Pelakon dan usahawan, Tya Arifin, bersama suaminya, Asyraf Khalid, berkongsi momen kegembiraan apabila mereka bakal menyambut anak perempuan, tidak lama lagi.
Kini sedang hamil anak ketiga, Tya, atau nama sebenarnya Nutria Wulandari Arifin, 30, meluahkan rasa syukur dan berharap segala urusan menjelang kelahiran berjalan lancar.
“Alhamdulillah, MasyaAllah. Doakan semuanya dipermudahkan, dilancarkan, dan yang paling penting, sihat nantinya. InsyaAllah,” tulis Tya di ruangan kapsyen di Instagram.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi sebuah video di Instagram pada Isnin, yang memaparkan Tya, Asyraf, dan kedua-dua anak mereka, Arif Jiwa, 7, serta Azzahra Jiwa, 5, tersenyum penuh kegembiraan.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan tahniah dan doa buat keluarga bahagia ini.
“Aduh salahhh! But congratulationssss Tya,” komen pelakon Ika Nabella.
“Baby girl or boy doesn’t matter, as long as both baby and mummy healthy,” komen warganet di Instagram.
Ads
“yeay, i teka girl semoga dipermudahkan segala urusannya,” komen peminat lainnya pula.
“Okay boleh geng! 1 boy and 2 girls. Congrats guys,” warganet beri reaksi.
Ads
“Semoga dipermudahkan urusan melahirkan nanti ya Puan Tya,” antara komen tertera.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 6,000 tanda suka.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wani Kayrie akui teruja dengan respon yang diberikan oleh orang ramai terhadap single terbaharunya yang berjudul Aiman Tino.
Menurut Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, dia menganggap karya terbaharunya itu berjaya mencipta impak meskipun ada pihak yang memberikan kritikan.
“Alhamdulillah lagu Aiman Tino baru sahaja dilancarkan. Walaupun menerima pelbagai kecaman tapi bagi saya ia adalah satu kejayaan bila ramai yang bercakap mengenai lagu itu.
“Meski ada yang tak suka, tetap ada yang sukakan juga lagu ini kerana muziknya yang menarik dah lagunya sangat mudah untuk dihafal.
“Jadi, saya sangat bersyukur,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Wani akui pendengar mempunyai citarasa mereka yang tersendiri namun, ini merupakan percubaanya untuk mencuba haluan muzik yang baharu.
“Biasalah, mungkin mereka tak biasa dengan genre baru saya ini. Kebanyakan mereka sudah terbiasa dengar lagu-lagu lama saya.
“Ada juga yang bertanya, kenapa keluarkan lagu Aiman Tino ni? Kenapa tak buat lagu yang lebih hebat? Pada saya, ini hanyalah muzik sahaja.
“Yang paling penting adalah kita sokong antara satu sama lain dan hargai setiap karya yang anak seni lakukan,” katanya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Jangan Jangan ini turut memaklumkan dia sudah pun berhubung dengan penyanyi, Aiman Tino untuk menggunakan namanya sebagai tajuk lagu.
“Semestinya pihak pengurusan saya sudah meminta izin dengan pihak Aiman Tino. Malah, mereka juga sudah bersetuju dan tiada sebarang masalah.
“Sebagai penyanyi sendiri, saya juga ada berhubung dengan Aiman secara peribadi. Selebihnya, terpulang kepada penerimaan masing-masing,” akhirnya.
Terdahulu, ‘Aiman Tino’ merupakan sebuah karya yang diciptakan sepenuhnya oleh Ezra Kong. Sehingga kini, lagu tersebut telah pun meraih lebih 150,000 tontonan di Youtube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Wani Kayrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial terkenal Indonesia iaitu Saal Haerid, mengungguli anugerah utama All Asia Influencers Award (ASIA) 2024, sekali gus melakar sejarah dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000, trofi eksklusif, dan pakej percutian mewah ke Dubai.
Tempat kedua pula dirangkul Abyan Calief juga Indonesia yang membawa pula trofi, wang tunai AS$5,000 dan percutian ke Dubai manakala pempengaruh Malaysia, Imranul Effendi membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 dan percutian ke Dubai.
Kemenangan berkenaan diumumkan pada malam kemuncak ASIA2024 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Selain anugerah utama, Saal turut meraih kategori Kategori Ciptaan Kandungan Terbaik yang melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai AS$1,000.
Bagi kategori Suntingan Terbaik pula telah disandang oleh Herony dari Filipina dan Karya Ulasan Makanan Terbaik menjadi milik pempengaruh Indonesia, Abyan Calief yang mendapat pengiktirafan atas kreativiti dan keunikan kandungannya.
Kategori Penyampai Cerita Terbaik pula berpihak kepada Berliana dari Indonesia sementara Anugerah Pilihan Orang Ramai menjadi rezeki pempengaruh Malaysia, Ananda Natasha.
Pengerusi ASIA2024, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, ASIA2024 juga mencatat sejarah tersendiri apabila meraih 254 juta tontonan kandungan di media sosial menggunakan tanda pagar AllStarInfluencerAward2024 sepanjang program berlangsung.
Abd Rahman menambah, ASIA2024 bertujuan mempromosikan tiga elemen utama pelancongan tempatan iaitu kebudayaan, lokasi menarik dan bersejarah, serta makanan melalui platform media sosial, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan negara.
“ASIA 2024 menampilkan konsep unik dengan mengetengahkan tema Visit Malaysia 2026, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, World Tourism Day Melaka dan Visit Melaka 2024,” katanya.
Acara gilang gemilang itu dirasmikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Yasmin Mahmood, dengan kehadiran lebih 60 pempengaruh media sosial dari Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Menurut Abd Rahman lagi, konsep tahun ini juga memberi fokus kepada Melaka sebagai destinasi utama, di mana peserta berpeluang mempelajari kebudayaan perkahwinan Melayu di Melaka.
“Juri yang terlibat sangat arif dalam menentukan kaedah pemilihan pemenang terbaik, dan pihak pengurusan tidak campur tangan atau bersikap pilih kasih. Sejak awal lagi, kami tekankan bahawa pemarkahan dilakukan secara adil,” katanya.
Para hadirin dihiburkan dengan persembahan memukau daripada selebriti terkenal seperti Bella Astillah, Yonnyyboii, dan kumpulan 53 Studio.
Acara ini antara sebahagian daripada program empat hari yang dianjurkan oleh Aston Creative, dengan matlamat meraikan bakat dan kreativiti dalam penghasilan kandungan digital.
Sebanyak 13 kategori anugerah disampaikan, memberi pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang telah memberi impak besar dalam dunia media sosial di peringkat Asia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Otai masih berbisa! Itulah ungkapan yang sesuai ditulis untuk pelakon hebat, Susan Lankester yang baru sahaja menang kategori Pelakon Wanita Terbaik di Asia Academy Creative Awards (AACA) 2024, pada Rabu lalu.
Sebelum ini, pada September 2024 beliau terlebih dahulu diumumkan sebagai National Winner sekaligus menjadi wakil Malaysia untuk kategori tersebut dan mengalahkan wakil lain dari benua Asia.
Lakonannya sebagai Aileen Choo dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza yang memaparkan karakter seorang wanita yang ‘berperang’ dengan konflik keluarga dan kanser yang dihidapi.
Saat menerima trofi, pelakon berusia 62 tahun ini kelihatan tidak dapat menahan sebak atas kemenangannya.
“Terima kasih kepada AACA kerana mengekalkan anugerah seperti ini hidup untuk orang seperti kami. Terima kasih kepada barisan juri kerana melihat saya dan melihat pelakon wanita yang berusia lebih 60 tahun yang masih aktif berlakon.
“Terima kasih kepada rakan pencalonan yang lain, saya sangat bangga berkongsi pentas dengan anda. Kita harus terus berkarya dan berganding suara, terutamanya kepada wanita, kita perlu lebih watak untuk wanita,” ucapnya penuh sebak.
Selain itu, Susan turut mendedikasikan kemenangannya itu kepada pengarah filem dan juga keluarga produksi Rain Town secara keseluruhan.
“Untuk Tunku Mona, kerana mempersembahkan watak ini kepada saya. Ketika sesi audition, dia berkata kepada saya bahawa saya bukan seorang yang mencuba untuk watak tersebut, masih ada seorang lagi yang akan melalui uji bakat.
“Dia memilih saya dan kami sama-sama mencipta Aileen yang merupakan satu watak yang menakjubkan. Dan kepada keluarga Rain Town saya, kru dan para pelakon, cara mereka bekerja penuh dedikasi untuk menjadikan filem ini satu kenyataan,” kongsinya bangga dengan karya yang dihasilkan.
Sekadar info, menerusi watak yang sama, Susan juga turut menerima pencalonan dan tersenarai dalam lima calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2024 yang bakal berlangsung Sabtu ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rap dan komposer, Kidd Santhe tampil memberikan pandangannya berhubung tindakan rapper muda, Lucidrari yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur biadab terhadap rapper senior, baru-baru ini.