Pelakon Riena Diana yang mengendalikan segmen Sembang Squad di Hot FM mengundurkan diri daripada stesen radio itu berkuatkuasa hari ini.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, perkara itu dibuat bagi memberi fokus kepada dua drama yang dibintanginya.

“Ini adalah satu keputusan yang sukar buat saya kerana bidang lakonan dan penyiaran radio adalah dua bidang yang sangat saya cintai.

“Pengalaman di radio banyak mengajar saya meningkatkan skil interaksi dengan pendengar, juga tetamu jemputan. Selain itu, ia juga memudahkan saya untuk mempraktikkan sesuatu watak dalam lakonan. Skil komunikasi saya juga bertambah baik sejak mula ke udara di Hot FM.

“Selepas beberapa kali perbincangan dilakukan antara pihak Hot FM dengan pihak produksi, kata sepakat dilakukan, yang mana saya perlu memberikan sepenuh tumpuan kepada komitmen lakonan dan penggambaran drama di TV3,” katanya.

Dia pada masa sama tidak menafikan akan merindui momen keberadaan di konti dan berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

IKLAN

“Komitmen saya bersama pihak produksi drama mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan dan saya mempunyai beberapa drama lain yang akan bermula tidak lama lagi.

“Ini Satu Keputusan Sukar,” – Riena Diana Sah Tinggalkan Konti Hot FM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

IKLAN

“Jadi, sukar buat saya untuk memberikan sepenuh komitmen kepada Hot FM berikutan kekangan masa dan tuntutan penggambaran. Lagipun Hot FM juga mempunyai strategi dan perancangan bagi suku ketiga dan keempat tahun ini.

“Ini bukanlah keputusan mudah buat saya, namun ini adalah jalan terbaik yang perlu saya ambil buat masa ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa menyokong saya dan pastinya saya akan merindui ruang udara Hot FM,” katanya lagi.

Sementara itu, Media Prima Audio (MPA) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat oleh pelakon itu.

IKLAN

Untuk rekod, Riena memulakan karier sebagai penyampai radio di Hot FM awal Februari 2021 bersama Fizie & Mark Adam menerusi segmen Geng Pagi Hot.

Kemudian selepas berlakunya rombakan di Media Prima Audio, Riena Diana digandingkan bersama Haziq menerusi segmen Sembang Squad sehinggalah Haziq mengumumkan tidak lagi bersama di Hot FM bulan lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI