Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan insiden melibatkan pelakon dan penyanyi, Wanie Ooi yang terjatuh daripada kerusinya gara-gara melatah kerana terkejut dengan kehadiran ular palsu.

Pada ketika itu, Wanie atau nama sebenarnya Norwani Abdul Latif Ooi difahamkan sedangan menjalani penggambaran bagi sebuah program komedi terbitan stesen televisyen swasta, Suke TV milik pengacara terkenal Datuk AC Mizal.

@mysuketv NOHHH ROKIAHHHWanie Hampir lumpuh , gara2 melatah ..cedera sewaktu berita latah episod terbaru! Kesiannn wey Jangan lupa set reminder korang semua tau📍📌 Berita Latah⏰ 9 Malam📺 Tonton melalui MYTV di siaran 116 atau SUKETV.COMSaksikan kami di Berita Latah, Yang Kurang Pasti, Pastinya Dari KamiEksklusif hanya di Suke TV! Sukeeeee sangat@din_latah @iedamoin79 @psmansur @pokjak89_ @wanieooi @nadyasyahera#beritalatah#yangkurangpastipastinyadarikami#sukeshop#sukeshopping ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

“Ular Tu Tak Sengaja Jatuh, Jangan Risau Datuk AC Dah…,” – Seriau Tengok Wanie Ooi Melatah Sampai Jatuh Kerusi, Tuan Badan Dedah Perkara Sebenar “Ular Tu Tak Sengaja Jatuh, Jangan Risau Datuk AC Dah…,” – Seriau Tengok Wanie Ooi Melatah Sampai Jatuh Kerusi, Tuan Badan Dedah Perkara Sebenar

Video berkenaan nyata mendapat perhatian warganet yang menyifatkan gurauan tersebut seperti agak keterlaluan.

Rata-rata netizen berpandangan insiden tersebut boleh menyebabkan kecederaan yang serius buat pendatang baharu industri seni itu.

IKLAN

Enggan membiarkan perkara tersebut berpanjangan, Wanie telah pun menjelaskan mengenai situasi sebenar menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.

@wanieooi95 Ular tu x sengaja jatuh… terkejut habis melabung…sakit tu x payah cakap lah… tp jangan risau dato ac suruh g check alhamdulillah semua x dak apa.. @psmansur ♬ original sound – wanieooi

“Ular Tu Tak Sengaja Jatuh, Jangan Risau Datuk AC Dah…,” – Seriau Tengok Wanie Ooi Melatah Sampai Jatuh Kerusi, Tuan Badan Dedah Perkara Sebenar “Ular Tu Tak Sengaja Jatuh, Jangan Risau Datuk AC Dah…,” – Seriau Tengok Wanie Ooi Melatah Sampai Jatuh Kerusi, Tuan Badan Dedah Perkara Sebenar

Menurut Wanie, pihak produksi dikatakan tidak mengaja menjatuhkan ular plastik tersebut yang membuatkan dia terkejut lalu terjatuh.

IKLAN

Katanya lagi, insiden itu sememangnya menyakitkan namun, dia telah pun menjalani pemeriksaan dengan pihak doktor atas saranan Datuk AC Mizal.

“Ular tu tak sengaja jatuh. Terkejut habis melambung. Sakit tu tak payah cakap lah tapi jangan risau Dato AC suruh pergi check. Alhamdulillah semua tiada apa.

“@psmansur dok melatah dok chouqqq chouqqq apa pon tak tau,” jelasnya.

IKLAN

Terdahulu, posting berkenaan telah pun meraih lebih 3 juta tontonan di Tik Tok.

“Ular Tu Tak Sengaja Jatuh, Jangan Risau Datuk AC Dah…,” – Seriau Tengok Wanie Ooi Melatah Sampai Jatuh Kerusi, Tuan Badan Dedah Perkara Sebenar “Ular Tu Tak Sengaja Jatuh, Jangan Risau Datuk AC Dah…,” – Seriau Tengok Wanie Ooi Melatah Sampai Jatuh Kerusi, Tuan Badan Dedah Perkara Sebenar

Dalam perkembangan lain, Wanie juga baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Bukti Cinta yang juga merupakan lagu runut bunyi bagi drama, Tarik Aku Ke Syurga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Suke TV, Tik Tok Wanie Ooi & Instagram Wanie Ooi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI