Setelah berbincang untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, saya terus dibedah dengan serta merta.
“Mohon doakan keselamatan dan kesihatan sepenuhnya bayi pra matang kami yang berusia 30 minggu (7 bulan ½) ini. Moga anak kami ini mampu membesar sihat seperti anak-anak yang lain,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Min turut memanjatkan doa agar anaknya itu dapat menjadi insan berguna pada masa akan datang.
“Moga anak ini menjadi seorang anak yang soleh membawa kebaikkan kepada agama, bangsa dan keluarga. Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang.
“Terima Kasih semua atas doanya dan syukur kehadrat Ilahi atas kelahiran seorang lagi Umat Muhammad SAW dibumi ini. Alhamdulillah,” akhirnya.
Seladar informasi, Min dan Julfekar telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan ini menjadi perkahwinan kedua buat Julfekar. Menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan empat cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Julfekar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Indahnya Nukilan Harris Baba Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga, Moga Till Jannah…
![Indahnya Nukilan Harris Baba Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga, Moga Till Jannah…](https://cdn.mediahiburan.my/2019/05/whatsapp-image-2019-05-14-at-11.06.40-am-14_36_826480.jpeg)
Hari ini gelap ulang tahun perkahwinan ketiga penyanyi dan pelakon, Harris Baba dan isteri tercinta, Nik Naziha Zawawi.
Perkara itu turut dikongsikan Harris yang popular dengan lagu Katakan itu menerusi Instagram.
Kongsi Harris lagi, isterinya itu seorang wanita yang cukup menyokong dan menjadi tulang belakang kejayaannya hingga kini.
“Just wana take this time to wish us Happy 3rd Anniversary. Thk u for always being there for me and for always supporting me in everything. Thk u for being an amazing wife and mother. For putting up with all my nonsense and most importantly for always being my backbone and for loving me endlessly.
“Im forever thankful and grateful to u. My wife, Jieha. Love u forever and always. InshaAllah Amin,” tulis anak kelahiran Singapura itu panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Harris Baba (@harrisbaba) on
Foto throwback itu melihatkan hari majlis persandingan mereka berdua yang bertemakan warna kelabu.
Dalam pada itu, netizen turut menitip ucapan buat pasangan ini yang dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Aleena Ziya dan Muhammad Umar Baba.
View this post on InstagramA post shared by Harris Baba (@harrisbaba) on
Pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2016.
Foto : Instagram Harris Baba
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI