Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19 nyata memberi kesan kepada ramai pihak.
Antara yang turut tidak terkecuali menerima impaknya termasuklah pemain gitar lagenda tanah air, Man Kidal.
Menurut isteri yang juga merupakan pengurusnya, Norlaila Yusof, tiadanya tawaran persembahan sejak dua tahun yang lalu telah menyebabkan keadaan kewangan mereka berada ditahap yang sangat meruncingkan.
Memetik laporan Kosmo Online, Norlaila memaklumkan, mereka terpaksa menjual kereta serta beberapa barangan peribadi bagi meneruskan kelansungan hidup.
“Bukan tidak berusaha, apabila pandemik menyerang, projek lagu Abang Man (Man Kidal) bersama Hillary Ang turut tergendala tetapi kami usaha pula berniaga, jual kuih serta buka perniagaan percetakan. Terpaksa juga ditutup sebab impak semasa.
“Kami hilang punca pendapatan sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu dan hanya menggunakan wang simpanan yang ada untuk melunaskan bil serta keperluan lain.
“Bayangkan dua tahun begitu biarpun macam-macam usaha sudah kami lakukan. Setakat makan, anak-anak dan keluarga terdekat memang membantu, takkan nak bebankan mereka untuk lunaskan bil dan duit rumah, mereka pun ada tanggungan.
Ads
“Bukit ditarah pun lama-lama rata. Jadi kami usaha cara lain. Jalannya adalah jual kereta kami. Saya tahu dia sedih dan hilang punca sebab walaupun anak-anak sudah besar, dia risaukan dua cucu yang kami jaga dari kecil selepas ibu bapa mereka berpisah” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata serta 11 cucu ini menyifatkan dirinya tidak malu mendedahkan keadaan yang dilalui kini sehingga sudah sampai ke tahap terpaksa mengangkat bendera putih.
Bagaimanapun, Norlaila berharap agar masyarakat di luar sana tidak membuat sebarang andaian lebih-lebih lagi melontarkan tomahan kepada anak-anaknya.
“Saya tahu ada yang menghubungi tiga anak kami bertanyakan kenapa biarkan ibu bapa mereka susah. Tolonglah, jangan salah faham. Macam yang saya cakap, anak-anak juga sudah banyak berkorban untuk kami.
Ads
“Mereka juga berdepan masalah sama tetapi tidak pernah biarkan kami tiada makanan. Mereka pun ada mulut untuk disuap… minta sangat jangan cepat jatuh hukum.
“Abang Man bertambah sedih mendengar desa- desus seperti itu. Mungkin sebab inilah awal dulu seboleh-bolehnya dia berdiam dan cuba bertahan,” luahnya lagi.
Tambah mendukacitakan apabila Norlaila dan Man Kidal kini dilaporkan positif Covid-19 sejak tiga hari lalu bersama empat lagi ahli keluarga mereka yang tinggal sebumbung dan kini menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi, Naim Daniel turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama membantu Man Kidal agar beban yang digalasnya dapat dikurangkan.
“Sama-sama kita doakan kesejahteraan Uncle @man.keedal sekeluarga yang sedang bertarung menentang Covid-19,” kongsinya.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Kosmo Online & Instagram Naim Danial
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Persaingan separuh akhir program Gegar Vaganza 7 (GV7) Ahad depan makin sengit apabila kini hanya tinggal 7 bintang selepas Yantzen diumumkan sebagai peserta tersingkir, malam tadi.
GV7 yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya itu menyaksikan Yantzen menyanyikan lagu Segalanya Ku Terima menerima markah paling rendah iaitu 44.50 peratus.
Cliff Umar pula memungut markah kedua terendah iaitu 55.70 peratus dan Muss menerima markah tertinggi iaitu 69.8 peratus.
Ini dia carta markah bagi kesemua bintang bertanding minggu ini;
Kesemua peserta diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Khadijah Ibrahim bersama dua juri jemputan minggu ini, Datuk Syafinaz Selamat dan pengarah Mamat Khalid.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, segmen kongsi rezeki kali ini menyaksikan keluarga kepada komposer dangdut, Allahyarham Ruslan Mamat menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.
Juara GV7 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlaj RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Memey Suhaiza ada berkongsi kisah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerasakan Fasa dilanjut dua minggu, pada Jumaat.
Katanya menerusi Instagram, dia akan terus ‘pandang’ wajah suami dan begitu juga sebaliknya.
Mudah-mudahkan, apa yang dilakukan oleh pasangan suami mendapat pahala dariNya.
“Sambung lagi. Pandang lah muka sesama puas2 pagi ptg siang mlm. Mudah2an byk pahala terkumpul hehe.
“Pandang suami / isteri penuh kasih syg pun dapat pahala, lagi kan plk klu kita berbakti pd bnda2 lain kan,” tulisnya.
Memey pada masa sama turut meminta ramai agar memandangkan situasi yang berlaku ini dari sudut positif.
“Gunakan peluang sebaiknya.buatlah apa2 yg berfaedah. p dr sudut positif.
“Mummy ok jer sbb mmg biasa buat kerja dr rumah. Papa lah pening sbb dah terbiasa busy kesana sini dgn kerja/ gym.
“Takpelah ini yg terbaik .sama2 kita ambik tanggungjawab ni bersama tau, #stayathome,” tulis Memey menerusi entri yang merakam foto yang diambil secara ‘wefie’ bersama suami, pelakon Norman Hakim.
Pelakon dan model, Ain Edruce dan suami dan suaminya, Amirul Hafiz sepakat mendedahkan wajah anak pertama mereka, Soraya.
Pendedahan itu dibuat pasangan ini menerusi saluran YouTubenya. Di samping memuat naik video dan kompilasi gambar puteri sulung, keduanya turut menjawab beberapa persoalan yang ditanyakan peminat.
Pada hujung video, Ain turut memangku anaknya yang sedang tidur.
“Soraya bermaksud cantik. Jadi kitaorang bagi nama tu dekat dia. Ain tahu dah ramai sangat nak tengok gambar dia (Soraya).
“Malah pada kawan pun tak tunjuk sebab masih awal. Tapi sekarang usianya sudah berbelas hari. Saya kongsi bukan sebab nak menunjuk atau apa.
“Hanya nak berkongsi kegembiraan kami. Our little Soraya,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan tumpang gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga pasangan ini.
Malah tak kurang yang memuji kecomelan Soraya dan mendoakan agar membesar menjadi seorang anak solehah.
Untuk rekod, Ain Edruce selamat melahirkan anak pertama itu pada 19 Mei 2021 lalu.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea kembali dikejutkan dengan perkembangan terbaru mengenai kematian tragis pelakon Kim Sae-ron.Keluarga mendiang kini menuntut pelakon terkenal, Kim Soo-hyun untuk membuat permohonan...