Platform penstriman video dengan kandungan Islamik, Nurflix giat memperkasa empayar mereka agar tidak terhenti akibat pandemik COVID-19 sejak inisiatifnya dilancarkan pada Julai tahun lepas.
Sedar dengan kekangan dan keterbatasan melanjutkan produksi penggambaran dan pembangunan kandungan, Nuflix telah melancarkan inisiatif pembinaan rangkaian media islamik antarabangsa.
Menurut Syah Mohamed selaku Ketua Pegawai Eskekutif Nurflix, kesan pandemik telah membuatkan mereka memperkasakan jalinan penerbitan dan media dengan menjangkau rangkaian kerjasama bersama syarikat penerbitan dan media islamik dari luar negara.
“Kami mahu mencapai objektif dalam usaha memberi manfaat kepada penggiat seni dan komuniti.
“Kita akan ada kandungan serta kolaborasi dari syarikat penerbitan luar seperti dari United Kingdom, Mesir, Qatar, Turki dan Indonesia. Melalui kolaborasi ini, dianggarkan akan ada lebih 1,000 konten untuk ditonton menjelang akhir tahun ini, InshaAllah” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, Nurflix juga sedang dalam perbincangan dengan platform penstriman islamik seluruh dunia bagi membina gabungan kerjasama penyebaran kandungan media yang sopan dan bermanfaat untuk generasi.
Ads
“Dengan jalinan rangkaian ini kita berharap kandungan dan program dari luar boleh kita tonton di Nurflix dan kandungan dari Malaysia juga ditonton di luar sana. Sudah tiba masa untuk rangkaian ini diperkasakan.” terang Syah mengenai kewujudan rangkaian platform, pemasaran dan penerbitan ini.
“Kemasukan kandungan-kandungan luar ke dalam Nurlix juga akan memberi peluang pekerjaan post-produksi, terjemahan kandungan dan alih bahasa. Inisiatif ini juga dibuat agar khalayak akan dapat terus menikmati kandungan patuh Syariah dalam dan luar negara yang disajikan kepada pengguna,” katanya.
Lebih istimewa, Nurflix juga mempunyai sasaran untuk menjadi platform pembelajaran, bukan semata-mata hiburan dengan menonton filem dan drama semata-mata.
Ads
Sehubungan dengan pemerkasaan kerjasama dan pelebaran kandungan luar, produk milik Sutera Hijau Ventures Berhad ini akan melancarkan aplikasi natif ‘Nurflix Goldfish 2.0’ lengkap untuk pelbagai peranti iOS, Android dan Smart TV bagi menggantikan aplikasi hybrid sedia ada sejak pelancaran Nurflix Beta pada Oktober 2020.
“Naik taraf ini akan dilancarkan sempena 1 Muharram atau 10 Ogos 2021 dan akan memberi kelebihan kepada pengguna kerana ia akan lebih stabil dan pantas,” terang Syah mengenai pengukuhan aplikasi natif yang akan dilaksanakan kelak.
Dengan penambahbaikan yang sedang giat diperkasa ini, Nurflix berharap agar dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penggiat-penggiat media Islamik sekaligus menggerakkan ekonomi terutama di sektor penerbitan dan media sepanjang dunia dilanda pandemik.
Harga pakej langganan baharu juga akan turut diumumkan pada Ogos akan datang.
Ads
Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web nurflix.tv, Apple Appstore & Google Playsore.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memaklumkan anak perempuannya, Ayra Aryssa yang telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan virus ‘Kawasaki’ kini sudah dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli memberitahu Ayra kini berdepan dengan masalah jantung kesan jangkitan virus berkenaan.
Perkembangan terkini itu telah dikongsikan oleh isteri kepada pelakon Amar Baharin menerusi entri di akaun media sosial Instagram miliknya.
“Alhamdulillah.. Aryssa boleh discharge hari ni. Virus dah tiada tetapi akibat dari virus ini, kini jantung Aryssa ada sedikit air dan saluran darah ke jantung bengkak.
“Tiada apa yang kritikal, mudah mudahan aryssa boleh sembuh sepenuhnya. Insyaallah,” tulisnya.
Serentak dengan itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan kesejahteraan buat permata hatinya itu. .
“Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang doakan Aryssa Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Amyra memaklumkan Ayra telah mengalami masalah gejala demam panas yang sangat teruk sehingga suhu badan mencecah lebih 40 darjah celcius, sekitar minggu lalu.
Sekadar informasi, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 November 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aryssa dan Aqeef Anaqi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru empat bulan mendirikan rumah tangga, rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim bersama isteri, Siti Khalizah Alihan kini dikatakan sedang retak menanti belah.