Beberapa jam lalu, penyanyi Nourul Deep ada berkongsi perihal ulang tahun perkahwinannya yang ke-7 bersama suami tersayang, Eric Deep.

Menyatakan rasa syukur kerana dipertemukan bersama lelaki yang paling memahami dan mampu membimbing, penyanyi Kerana Terluka ini juga turut mendedahkan, pelakon Zahida Rafik merupakan individu yang bertangunggjawab memperkenalkan keduanya, kira-kira sembilan tahun lalu.

“Hari ini, jam ini; kami selamat diijabkabulkan setelah 18 bulan mengenali hati budi masing-masing.

“Salah satu anugerah yang saya mohon andai ada lagi lelaki yang boleh membimbing dan baik, temukanlah dengannya. Selepas redha dengan segala yang berlaku dalam hidup saya; setelah serahkan segalanya 100% pada Allah; Dia hantarkan hambaNya yang bernama #ericdepp@yestowellness .

“Bermula perjalanan hidup baru yang sangat indah. Membuka mata saya kepada segala yang telah lama saya mahukan di sanubari tapi tak pernah dinyatakan.

“Dia tunjukkan apa itu hidup yang sebenarnya. Terima kasih tuhan kerana hantarkan seorang pembimbing dan ketua keluarga yang sangat benar memimpin dengan baik.

IKLAN

“Suami dan bapa yang baik. Dia lah kawan, dia lah sahabat, dia lah suami. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.

Pada masa sama, Norul turut memberitahu apa yang berlaku terhadap perjalanan hidup sudah pun tertulis.

“Happy anniversary my dear love of my life @yestowellness. Here’s one of the best present for being together for 9 years and 7 years of marriage. There’s no perfect words to describe how happy i am to be with a man that i dreamt for.

IKLAN

“Thank you for being such a great partner, husband, best friend and my confidant. Love you to the moon and back.

“Allah telah tulis semua yang akan kita terima atau dengan sesiapa yang akan kita temui. Semuanya bersebabb. Tak ada yang tidak lojik di dalam kamus takdir Allah. .

Allah temukan juga dengan @zahidarafik sebagai penemu jodoh kami berdua. Rezeki dan pahala yang allah mahu berikan juga kepada zahida setelah menemukan kami.

IKLAN

“Semoga allah berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat buat @zahidarafik . Bila hati baik, semuanya baik. Itulah zahida rafik. Love you my fairy godsister,” kongsi Nourul sambil memberikan kredit terhadap entri foto lama perkahwinan mereka berdua.

View this post on Instagram

Hari ini, jam ini; kami selamat diijabkabulkan setelah 18 bulan mengenali hati budi masing2. . Salah satu anugerah yang saya mohon andai ada lagi lelaki yang boleh membimbing dan baik, temukanlah dengannya. Selepas redha dengan segala yang berlaku dalam hidup saya; setelah serahkan segalanya 100% pada Allah; Dia hantarkan hambaNya yang bernama #ericdepp @yestowellness . Bermula perjalanan hidup baru yang sangat indah. Membuka mata saya kepada segala yang telah lama saya mahukan di sanubari tapi tak pernah dinyatakan. Dia tunjukkan apa itu hidup yang sebenarnya. Terima kasih tuhan kerana hantarkan seorang pembimbing dan ketua keluarga yang sangat benar memimpin dengan baik. . Suami dan bapa yang baik. Dia lah kawan, dia lah sahabat, dia lah suami. . Terima kasih ya Allah 🤲🏻🌹 . Happy anniversary my dear love of my life @yestowellness. Here’s one of the best present for being together for 9 years and 7 years of marriage. There’s no perfect words to describe how happy i am to be with a man that i dreamt for. Thank you for being such a great partner, husband, best friend and my confidant. Love you to the moon and back. ❤️ . #ladydepp #weddinganniversary #7thweddinganniversary #deppfamily #thedepps #deppcouple #yestowellnesscouple . Allah telah tulis semua yang akan kita terima atau dengan sesiapa yang akan kita temui. Semuanya bersebabb. Tak ada yang tidak lojik di dalam kamus takdir Allah. . Allah temukan juga dengan @zahidarafik sebagai penemu jodoh kami berdua. Rezeki dan pahala yang allah mahu berikan juga kepada zahida setelah menemukan kami. Semoga allah berikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat buat @zahidarafik . Bila hati baik, semuanya baik. Itulah zahida rafik. Love you my fairy godsister 🌹 . #alhamdulillah #blessed #love #loveofmylife #nouruldepp #ericdepp #yestowellness . Terima kasih kepada yang menaja majlis kami di malaysia dna di bali indonesia : Dress : @bridesbyrizmanruzaini @rizmanruzaini Sut : @bonzainal3003 @bonzainalofficial Make up by : @makeupbydeqsha #tirthabridalbali #uluwatutirthabali Wedding planner malaysia @zahaweddingplanner mr zaid Photographer : #redphotography

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41, mendirikan rumah tangga dengan Eric, 54, pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, Raphael Depp, 4 dan Issabella Deep, sebulan.

Menerusi perkahwinan pertama bersama komposer dan penyanyi Ajai, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah yang kini berusia 21 tahun.

Foto: Instagram Nourul Deep

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI