Pempengaruh Umisya Mazlan menegaskan dia kini sudah berdamai dengan takdir mengharungi kehidupan bermadu.
Terbuka untuk bertemu dengan madunya, Marissa Dania, Umisya mengakui kini tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menitipkan doa agar segala urusan yang mendatang dipermudahkan.
“Sejujurnya, saya sudah berdamai dengan takdir. Saya boleh saja pertimbangkan untuk bertemu.
“Dari pihak saya, tiada halangan. Sebenarnya sebelum ini pun kami pernah berjumpa.
“Selebihnya, saya serahkan kepada aturan Allah. Saya memohon doa agar segala urusan kehidupan semua pihak dipermudahkan,” katanya.
Umisya ditemui pada majlis pelancaran kamera dashcam 70mai, A810s 4K Dash Cam & M800 4K Dash Cam di 1 Utama, pada Rabu bersempena dengan Malaysia Car of The Year 2025.
Selain Umisya, turut hadir ialah Ananda Natasha dan Aireena Sofia.
Ads
Kepentingan Dashcam
Sementara itu, penggunaan dashcam terutamanya pasangan kamera depan dan belakang pada kereta sangat penting khususnya untuk mereka yang berkeluarga, seperti Umisya.
Ini kerana, ia mampu memberikan perlindungan menyeluruh ketika memandu. Rakaman dua arah membantu merakam setiap sudut insiden, sama ada kemalangan dari depan, dilanggar dari belakang, atau kejadian “hit-and-run” semasa berhenti di lampu isyarat.
Bagi ibu bapa yang sering membawa anak kecil, dashcam dua saluran memberi ketenangan fikiran kerana setiap perjalanan direkodkan dengan jelas.
Selain itu, kamera belakang memberi kelebihan penting ketika kenderaan diparkir.
Ia boleh merakam kejadian seperti pelanggaran semasa parkir, cubaan pecah masuk, atau pergerakan mencurigakan di sekitar kereta, terutamanya bagi.
Dengan ruang parkir yang semakin sesak dan risiko kerosakan kenderaan yang tinggi, dashcam depan-belakang berfungsi sebagai ‘penjaga senyap’ yang memastikan keselamatan keluarga dan harta benda sentiasa dipantau walaupun ketika kenderaan ditinggalkan.
Ads
Selain pelbagai kelebihan, dashcam jenis A810S 4K dan M800 4K dari 70mai juga menawarkan resolusi kamera terbaik sekali gus memberi perlindungan secara menyeluruh.
Mahu Hidup Tenang
Dalam pada itu, Umisya yang kini aktif sebagai usahawan turut menambah, dia memilih untuk meneruskan kehidupan dengan hati tenang serta menerima segala ketentuan Allah dengan lapang dada.
“Saya dah terima semuanya dengan reda. Apa yang berlaku bukan perkara baharu dan saya dah lalui kehidupan berpoligami yang ada giliran dan tanggungjawab masing-masing. Sekarang saya lebih tenang,” ujarnya lagi.
Ketika diminta mengulas mengenai komen negatif netizen yang mendoakan agar anak-anaknya mewarisi sifat Aslam yang memilih untuk berpoligami, Umisya mengakui dia tersentuh dengan kata-kata tersebut.
“Sebagai seorang ibu, tentu saya sedih bila anak-anak turut dijadikan sasaran.
Ads
“Saya nak tegaskan anak-anak saya tak bersalah. Tak sepatutnya ada yang cakap mereka tak patut lahir atau mendoakan mereka mengulangi kisah sama,” katanya.
Sebelum ini, Umisya tampil menepis dakwaan dia cuba mengawal tindakan suaminya dalam hal poligami.
Jelasnya, tidak pernah masuk campur urusan rumah tangga suaminya dan menafikan meletakkan sebarang syarat berkaitan perkara itu.
Nama Umisya mula menjadi perhatian selepas suaminya, Aslam, berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Umisya dan Aslam berkahwin pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.
Pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Hud, 4 tahun, Nuh, 3 tahun dan seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Syazwan Razak mengakui sudah lali apabila sering kali dibandingkan dengan abangnya yang juga aktor popular, Syafiq Kyle.
Bagaimanapun, Syazwan berharap agar orang ramai dapat memberikannya peluang untuk membuktikan kemampuan serta menjalani proses untuk bergelar pelakon yang baik.
“Pada saya, perbandingan itu akan sentiasa ada. Bukan sekarang sahaja tapi sudah lama sebegitu. Saya rasa segalanya terpulang kepada perspektif individu itu sendiri untuk menilai cara lakonan kami.
“Dalam industri ini juga, kita ada ramai pelakon daripada kalangan adik-beradik. Mungkin lama-lama nanti orang akan nampak perbezaan di antara kami.
“Tipulah kalau kata saya tak fed up tapi saya lihat perkara ini sebagai pembakar semangat. Jadi, saya perlu belajar dan kaji lagi bidang lakonan ini.
“Mungkin saya boleh buat lebih baik daripada abang saya. Namun, saya bukanlah nak bersaing. Semua orang tahu benchmark abang saya di mana. Saya pula masih baharu.
“Namun, saya tidaklah terlalu nak ikut sangat cara dan lakonan abang saya. Saya ada cara saya sendiri,” katanya kepada MH.
Syazwan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama BF Greenflag di Studio Village, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Pertama kali membawakan watak utama, Syazwan memaklumkan abangnya banyak memberikan tunjuk ajar untuk memahami watak serta jalan cerita.
“Kami banyak berbincang mengenai watak dan jalan cerita. Abang saya tak banyak mengkritik sebab dia juga pernah berada di situasi yang sama dengan saya.
“Dia faham situasi saya. Dia hanya mahu memberikan nasihat sebagai senior dan abang. Dia nasihatkan saya untuk sentiasa berhati-hati dan jaga kualiti lakonan,” ujarnya.
Dalam masa sama, Syazwan mengakui dirinya bersyukur dengan perjalanan sebagai anak seni meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran.
“Saya rasa ini merupakan rezeki masing-masing. Selepas fasa uji bakat Hero Remaja dan insiden buli siber pada 2019, sudah banyak yang saya belajar sepanjang tempoh tersebut.
“Ada perkara yang kita boleh kongsikan dan ada yang tidak perlu. Saya juga tak sangka akan sampai ke tahap ini.
“Sebelum ini, saya ditawarkan untuk menjadi penyampai radio Era. Pada saya, itu peluang yang sangat besar. Selepas itu, dapat pula tawaran berlakon. Saya sangat bersyukur.
“Kini, saya hanya menanti apa lagi peluang yang menanti saya selepas ini,” akhirinya.
BF Greenflag akan ditayangkan pada setiap Khamis bermula 13 November di aplikasi MYTV. Selain Syazwan, siri ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Athalia, Dafi Ismail, Dottie dan Azhan Rani.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang K-pop dan aktres popular, Nana, kini dirawat di hospital selepas berjaya menumpaskan seorang penceroboh bersenjata yang menceroboh kediamannya di pinggir Seoul, awal pagi Sabtu.
Menurut laporan, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan dipercayai memasuki kediaman tersebut sekitar pukul 6 pagi dengan niat samun sebelum berlaku pergelutan. Insiden cemas itu turut melibatkan ibunya yang berada bersama beliau ketika kejadian.
Dalam usaha mempertahankan diri, Nana bersama ibunya bertindak menghalang suspek sehingga usaha penceroboh itu berjaya digagalkan sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi.
Polis Guri kemudiannya menahan suspek dan mengesahkan lelaki itu disiasat atas kesalahan rompakan bersenjata. Ekoran pergelutan yang terjadi, Nana mengalami kecederaan manakala ibunya yang pengsan. Kedua-dua mereka menerima rawatan susulan di hospital
Setakat ini, agensi yang mewakili bekas anggota kumpulan After School itu belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan. Namun sumber memaklumkan keadaan Nana dan ibunya stabil serta memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.
Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan pemerhati industri hiburan Korea yang menyifatkan kejadian itu sebagai amaran mengenai isu keselamatan selebriti.
Sedikit info, Nana, atau nama sebenarnya Im Jin-ah, merupakan antara selebriti Korea Selatan yang memiliki kerjaya serba boleh. Beliau mula dikenali sebagai anggota kumpulan After School serta sub-unit Orange Caramel yang popular dengan lagu-lagu bergenre pop eksentrik.
Selain bakat dalam nyanyian, Nana turut membina reputasi kukuh sebagai pelakon. Antara drama yang melonjakkan namanya termasuk The Good Wife (2016), Kill It (2019), Justice (2019), Into the Ring (2020) dan Mask Girl (2023).
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dharmendra Deol, salah seorang tokoh seni paling berpengaruh dalam industri perfileman India, meninggal dunia di kediamannya di Mumbai pada usia 89 tahun.
Media tempatan melaporkan bahawa beliau mengalami masalah kesihatan sejak sebulan lalu sebelum disahkan meninggal dunia di rumah.
Dharmendra diiktiraf sebagai antara mega bintang Bollywood dan dianggap lambang hero dalam sinema arus perdana.
Sepanjang lebih enam dekad kariernya, Dharmendra membintangi lebih 300 filem merangkumi genre lakonan yang luas daripada filem seni, drama romantik, aksi hingga komedi.
Dilahirkan di Punjab pada 1935, perjalanan seni Dharmendra bermula selepas memenangi pertandingan bakat anjuran sebuah majalah filem, sebelum berhijrah ke Mumbai dan debut dalam filem pertamanya pada 1960.
Antara karya paling ikonik lakonannya ialah Sholay (1975), sebuah filem kultus yang sehingga kini dianggap antara produksi paling berpengaruh dalam sejarah Bollywood.
Watak yang dibawanya terus menjadi rujukan dalam budaya popular India, bahkan kembali tular sebagai meme pada era digital.
Dalam kehidupan peribadi, Dharmendra berkahwin dengan isteri pertamanya, Prakash Kaur, sebelum meraih kemasyhuran dalam industri. Pada 1980, beliau kemudiannya mengahwini pelakon tersohor Hema Malini tanpa menceraikan Prakash, sesuatu yang pernah menarik perhatian umum.
Selain dunia lakonan, Dharmendra turut terlibat dalam bidang politik dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen India dari 2004 hingga 2009.
Pemergiannya turut mendapat reaksi kepimpinan tertinggi India termasuk Perdana Menteri Narendra Modi dan Presiden Draupadi Murmu yang menyampaikan ucapan takziah.
Dharmendra dilihat sebagai personaliti filem yang meninggalkan kesan mendalam, dengan keupayaan membawa pesona serta kedalaman dalam setiap watak yang diterjemahkan di layar.
Kehebatan bakatnya diteruskan oleh tiga anaknya yang turut bergelar pelakon terkenal Bollywood iaitu Sunny Deol, Bobby Deol dan Esha Deol.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Hollywood, Jessica Alba, mengakui beliau terkilan dan menyesali adegan bogel yang terpaksa dilakonkannya dalam filem Fantastic Four kira-kira 20 tahun lalu.
Jessica, 43,...