“Allah sangat baik, sangat baik. Ia menitipkan dua jiwa yang sangat istimewa.
Memberi kebahagiaan, cinta dan kasih.
Hari ini adalah hari yang istimewa,Hari Ibu.
“Doa Ibu untuk Arif dan Azzahra, semoga membesar menjadi anak yang sholeh sholeha, baik budi pekerti, santun dan berhati mulia. Untuk ibu yang di luar sana,
Happy Mother’s Day,” tulisnya.
Lalu, posting berkenaan turut ditinggalkan dengan lebih 300 komen peminat.
Terdahulu, Tya baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kedua beberapa hari lalu di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.
Keletah salah seorang anak kembar kepada pelakon Datin Paduka Eina Azman, Ariana Aubrey yang dimuat naik di Instagram awal malam tadi cukup menarik perhatian ramai.
Apa tidaknya, gelagat si kembar kepada Karl Kareef yang petah membaca doa, surah dan zikir sebelum tidur mendapat reaksi positif netizen.
Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa syukurnya apabila anak sulungnya,Danish Hakim menjadi Imam Terawih buat pertama kalinya.
Berita gembira itu dikongsikan Norman menerusi Instagram miliknya.
“Bersama sebahagian drpd warga Darul Ilmi selesai Isyak & Terawih
“Hari penting dalam hidup saya & of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP
“Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak utk saya berada di venue ke-2 utk bagi support pada Danish.Mmg dia tak tahu yg saya akan datang & saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sbb jarak antara kedua2 tempat agak jauh
“Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun & happy sgt bila saya senyum dibelakang dia.
“Lepas selesai dia tanya “mcmana papa boleh sampai & boleh tahu abg kat sini?” Saya jawab “U are my world and i’ll be there for you especially on yr important day” (mudir & tenaga pengajar dia adalah bff saya,dah tentu setiap saat perangai & pergerakan dia akan sentiasa sampai pd saya.Dia tak tahu yg tu🤪)
“Alhamdulillah syukur,tak pernah dalam jangkauan akal yg zuriat sendiri akan mengimamkan terawih.Hadiah nan Agung dari Allah s.w.t, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka,mungkin di dalam Lailatulqadar tahun2 sebelumnya wallahualam
“Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku utk semua kurniaanMu🥺Tapi Kau tahu Aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu,” tulisnya penuh kesyukuran.