Berkongsi paparan mesej perbualan di Instagram, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini berada di Jakarta memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Shahida akan hadiah yang telah dibelikan.
Namun berlaku respon yang diberikan tidak seperti yang diharapkan dari si suami.
Bercerita mengenai hadiah berupa beg tangan mewah, namun Shahida dilihat tidak memberikan fokus atau reaksi gembira kerana sibuk berniaga, cari rezeki.
“I baru je habis belikan u beg @chanelofficial rm200k. u x hargai pun. apa lah masalahyee,” luahnya.
Melihatkan situasi yang berlaku menerusi perbualan WhatsApp yang didedahkan, netizen mengandaikan isteri kepada penyanyi Bobo Di Mana ini tidak merestui perjalanan karier di Jakarta.
Ads
Malah, ulas mereka, Aliff seharusnya lebih memberikan perhatian dan kasih sayang daripada memberikan kemewahan harta benda.
Baru-baru ini, DJ Fuzz ada merakam foto bersama teman dan apa yang menyeramkan, seperti ada suatu penampakan yang samar-samar di belakang bintang berkenaan.
Ada meluahkan kebingungan atas hasil foto yang terakam itu, penyanyi rap ini ada meluahkan kebimbangan di Instagram.
“(Kenapa macam ada benda putih kat dalam booth tu)
“Scary gak tapi saya buat buat cam tu reflection la kot…anyways.
“Studio saya telah dikunjungi oleh founders @trulooks_malaysia untuk buat lagu produk diorang. So untuk their next launch, diorang akan release lagu ni.
“Team buat lagu ni: DJ Fuzz, Faezal, Hez Hazmi.
“(Still takleh move on ngan benda tu, korang rasa tu apa?),” luahnya.