Nama pelakon dan hos, Uyaina Arshad menjadi perhatian penonton apabila dia secara tiba-tiba tergelincir ketika bersiaran secara langsung di program Wanita Hari Ini di TV3, baru-baru ini.

Menerusi satu video pendek yang dimuat naik Uyaina di Instagram, kelihatan bintang tersebut dilihat hampir terjatuh. Dia bagaimanapun bijak mengawal keadaan sehingga tamat segmen yang dibawa secara langsung.

Menerusi ruangan kapsyen, Uyaina seolah menbayangkan apa sahaja perkara sama ada baik atau sebaliknya berkemungkinan boleh berlaku ketika bersiaran secara langsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Sometimes, sh*t happens during live. Kita gelak jelah huhuhuhu,” tulisnya.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat turut memberikan reaksi dan memuji caranya dalam mengawal hal yang tidak sepatutnya berlaku secara ‘live’ dengan baik.

“Undur Satu Kaki Ke Belakang. Tu Yang Terkeluar Platform Dan Terpeleot,” – Uyaina Perjelas Sebab Nak Jatuh ‘Live’ Di WHI semalam “Undur Satu Kaki Ke Belakang. Tu Yang Terkeluar Platform Dan Terpeleot,” – Uyaina Perjelas Sebab Nak Jatuh ‘Live’ Di WHI semalam “Undur Satu Kaki Ke Belakang. Tu Yang Terkeluar Platform Dan Terpeleot,” – Uyaina Perjelas Sebab Nak Jatuh ‘Live’ Di WHI semalam

Sementara menerusi ruangan sama, Uyaina turut ditanya bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

IKLAN

“Undur Satu Kaki Ke Belakang. Tu Yang Terkeluar Platform Dan Terpeleot,” – Uyaina Perjelas Sebab Nak Jatuh ‘Live’ Di WHI semalam

“Untuk sponsor segment, kitaorang berdiri atas platfrom. Tadi Yana g undur satu kaki kebelakang. Tu yang terkeluar platform tu dan terpeleot,” jelasnya secara ringkas.

Malah Uyaina turut menyatakan rasa lega kerana dia tidak melatah.

IKLAN

“Undur Satu Kaki Ke Belakang. Tu Yang Terkeluar Platform Dan Terpeleot,” – Uyaina Perjelas Sebab Nak Jatuh ‘Live’ Di WHI semalam

“Nasib baik tak melatah bukan-bukan je tadi,” katanya pada komen yang ditinggalkan rakan aritis, Syifa Melvin.

Sehingga kini, video tersebut sudah pun mendapat lebih 100,000 tontonan bersama ratusan komen.

Foto: Instagram Uyaina Arshad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI