Tular sejak semalam seorang lelaki dilihat memaksa monyet dalam kurungan menyebut ‘baby sayang’, iaitu satu panggilan manja yang mulai sejak digunapakai Mira Filzah.
Berang dengan tindakan kejam lelaki berkenaan yang akhirnya menembak haiwan berkenaan, penyanyi Faizal Tahir menerusi Instagram menyeru rakyat Malaysia agar mengenal pasti identiti individu dalam rakaman video viral tersebut.
“To my fellow Malaysians, can anyone help to identify and confirm that the guy in the video is Malaysian or is this an overdubbed video?
“If it is local, can we please find this guy already??!! Please help spread this so the right people of authority can take action towards this bastard.
“Apa dosa monyet tu?
Ads
“And why does he have a gun?? U guys and ur “Baby sayang” bullshit. Disgusting.”
Baru sahaja melancarkan single baru berjudul Debu Bercahaya, Noh Salleh tidak menafikan kekangan kewangan menyebabkan rakaman album terpaksa ditangguhkan sehingga ke hujung tahun.
Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat reaksi berbeza apabila ada pihak yang membayangkan, wang ringgit bukan menjadi suatu masalah besar.
Ini kerana, netizen merasakan kedudukan vokalis kumpulan Hujan itu sebagai menantu kepada seorang vvip disegani pastinya tidak memberikan masalah apabila bercakap soal kewangan.
Kecewa dengan kenyataan terbabit, Noh ketika ditemui media pada majlis pelancaran di Red Box The Garden, baru-baru ini memberikan penjelasan.
“Ini realiti, orang ingat artis ni kaya. Boleh je nak kaut semua tapi saya tak mahu muzik ni jadi kerjaya yang saya terlalu bergantung kepadanya.
“Biar ada ruang untuk bernafas dan bermuzik.
“Mentaliti orang luar kebanyakannya begitu. Kahwin dengan orang kaya saja akan jadi kaya. Noh ni mesti makan duit isteri. Saya bukan macam itu.
“Masa kenal Nina bapa saya telah berpesan, katanya know your place, kau datang bila diseru tak payah berlagak, kau tu orang kampung”.
“Memang sakit hati dan sedih bila orang ingat saya makan duit isteri. Kadang kala orang yang bersuara ni adalah orang di kiri kanan yang memang saya tak jangka. Penat juga dengar hal sedemikian,” katanya kepada MH.
Jelasnya lagi, walaupun sederhana namun kehidupannya sudah cukup sempurna.
Muzik adalah ruang untuknya mencari rezeki selain punya ruang untuk melakukan kebajikan.
“Saya nak cari duit untuk buat kebajikan dan sebarkan kesedaran. Manfaat populariti yang Allah beri saya gunakan untuk perkara begini.
“Kehidupan saya sudah cukup. Saya pernah persoalkan apa matlamat hidup dan pengalaman ke Syria dan melihat keadaan di sana buatkan saya bersyukur.
“Saya sudah cukup…boleh bernafas, makan mamak dan sebagainya. Alhamdulillah saya tak diberi nafsu untuk ‘i want more’,” katanya jujur.
Dalam perkembangan lain, single Debu Bercahaya sudah boleh didapati di semua pelantar digital muzik.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.