Pelawak dan hos, Jihan Muse mengumumkan dirinya telah pun selamat timang anak kedua selepas tiga minggu bersalin.
Berita gembira tersebut dikongsikan dia dan suami, Ungku Haris menerusi Instagram selain turut mendedahkan nama anak kedua mereka.
“Izinkan saya perkenalkan putera kedua kami yang diberi nama Ungku Altamis Barr Ungku Faizal Haris,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pasangan ini turut memohon agar anak kedua mereka mendapat perlindungan Allah dengan berkongsi potongan doa dari ayat al-Quran.
Sebelum ini, Jihan akui tahu dirinya berbadan dua selepas melakukan ujian calitan Covid-19 sebagai prosedur menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.
Sekaligus, Jihan tidak mengendalikan Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), bersama Nabil Ahmad kerana kini menjalani tempoh berpantang.
Tempatnya itu digantikan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein.
Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 2016 dan turut dikurniakan seorang anak lelaki, Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selami Kisah Cikgu Panas Baran Yang Mengajar Di Sekolah Pedalaman, Adaptasi Novel Penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988
Produksi Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. dan Kalam Ariff Holdings Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah filem berjudul Memoir Seorang Guru, bersempena dengan sambutan Hari Guru yang telah pun diraikan oleh seluruh warga pendidik di negara ini.
Tidak hanya sekadar naskhah biasa, filem ini juga merupakan adaptasi daripada novel dengan judul sama hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang juga bekas seorang guru yang juga penerima Anugerah Penulis S.E.A. 1988 mewakili Malaysia.
Penerbit filem ini, Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, pihaknya berminat untuk mengadaptasi novel berkenaan ke sebuah filem kerana karya Allahyarham dilihat cukup istimewa dan pernah menjadi bahan sastera pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatu ketika dahulu.
“Kami akui sudah banyak filem kisah guru dan pelajar diterbitkan, namun Memoir Seorang Guru ini mempunyai kelainan kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang hubungan anak murid dan guru sahaja.
“Ia mengangkat mesej-mesej positif seperti nilai kasih sayang, mengenang budi dan kejayaan, kegagalan, penyesalan dan kisahnya begitu dekat dengan sesiapa sahaja yang pernah bergelar guru dan anak murid.
“Malah, penulis novel ini juga bekas seorang guru dan ia banyak mempengaruhi kisah dalam karya tersebut,” katanya menerusi filem yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini.
Aktor hebat Datuk Rosyam Noor telah diberi peranan utama sebagai Cikgu Sunan dan turut menampilkan barisan pelakon kanak-kanak serta pelakon popular lain seperti Nabila Huda, Johan As’ari, Zul Huzaimi, Hariz Hamdan dan Trisha Ooi.
Menurut Arisz, filem berkenaan juga mendapat kerjasama daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).
“Setakat ini YGMB yang mempunyai keahlian beratus ribu daripada kalangan guru yang kami lihat mereka mampu memainkan peranan membantu mempromosikan filem ini ke sekolah-sekolah.
“Selain itu, mereka boleh menyarankan kepada guru-guru yang lain agar mengajak anak-anak murid menonton filem ini di pawagam nanti yang secara kebetulan ia ditayangkan dalam suasana semua pelajar merayakan sambutan Hari Guru,” katanya lagi.
Kyoll Hamzah pula menjelaskan, dia bersetuju untuk mengarahkan filem ini kerana melihat ia adalah sebuah naskhah yang sangat menarik apabila diadaptasi menjadi sebuah filem.
Ujarnya, dia sendiri yang meminta kepada penerbit untuk memilih Rosyam memegang watak utama sebagai Cikgu Sunan.
“Apabila diberi peranan sebagai pengarah, saya terus usulkan agar Rosyam diberi watak tersebut kerana melihat kriteria watak ‘Cikgu Sunan’ ini ialah dirinya.
“Lagipun Rosyam sendiri belum pernah lagi membawakan watak sebegini dalam mana-mana filem dan pastinya ia amat dinantikan penonton,” katanya.
Pada masa sama, pemilihan pelakon-pelakon lain juga dibuat atas perbincangan bersama penerbit, malah mereka turut menjalankan sesi uji bakat untuk pelakon kanak-kanak.
Menjalani penggambaran pada Disember tahun lalu di beberapa buah lokasi seperti Perlis, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur, pengarah itu turut mengakui berhadapan dengan beberapa cabaran.
Antara cabaran yang dilalui termasul dalam hal berkaitan dengan pemilihan lokasi yang terbaik selain keadaan cuaca yang tidak menentu.
Malah kelas lakonan juga turut diberikan kepada pelakon kanak-kanak terlibat demi memastikan masing-masing mampu menghayati watak.
