Pelakon Kamal Adli berkongsi keadaan terkini dirinya kini berada dalam keadaan stabil namun masih perlu mendapatkan rawatan susulan.

Kata Kamal, 37, dia kini turut dijaga isterinya yang juga pelakon, Uqasha Sensrose.

“Alhamdulillah, saya semakin stabil tapi masih mengambil ubat bagi menahan sakit dan mengurangkan nanah serta lebam di bahagian badan.

“Saya kini dijaga oleh isteri saya. Terima kasih atas doa kalian terutamanya rakan artis yang berniaga di Expo Singapura baru-baru ini,” katanya.

Kamal berkongsi perkara tersebut di laman Instagram berserta gambar kepala yang masih berbalut pada Selasa.

IKLAN

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhannya.

Dalam pada itu, Kamal turut memaklumkan isterinya masih dalam keadaan trauma atas insiden yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K.A (@kamaladli)

IKLAN

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Harap semua jaga keselamatan kerana kita tidak tahu siapa suka atau benci kita.

“Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini,” jelasnya lagi.

IKLAN

Terdahulu pada Ahad lalu, Kamal diserang individu tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di sebuah acara jualan di Singapura.

Dalam kejadian itu, Kamal, 37, mengalami kecederaan di bahgian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota.

Dia kemudian di bawa ke hospital untuk menerima rawtan dan bakal menjalani pembedahan.

Sementara itu dalam satu perkongsian Uqasha memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan polis dan terpaksa merahsiakan lokasinya kini atas tujuan keselamatan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI