Filem yang mengangkat sejarah Rajah Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke (1803-1868) berjudul Rajah bakal menemui penonton di Malaysia bermula 9 Mac depan.
Dihasilkan syarikat produksi, Margate House Films dan 852 Film dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak, naskhah itu diterajui Jonathan Rhys Meyers yang memegang watak James Brooke.
Lebih mengujakan apabila filem sentuhan pengarah, Michael Haussman itu turut menceritakan pengembaraan James Brooke sejak mula berlayar ke Borneo yang pada ketika itu masih berada di bawah kawalan kesultanan Brunei pada 1839.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Margate House Films, Rob Allyn berkata, dia mula berminat untuk menjalani penggambaran kehidupan James Brooke selepas mengenali tokoh itu melalui nota dalam sebuah novel hasil penulisan George MacDonald Fraser pada 2009.
Kemudian, Rob terjumpa buku bertajuk ‘Rajah Putih Sarawak’ yang menceritakan sejarah James Brook di sebuah kedai buku di Singapura, sekali gus menarik minatnya untuk menterjemahkannya dalam bentuk filem.
“Saya mengambil masa selama tiga tahun memikirkan untuk menghasilkan filem ini. Penulisan skrip filem ini bermula pada 2013 sejurus saya dan pasukan produksi bersetuju untuk menjadikan penceritaan ini sebagai sebuah filem,” kata Rob.
Filem Rajah menampilkan bintang hebat dari pelbagai negara seperti Atiqah Hasiholan (Indonesia), Dominic Monaghan (British), Hannah New (United Kingdom) dan Josie Ho (Hong Kong).
Ads
Selain itu, dua pelakon popular tanah air, Bront Palarae dan Shaheizy Sam turut diberi peluang untuk membantu dalam menjayakan filem berkenaan.
Bagi Bront, dia menyifatkan peluang diberikan untuk terbabit dalam pembikinan filem sejarah negeri Sarawak itu adalah pengalaman berharga buatnya.
“Saya rasa beruntung apabila terpilih untuk menggalas watak ini dan sangat senang untuk bekerjasama dengan pelakon-pelakon lain.
“Walaupun dari negara, latar belakang dan budaya berbeza, pendekatan kerja boleh dikatakan sama. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di set penggambaran, jadi kesemua yang terbabit tidak ada masalah untuk berkomunikasi.
Ads
“Ada juga beberapa kesempatan untuk pelakon-pelakon luar mempelajari bahasa kebangsaan dan dialek dialek Sarawak,” katanya.
Sementara itu, Shaheizy pula menganggap ia adalah satu pengalaman berharga biarpun senario lakonan di Sarawak menjadi cabaran utama buatnya.
“Pengalaman berlakon dalam filem Rajah sangat berbeza bagi saya kerana berada dalam suasana yang baharu. Penggambaran juga dijalankan sepenuhnya di Sarawak dan itu adalah kali pertama buat saya.
Ads
“Walaupun penggambarannya boleh dikatakan mencabar dan tidak berada dalam keadaan selesa, tetapi ia adalah pengalaman yang baik buat saya.
“Selain itu, cabarannya adalah saya perlu menggalas watak orang Melayu zaman dahulu dan menyesuaikan diri dengan bahasa serta budaya di Sarawak,” katanya.
Pembikinan filem Rajah adalah hasil pelaburan bersama antara empat negara iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Malah, dana tunai sebanyak 30 peratus daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut disalurkan kerana pihak produksi terbabit memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran dengan kerjasama syarikat produksi tempatan.
Lokasi utama penggambaran secara keseluruhannya dijalankan di Sarawak, bermula 24 September 2019 hingga akhir Oktober pada tahun sama. Semua penggambaran dijalankan di Siniawan yang berada dalam daerah Bau, Sarawak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Hans Isaac ada memuat naik foto terbaru di akaun Instagram miliknya.
Foto tersebut memaparkan Hans menerima sejambak bunga sejurus selepas tamat proses rakaman program terbaru pelakon dan pengacara, Neelofa berjudul Next To Neelofa.
“I got flowers after the interview. I must done very well,” tulisnya.
Malah menerusi ruangan caption, juri tetap Hero Remaja 2020 itu turut mengajak para pengikutnya untuk sama-sama menonton episod pertama program bual bicara tersebut.
“Don’t forget guys , Malam ni 9 malam. Episode pertama #nexttoneelofa di Astro Ria. Congrats @neelofa and team,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan komen pelbagai selepas melihat foto mesra tersebut.
Program Next To Neelofa bakal bersiaran pada setiap Khamis bermula malam ini pada jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (123) dan Ria HD (104).
Difahamkan selain Datuk Hans, antara nama besar yang akan turut serta menjadi tetamu undangan bagi program ini adalah, Datuk Rizalman, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sajat Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat kembali di media sosial selepas memuat memuat naik potongan video dan foto menerusi InstaStory.
Menerusi salah satu akaun miliknya yang memiliki lebih 300 pengikut itu, Sajat bertanya sama ada perlu atau tidak dia membuat sesi siaran langsung (IG Live), pada Ahad.
Malah dia turut bertanya sama ada merinduinya atau tidak.
“Rindu tak? Tak baik cakap macam tu. Tak rindu kita ke? Sekejap lagi kita nak buat live. Cepatlah… sekejap lagi kita nak buat live, rindu sangat,” katanya.
Sajat yang pernah muncul menerusi lagu Makhluk Penggoda itu juga turut menjelaskan mengenai mengapa dirinya senyap seketika dari media sosial.
“Kita selama ni senyap, sebab kita nak buka kedai di lokasi baru. Alhamdulillah dapat support yang banyak, terima kasih sangat. Tak sabar rasanya nak buka bisnes baru di tempat baru.
“Happylah… im very excited. Kita nak cakap fasal bisnes je. Kan? Lagi bagus. Lepas tu kita nak cakap fasal macam mana kita macam tu… macam ni. Haa… gitu-gitu. Nak dengar tak?,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kedua kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail Azman, 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Beatrice Valeria Chitra, 24, pada Jumaat lalu.
Luth Mikhail dan Beatrice terlebih dahulu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.
Doa Seorang Ibu
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan dalam suasana yang sederhana namun penuh bermakna, disaksikan oleh keluarga terdekat, rakan-rakan, dan sahabat handai kedua-dua pihak.
Sheila yang juga isteri kepada pengarah terkenal Azman Yahya atau dikenali sebagai Jinggo meluahkan rasa terharu selain berkongsi kegembiraan melihat anaknya melangkah ke alam perkahwinan.
“Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur melihat Mikha kini menemui pasangan hidup yang terbaik untuknya. Saya mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Dalam detik istimewa itu, dengan penuh rasa kasih sayang, saya tidak lupa berdoa agar ikatan suci yang sedang dijalin mereka menjadi ladang kebahagiaan yang subur sampai bila-bila, insya-Allah,” katanya.
Pasangan kedua mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis persandingan yang penuh indah hasil sentuhan Juweinezain Bridal Gallery di Geo Resort & Hotel Genting Highland dengan dihadiri ahli keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan artis.
Sama Cantik Sama Padan
Luth Mikhail dan Beatrice Valeria yang masing-masing kelihatan anggun dan tampan pada hari istimewa menzahirkan rasa syukur atas pernikahan tersebut yang berjalan lancar.
Perkahwinan ini turut mendapat perhatian ramai peminat Sheila yang tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah dan doa melalui media sosial.
Pihak keluarga juga memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan pengantin ini sepanjang perkahwinan mereka.
Terlebih dahulu, Beatrice yang berbangsa Cina dari Jakarta Indonesia telah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...