Memoir Seorang Guru mengisahkan tentang seorang guru bandar, Cikgu Sunan yang telah ditukarkan ke sebuah sekolah di pedalaman dan ditugaskan menjadi guru kelas di kelas paling corot.
Dia yang juga duda kematian isteri turut membawa bersama anak perempuannya, Kamariah untuk belajar di sekolah berkenaan.
Lebih mencabar, guru besar sekolah tersebut telah memberinya tugas menjadi guru kelas di kelas paling corot dan tugas paling utamanya adalah untuk memastikan kelasnya itu mencatat keputusan UPSR lebih baik berbanding sebelumnya.
Pada masa sama, terdapat tiga orang pelajar di kelasnya iaitu Alias, Midun dan Mat yang tidak menyukai Cikgu Sunan kerana menganggap guru kelas mereka itu sebagai cikgu bandar yang berlagak.
Memoir Seorang Guru menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 30 Mei 2024.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Steady Pakai Fesyen Rock Kapak, Sari Yanti Minta Jep ‘Pulangkan’ Seluar Zebra; “Makin Menjadi-Jadi Punchline Laki Bini.”
Belum reda video lawak disuap bubur cili, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu sekali lagi ‘buat hal’ apabila mengenakan fesyen rock kapak ala 80-an bersempena cabaran Catwalk Kostume di konti radio Sinar FM.
Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Jep dilihat mengenakan T-shirt band, jaket kulit, headband dan seluar ketat corak zebra yang secara tak langsung kelihatan seperti ‘legging’ wanita.
Selain Jep, cabaran ini turut disertai oleh tiga penyampai lain iaitu Siti Elizad, Rahim R2 dan Angah Raja Lawak.
Terbaru, entri terkini di laman Instagram pelakon, Sari Yanti telah menarik perhatian ramai apabila dia berseloroh meminta suaminya, Jep untuk memulangkan semula seluar yang dipakainya itu.
Menerusi hantaran tersebut, Sari memuat naik foto corak kuda belang yang kelihatan sama dengan corak seluar yang dipakai Jep sambil memasukkan lagu Pulangkan dendangan penyanyi, Misha Omar.
Artikel Berkaitan;
Tiada Kelibat Anak Allahyarham Mr. Os Di Sepahtu Reunion Live 2022, Ini Penjelasan Jep
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah lucu pasangan suami isteri tersebut.
“Tak cukup dengan bubur, seluar pun dirembat.
“Dah agak dah. Buat hal la Jep ni.
“Pulangkan balik seluar bini tu Jep. Patut lain macam ketat.
“Laki bini ni sekarang lawak eh.
“Lawak la korang. Moga kekal hingga ke akhir hayat.
“Makin menjadi-jadi punchline laki bini ni, antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, cabaran Catwalk Konti telah dimenangi oleh Rahim yang mengenakan suit adiwira Marvel, Thor.
Kesemua mereka telah diadili oleh pelakon , Ramona Zamzam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walaupun Dah Tak Ada Ikatan Masih Lagi Baik Dengan Bekas Suami,”- Peminat Puji Fasha Sandha
Baru-baru ini, pelakon Nur Fasha Sandha Hassan atau sinonim dengan panggilan Fasha Sandha ada berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi bintang kelahiran Pulau Pinang itu telah menyambut sambutan majlis graduasi anak-anaknya di sebuah pusat pengajian.
“Ready for big School, Maknanya anak2 ibu dah besaq Syukur Alhamdulillah , successfully completed Pre school Education (rayfal 6 year, Jemyma 4 years 8months old),
“Thank You dear teachers and friends, Till we meet again Special Thanks to @ainacopartynsuch For the deco Dear Yaya @mryayapartystation The best clown in town @sugarcandymy For the cake.@badrulazhar_ #iburayfalraysha @locka.m,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Menerusi foto tersebut, kelihatan bekas suami kepada Fasha iaitu Jejai turut hadir bagi memeriahkan dan meraikan majlis tersebut bersama.
Melihat diruangan komen gambar tersebut, rata-rata netizen memuji sikap baik ibu kepada dua orang cahaya mata itu terhadap bekas suaminya itu.
“Suka tgk sis walaupun dah xde ikatan still Baik dg x husband tu.. Kalau kita ni Langsung x berhubung dah block no hp bagai apalg bg nafkah anak pun tidak Tp Alhamdulillah suami yg skrg Sangat Baik, Semua anak2 duduk dg kami,” tulis netizen.
Fasha sebelum ini pernah berkahwin bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.
Selepas itu, Fasha mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac yang lalu.
Foto : Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI