Penyanyi, Ernie Zakri menjelaskan persalinan rona merah hati yang dikenakan pada malam final Mentor 7 lalu adalah tidak keterlaluan, meski ada netizen yang mengkritik rekaan berkenaan.

Katanya seperti yang dipetik mStar Online, busana rekaan baju Amaze Atelier itu sebenarnya berkonsepkan gaun korset yang diinspirasikan daripada pakaian Puteri Gunung Ledang.

Terdahulu, Ernie mengenakan baju berkenaan saat membuat persembahan bersama salah seorang peserta finalis program realiti berkenaan, mengalunkan lagu duet Bagaikan Sakti nyanyian asal Datum M.Nasir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

IKLAN

“Rekaan itu diinspirasi daripada Puteri Gunung Ledang tapi saya dan pereka fesyen buat keputusan untuk jadikan ia lebih sopan dengan menutup bahagian dada dan lengan.

“Korset dress memang begitu bentuknya, mereka yang memberi komen negatif hanya melihat dari sudut negatif,” ujarnya demikian sebagai mengulas kritikan yang membayangkan baju tersebut seperti kelihatan mempunyai korset yang direka pada bahagian luar baju.

IKLAN

Pada masa sama, Ernie juga dilihat menutup ruangan komen terhadap beberapa posting yang memuat naik foto bajunya itu di Instagram.

“Saya tidak ambil serius hal itu dan tindakan saya tutup komen di Instagram bagi menghentikan komen-komen negatif netizen.

IKLAN

“Saya sudah menjaga sebaik mungkin sensitiviti berkaitan pemakaian dan pakaian pada malam tersebut tidak keterlaluan,” kata penyanyi Aku Bersuara ini lagi.

Foto: Instagram Ernie Zakri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI