Usahawan sensasi, Safiey Illias sebentar tadi ada memuat naik satu posting yang dirakam bersama bapanya.
Sambil menyatakan rasa sayu, penyanyi Apa Salah Syinta ini turut memaklumkan rasa nikmat apabila dapat menunaikan solat Subuh bersama yang tersayang.
Ads
“Nikmatnya dapat pergi jumaah Subuh dengan ayah. Sedih pun ada,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, Safiey kini berada di kampung halamannya di Pahang bagi mengisi masa curi sempena Raya Korban.
Ads
Sementara itu, apabila menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif selain mendoakan agar Safiey kembali dibukakan hati untuk terus melakukan kebaikan.
Menepis persepsi kurang baik terhadap kedai gunting rambut miliknya, Hairfeeks Babershop yang dibuka di penempatan majoriti bukan Melayu, pelakon Fikry Ibrahim menjelaskan ia tiada kena mengena dengan soal sihir atau dengki yang berlegar di budaya masyarakat Melayu sejak sekian lama.
Sebaliknya, sasaran utama pemilihan lokasi di Setapak, Kuala Lumpur itu adalah bagi mencuba pasaran bukan untuk pelanggan bukan Melayu.
Malah jelasnya kepada MH, kedudukan kedai yang bersebelahan dengan salon lain juga bukanlah sesuatu yang harus dibimbangkan.
“Saya memilih kawasan bukan Melayu kerana bukan mudah mahu menawan pasaran mereka. Walaupun kedai kami bersebelahan dengan kedai lain, namun harga yang kami tawarkan adalah lebih murah.
“Bagaimanapun, hubungan kamu sesama peniaga lain okay sahaja, tiada masalah.
“Saya juga tidak risaukan mengenai peniaga Melayu kerana permainan kami berbeza. Sebab utama adalah saya mahu terjah pasaran bukan Melayu dan pada masa sama cuba juga untuk menarik pelanggan Melayu,” kata Fikry.
Bintang Cik Reen Cik Ngok Ngek ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Hairfeeks, pada Rabu.
Mengharapkan agar kedai barbershop yang diusaha mendapat sambutan ramai, Fikry turut mengharapkan sokongan berterusan dari pelbagai pihak.
“Kami cuba lakukan yang terbaik dan pastinya kepuasan pelanggan adalah misi utama yang perlu dititikberatkan,” katanya lagi.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai gandingan kali kedua bersama Farah Nabilah menerusi drama Kau Yang Pertama, pelakon berusia 25 tahun ini tidak menafikan risau andai ada peminat yang mulai bosan.
“Saya risau juga sekiranya penonton bosan dengan gandingan kami. Malah, pasti ada yang mungkin akan mengharapkan jangkaan yang lebih tinggi berbanding drama sebelum ini.
“Apa pun harapan saya sangat besar dan pastinya drama kali ini ada beza menerusi drama gandingan kami sebelumnya,” ujar Fikry yang turut menanam impian untuk beraksi di layar perak pula.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
PTidak kira selebriti atau sesiapa sahaja pasti pernah melakukan sebuah pengorbanan demi insan yang kita sayangi.
Pelakon jelita yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi, Elfira Loy misalnya telah berkongsi erti pengorbanan pada dirinya.
“Pada Elfira, erti pengorbanan tu sangat besar sebenarnya apa sahaja benda-benda kecil yang kita buat, yang kita korbankan dalam hidup kita demi seseorang itu, itu dah jadi satu pengorbanan sebenarnya,” kongsi bintang filem Tentang Bulan itu.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy turut berkongsi kisah pengorbanan yang pernah dilakukan olehnya demi keluarga tercinta.
“Pengorbanan paling besar dalam hidup saya sudah semestinya untuk keluarga saya, saya banyak berkorban demi keluarga saya dari segi masa dan sebagainya saya harap ia merupakan satu pengorbanan yang besar pada mereka.
“Lepas ni giliran saya pula untuk berkorban apa sahaja demi bayi yang bakal dilahirkan nanti, bertarung nyawa untuk melahirkan bayi,” kongsi Elfira kepada MH.
Sebelum mengumumkan mengenai tarikh dirinya bakal menamatkan zaman solo bersama tunang, pelakon Aiman Hakim Rizda Februari depan, bapa Zahirah, Zainol MacWilson ada berkongsi pandangannya mengenai majlis nikah yang akan berlangsung.
Katanya kepada MH, pada peringkat awal dia tidak menggalakkan niat anaknya untuk mendirikan rumah tangga memandangkan usianya masih lagi muda.
Sebagai bapa sudah semestinya dia mahukan yang terbaik apatah lagi ia merupakan hari bersejarah buat anak pertamanya itu.
Mengulas mengenai kenyataan positif yang dikongsikan si bapa, bintang Curi-Curi Cinta itu menyambut baik pandangan yang dibuat bapanya.
Kongsi Zahirah kepada MH, bapanya yang juga merupakan seorang pelakon itu merupakan seorang yang sangat ‘protective’.
“Bapa saya seorang yang sangat ambil berat dan rasanya ramai yang sudah tahu dengan caranya. Misalnya kalau ada yang komen dalam Instagram dia cepat jer nak ‘masuk’ untuk beri respon. Itulah bapa saya.
“Baginya saya masih lagi ‘baby girlnya’. Malah, mungkin kalau umur saya 30 tahun pun, dia akan cakap saya masih lagi tidak bersedia untuk berkahwin,” seloroh Zahirah.
Pada masa sama, sikapnya yang sedemikian juga secara tak langsung membuatkan hubungan keduanya kian rapat.
“Hubungan kami terlalu rapat dan kerana perpisahan dengan ibu dan pada masa sama saya sudah makin dewasa serta sudah ada pekerjaan membuatkan dirinya jarang ada masa bersama dengan saya.
“Cara saya yakinkannya ialah, saya selalu pastikan setiap perkara atau keputusan diketahuinya juga. Libatkan dirinya dalam kebanyakan hal dan pada masa sama, tunjukkan pandangan serta hala tuju saya.
“Sebab mungkin fikirnya kalau saya sudah kahwin kelak, saya akan duduk rumah saja dan tak boleh keluar.
“Tak dinafikan dia punyai sedikit pemikiran tradisional mengenai hal tersebut. Jadi untuk saya pastikan dirinya faham mengenai gaya hidup isteri kini, ia agak mencabar.
“Apapun, bapa saya seorang yang sangat menyokong. Dia adalah sahabat dan saya boleh berkongsi apa sahaja dengannya.
“Hingga akhirnya pun, saya akan pastikan setiap keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama,” jelas Zahirah yang turut mengakui perkahwinan bukanlah suatu hal yang boleh dipandang sebelah mata.
Terdahulu, pasangan selebriti ini membuat pengumuman khas berkenaan di Bakers Fellas Cafe, Ara Damansara.
Terdahulu menerusi Instagram Media Hiburan, Zainol turut menitipkan pesanan buat pertama hati yang bakal bergelar isteri tak lama lagi.
Pelakon dan penyanyi MK K-Clique mendedahkan anaknya yang baru berusia dua tahun sudah mampu menghafal beberapa lagunya, termasuk ‘Pulang’ dan ‘Risiko’.