Selepas pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, nama usahawan, Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina turut terpalit sama dengan kontroversi mengenai majikan yang dikatakan bertindak kejam kerana memotong gaji pekerja disebabkan tidak mencapai sasaran ditetapkan.

Menurut Hafiz, soal kebajikan pekerja sentiasa menjadi keutamaannya dan dia juga sanggup berkorban demi kebaikkan syarikat.

Nama Terpalit Kontroversi ‘Majikan Kejam’, Hafiz Mahamad Dedah Tak Ambil Gaji Sebagai Bos

“Alhamdulillah, setakat ini, tentang kebajikan para pekerja, kami tak pernah lepas tangan atau abaikan. Terus terang kami katakan, walaupun kami punyai dua perniagaan, tapi salah satunya kami tak pernah ambil gaji.

“Meskipun perniagaan tersebut berjalan dengan sangat bagus, kami tak ambil gaji sebagai majikan supaya kami boleh cipta pembangunan yang bagus dan ia boleh menjadi sumber untuk kami memberikan bonus atau ganjaran.

“Walaupun perniagaan tersebut belum satu tahun beroperasi tapi kami tetap mampu untuk memberikan bonus. Untuk perniagaan satu lagi pula, kita bagi tiga bulan bonus dan hantar pergi umrah,” katanya kepada MH.

IKLAN

Jelas Hafiz, ada segelintir majikan yang gemar menunjukkan kehebatan di media sosial tetapi hakikatnya banyak perkara yang sebaliknya pula berlaku di belakang lensa kamera.

Nama Terpalit Kontroversi ‘Majikan Kejam’, Hafiz Mahamad Dedah Tak Ambil Gaji Sebagai Bos

“Sekarang ini, isu mengenai kebajikan pekerja diabaikan ini semakin menjadi-jadi. Di sosial media nampak semuanya indah.

“Persekitaran di pejabat pun nampak seronok tapi sebenarnya banyak perkara yang disembunyikan,” ujarnya lagi.

IKLAN

Katanya lagi, perasaan gembira ditempat kerja ini tidak perlu dibuat-buat kerana rasa tersebut akan terbit sendiri sekiranya syarikat diuruskan dengan baik.

“Sebab itu saya selalu berpesan kepada para pekerja saya, kita tak perlu jadi ‘fake’ atau jadikan perkara ini sebagai marketing.

“Kalau staf saya gembira, tunjukkan kegembiraan tersebut untuk orang luar contohi,” akhirinya.

IKLAN

Nama Terpalit Kontroversi ‘Majikan Kejam’, Hafiz Mahamad Dedah Tak Ambil Gaji Sebagai Bos

Terdahulu, Hafiz Mahamad baru sahaja diumumkan selaku pemenang sulung Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022) sekali gus menjadikan dirinya antara individu paling berpengaruh di Malaysia.

Malah, pihak GMWA2022 turut menobatkan Hafiz Digital Influencer Tergempak seterusnya menewaskan calon-calon lain seperti Imran Bard, Ceddy Ang, Azfar Heri dan Nelysa Norazlan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Hafiz Mahamad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI