Ketika ramai selebriti memilih untuk berkolaborasi bersama jenama-jenama Baju Raya terkenal, namun, berbeza pula buat penyanyi rap, MK yang mahu berkongsi rezeki bersama jenama meningkat naik, Armaan.
Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, jenama-jenama lain juga patut diberi peluang untuk sama-sama meriahkan industri fesyen tempatan.
“Sebelum ini, saya pernah berkolaborasi dengan pelbagai jenama Baju Melayu dan masing-masing punyai tawaran yang tersendiri. Kini saya lebih memilih dan percaya untuk berkongsi rezeki.
“Kebanyakkan jenama Baju Melayu masa kini sudah berkolaborasi dengan ramai selebriti dan pempengaruh ternama jadi, apa salahnya untuk saya membantu jenama yang belum terkenal.
“Kalau semua artis hanya berkumpul di satu tempat, hanya jenama itu sahaja yang akan terkenal. Tak salah kita bantu jenama-jenama lain juga.
Ads
“Saya tak pernah tahu adanya jenama ini. Malah, saya tertarik dengan kisah pengasasnya yang membangunkan jenama ini sempena anak sulungnya yang telah meninggal,” katanya kepada MH.
Anggota K-Clique itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta dan koleksi raya Armaan yang berlangsung di Panggung Asia, Gombak pada Rabu.
Ads
Ketika ditanya mengenai harga yang ditawarkan untuk menjadi duta bagi jenama tersebut, MK menjelaskan ia bersesuaian dengan komitmen-komitmen yang telah ditetapkan.
“Sejujurnya, bila bercakap soal harga ketika bekerja, saya akan lebih mengutamakan aspek komitmen dan kerja-kerja yang mampu saya lakukan.
“Saya tidak metelakkan harga disebabkan nama, gelaran atau populariti saya. Saya akan pastikan kemampuan saya dahulu agar dapat memuaskan hati semua pihak.
Ads
“Harga yang saya letakkan ini adalah keyakinan saya untuk kerja-kerja yang akan saya sampaikan.
“Saya tak mampu sentuh sesuatu perkara dan ia bertukar jadi emas. Namun, saya percaya dengan rezeki Dia. Kalau kami sama-sama ikhlas, saya percaya rezeki itu luas,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, MK turut memaklumkan dirinya akan mengurangkan waktu bekerja ketika di bulan Ramadan bagi meluangkan lebih masa bersama keluarga.
Terdahulu, sebanyak lima koleksi pakaian Hari Raya yang telah diperkenalkan Armaan antaranya, Baju Melayu Premium, Baju Melayu Eksklusif, Kurta Johor Klasik, Kurta Moden dan Baju Melayu Kanak-Kanak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mula menceburi dunia permotoran bagi mencabar dirinya, pelakon Azar Azmi berterima kasih pada rakan selebriti, Fizo Omar yang banyak memberi tunjuk ajar.
Mengelar Fizo sebagai ‘life partner’, bintang Nur 2 itu akui banyak belajar berkenaan aktiviti lasak itu bersama-sama dengan duda anak satu itu.
“Thank you to my life partner… dia cakap mek ja bsiap nak g pavi ye????
“Yang kuat bahan kuat sakat kuat menyakitkan hati kuat gelakkan mek ja kuat bagi semangat jugak and always make sure all the gears up in position @fizoomar,” tulisnya.
Bergelar selebriti popular, namun tidak sedikit pun timbul perasaan malu dalam diri Hazama apabila dia kini sibuk turun padang meniaga di bazar.
Menurut Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi tiada apa yang perlu dimalukan demi mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.
“Saya tidak kisah duduk di bazar sebab sebelum ini kehidupan saya bermula dari situ. Saya pun memang dah ada pengalaman bekerja di bazar sebelum bergelar artis.
“Jadi saya tidak berasa segan untuk beradadi tempat asal saya kembali,” katanya.
Hazama dan isteri, pemuzik Genervie Kam menjual produk makanan Asam Laksa bertempat di bazar Gamuda Cove, Dengkil bermula sejak 14 April lalu.
Penyanyi berusia 38 tahun itu juga menyimpan impian untuk membuka restoran bagi memperluaskan lagi perniagaan mereka.
“Saya teringin nak buka restoran tapi buat masa ini tak boleh nak fokus lagi tetapi adalah ke arah itu.
“Cuma ada kekangan dari segi modal… kalau ada, InsyaAllah.
“Kita cuba perlahan-lahan, mana tahu ada rezeki nanti dapatlah buka restoran,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hazama
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui dirinya rasa terkejut apabila terbaca mengenai kisah tentang seorang usahawan kosmetik yang berkongsi kisah peribadinya bersama sebuah portal sebelum ini.
Perasaan tersebut dirasakan pelakon My Darling, Inspektor Daniel itu memandangkan pada masa sama, usahawan tersebut didakwa masih berhutang dengannya puluhan ribu ringgit.
Kata Dazrin seperti yang dipetik Utusan Online, usahawan tersebut dilihat seperti tiada masalah biar beberapa rakan artis telah pun membuat laporan ke atas dirinya.
“Dia bagaikan tidak ada masalah sedangkan sebelum ini beberapa artis telah pun membuat laporan polis tentang penipuan yang pernah dia lakukan.
“Saya dilantik menjadi duta produk kecantikannya dengan nilai kontrak puluhan ribu. Namun sehingga hari ini dia masih belum menyelesaikan baki bayaran,”katanya seperti yang dipetik.
Berikutan hal tersebut, Dazrin turut memberitahu ada cuba menghubungi wanita yang dimaksudkan, tetap usaha tersebut gagal kerana semua panggilan dan pesanan ringkas yang diberikan tidak berjawab.
“Bukannya saya tidak pernah cuba untuk menghubungi, namun semuanya tidak berhasil. Saya tidak mahu sampai satu tahap saya pergi terjah ke rumah dia pula.
“Membaca kisahnya yang rapat dengan seorang artis lain ketika ini, saya mula rasa risau. Kalau boleh janganlah ada yang akan menjadi mangsa dia lagi selepas ini,” harap Dazrin.