Ads

[Update] Neelofa Kekal Sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018!

Desas-desus kononnya nama Neelofa bakal digugurkan dalam senarai anugerah Ikon Wanita Negara oleh sebuah kementerian berikutan insiden viral melibatkan selebriti dan ahli perniagaan tersebut baru-baru ini adalah tidak benar.

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengeluarkan kenyataan media rasmi hari ini yang menafikan terdapat Anugerah Ikon Wanita Negara seperti yang ditularkan melalui blog media baru-baru ini.

Kenyataan media itu turut memaklumkan, pihak kementerian melihat segala sumbangan dan kejayaan yang telah diraih pengacara MeleTOP itu sebelum ini dan percaya ia dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk terus bergerak lebih jauh dan berdaya saing bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. Kementerian melihat daripada sudut positif apa yang akan disumbangkan Neelofa untuk memperkasakan wanita.

Ads

Berikut merupakan butiran lanjut mengenai kenyataan media tersebut yang dijelaskan secara terperinci;[Update] Neelofa Kekal Sebagai Ikon Tahun Memperkasa Wanita 2018!

Ads

Terdahulu, menerusi blog media, nama Neelofa dikatakan bakal digugurkan daripada senarai anugerah Ikon Wanita yang akan dianjurkan sebuah kementerian dan dikatakan, pihak kementerian terpaksa menggugur nama bintang tersebut kerana tidak mahu menerima tempias berhubung kontroversi pelancaran koleksi hijab Be Lofa minggu lalu.

Ads

Bagaimanapun, syarikat pengeluar tudung berkenaan, NH Prima International Sdn Bhd sebelum ini telah memohon maaf atas apa yang berlaku.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Celik Mata, Saya Nampak Ustaz…,” – A. Aida Terdetik Nekad Berhijab...

Penerbit, Datuk A. Aida mendedahkan hatinya mula terdetik untuk berhijab selepas terkesan dengan nasihat daripada sahabat baiknya, Ustaz Izhar Ariff sebaik dia tersedar daripada ditidurkan akibat komplikasi pembedahan lutut.
error: Hello. Cannot.