Penyanyi, Tajul Arif mendedahkan dirinya amat merindui kampung halaman, lebih-lebih lagi untuk bertemu dengan ibunya setelah hampir dua tahun tidak bersua.

Jelas Tajul, sepanjang hayatnya itu, dia tidak pernah sekali pun terlepas untuk pulang ke kampung bila menjelang hari hari raya namun, segalanya dilihat telah berubah sejak penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“Tak Dapat Jumpa Dari Lahir, Video Call Je…”, – 2 Tahun Tak Balik Kampung, Tajul Arif Sedih Anak Kedua Belum Bertemu Ibu “Tak Dapat Jumpa Dari Lahir, Video Call Je…”, – 2 Tahun Tak Balik Kampung, Tajul Arif Sedih Anak Kedua Belum Bertemu Ibu

Malah, ibu Tajul juga dikatakan telah memuat naik sebuah hantaran di laman Face bagi meluahkan rasa rindunya terhadap anak bongsunya itu.

“Salam Maghrib semua! Comel tak tajul masa sekolah rendah hahahaha time ni masuk competition nasyid.

“Ciann ibu Tajul @badariahawaludin rindu anak bongsu dia. Sampai throwback gmbr ni kat FB. Since dah lama tak balik kampung halaman tak boleh rentas negeri,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, sedalam-dalam rindu itu menerusi sebuah entri di laman Instagram.

“Tak Dapat Jumpa Dari Lahir, Video Call Je…”, – 2 Tahun Tak Balik Kampung, Tajul Arif Sedih Anak Kedua Belum Bertemu Ibu “Tak Dapat Jumpa Dari Lahir, Video Call Je…”, – 2 Tahun Tak Balik Kampung, Tajul Arif Sedih Anak Kedua Belum Bertemu Ibu

Dalam pada itu, Tajul turut mengakui dirinya berasa amat sedih kerana bila mengenangkan mengenai anak keduanya yang sehingga masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibunya.

“Tak pernah-pernah raya tajul tak balik, ni dah dua tahun tak balik. Nanti dah boleh rentas negeri tajul balik ye.

IKLAN

“Bawak baby boy @adrianrifqy_ tak dapat jumpa lagi dari lahir, dapat vc je sekarang. hmmmmmmmmmm sedih,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut mendoakan semoga keadaan negara dapat kembali pulih dalam masa yang terdekat.

Sebagai informasi, Tajul telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurul Shamieza Eddie pada tanggal 10 Disember 2017.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy yang baru sahaja lahir pada 6 Mei lalu.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Tak Dapat Jumpa Dari Lahir, Video Call Je…”, – 2 Tahun Tak Balik Kampung, Tajul Arif Sedih Anak Kedua Belum Bertemu Ibu

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Tajul Arif

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI