Tular di laman sosial apabila pelumba Moto GP negara, Hafizh Syahrin Abdullah dirakam menunda motosikal milik Marc Marquez pada Grand Prix Jepun baru-baru ini.
Biarpun menamatkan saingan di tangga ke-19, namun keprihatiannya mendapat perhatian serata dunia.
Marquez dikatakan mengalami masalah bahan bakar sebaik menamatkan saingan di tempat pertama.
Malah, juara dunia yang mempunyai 4.5 juta pengikut ini telah memberikan reaksi di ruang Instagram Hafizh menyatakan inilah teksi terbaik pernah dinaiki.
“Best taxi ever!!😅 Thanks mate🙌🏽”
Ads
Rata-rata netizen meluahkan kebanggaan terhadap hero Malaysia ini.
Jenazah pengarah filem, Mohd Firdaus Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, telah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam AU 2, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Berita tersebut dikongsikan Melodi TV3 di Instagram, awal hari ini bersama dua keping foto proses pengebumian.
Terdahulu, Allahyarham yang juga merupakan anak kepada seniwati Fauziah Nawi, telah ditemukan lemas selepas kira-kira 30 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR), sekitar jam 4.25 petang Ahad.
Sementara itu, pelakon veteran itu menerusi siaran langsung di Facebook turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan berusaha mencari anaknya.
Mangsa yang berusia 43 tahun itu dilaporkan hilang petang semalam ketika memancing berhampiran Jambatan Gemunchur, Kampung Mela, Lipis. Difahamkan, bot dinaiki mangsa bersama seorang rakannya dikatakan terputus dua, mengakibatkan mangsa dibawa arus deras.
Arwah berada di daerah itu bagi menyiapkan penggambaran filem Coast Guard yang bermula kira-kira dua bulan lalu.
Firdaus meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad, 42, dan tiga anak perempuan berusia antara tujuh hingga 16 tahun.
Balu Allahyarham turut memaklumkan mengenai urusan serta lokasi arwah dikebumikan menerusi media sosial.
Teka-teki terjawab apabila pengumuman Top 12 peserta Dewi Remaja 2019 diumumkan di majlis sidang media di The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Mempunyai karakter dan personaliti tersendiri, 12 peserta ini bakal melangkah ke peringkat seterusnya dan menghadapi beberapa cabaran untuk merangkul gelaran juara.
Tampil dengan gaya tema pakaian putih-hitam, masing-masing berkeyakinan cat-walk di khalayak ramai dengan mengukir senyuman manis.
Terdahulu, lapan peserta tidak layak mara ke pusingan seterusnya seperti Farzana Zainul, Shahirah Sazali, Aina Shuhada, Nina Ariff, Clara James, Aini Sophi, Hidatul Hikmah dan Farha Nabila.
Pelakon dan model berdarah kacukan, Amelia Thripura Henderson akui kurang fasih dalam berbahasa Melayu, namun itu bukan halangan buatnya untuk terus aktif dalam seni tempatan.
Azamnya, dia tetap berusaha untuk menguasai bahasa kebangsaan agar lebih fasih di masa depan.
Atas hal tersebut, bintang cantik berusia 24 tahun itu sebelum ini tidak menafikan dirinya ada terima kritikan netizen kerana kurang fasih berbahasa kebangsaan.
Secara tidak langsung, ia menjadi satu pembakar semangat agar pelakon berdarah kacukan ini tetap terus mantapkan penguasaan bahasa Melayunya.
“Sampai sekarang ada juga yang bercakap mengenai tidak boleh cakap bahasa Melayu. Jadi, saya sedang berusaha dan saya benci orang cakap saya pelat.
“Namun apabila saya mahu berkomunikasi dengan kawan-kawan dalam bahasa Melayu, ia agak menjadi satu cabaran bagi saya,” katanya kepada MH.
Malah, pelakon berdarah kacukan lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan sebelum ini.
“Ibu saya dari Malaysia tetapi dia dilahirkan dan dibesarkan di London, bapa saya pula memang mat salleh.
“Jadi sudah tentu kekuatan saya adalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
“Bagi saya kalau seseorang itu tidak menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan sehariannya, tapi sekurang-kurangnya sebagai rakyat Malaysia mereka perlu tahu asas-asas untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” jelasnya optimis.
Amelia ditemui pada majlis sidang media Dewi Remaja Edisi 2019/2020 yang berlangsung di The Starling Mall, Damansara Utama, baru-baru ini.
Menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bagi program Dewi Remaja 2019/2020, Amelia merasakan itu merupakan cabaran baginya kerana pertama kali mengacara dalam bahasa Melayu.
Dewi Remaja Edisi 2019/2020 bakal disiarkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), pada setiap Sabtu, jam 9 malam bermula 26 Oktober ini.
Seramai 12 peserta akan diadili dua juri tetap iaitu Yusry Abdul Halim dan pemenang Dewi Remaja Edisi 2005/2006 Scha Alyahya.
Jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada kira-kira jam 6.10 petang Isnin.