Selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia (UUM), penyanyi dan pelakon Tomok terus melangkah dalam dunia akademik apabila sedang menyambung pengajian ke peringkat sarjana (master) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Seni Persembahan.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, keputusan tersebut didorong oleh minat mendalam terhadap bidang seni yang telah menjadi sebahagian besar hidupnya.

Tomok Kembali Ke Kampus, Sambung Master Dalam Seni Persembahan! – “Kalau Ada Peluang PHD Pula, Insya-Allah…”

“Ini bidang yang saya suka dan bekerja. Saya gembira bila dapat sambung belajar.

“Saya boleh tambah ilmu dan berkongsi pengalaman sepanjang saya berada di industri bersama orang-orang yang lebih muda,” katanya kepada MH.

Selain mengembangkan pengetahuan, Tomok turut menjadikan keluarganya sebagai inspirasi dalam meneruskan usaha menimba ilmu.

Tomok Kembali Ke Kampus, Sambung Master Dalam Seni Persembahan! – “Kalau Ada Peluang PHD Pula, Insya-Allah…”

Ads

“Bila kita terus belajar, kita dapat tahu lebih banyak ilmu. Seni persembahan ini sangat luas bidangnya.

“Secara tidak langsung kita boleh didik diri menjadi orang yang lebih baik.

“Tiada istilah lambat dalam proses pembelajaran. Kita boleh sambung belajar pada umur berapa sekali pun.

“Yang penting kita berusaha dan tanam azam untuk berjaya dalam hidup.

Ads

“Saya juga sudah berkeluarga dan mahu menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak dan diri sendiri.

“Saya kena pandang jauh. Apa akan jadi pada saya dalam tempoh lima tahun,” ujarnya lagi.

Ilmu Tingkat Kualiti Hidup, Sasar PhD Jika Ada Rezeki

Bagi Tomok, ilmu bukan hanya sekadar keperluan akademik, malah merupakan kunci untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup, khususnya buat mereka yang bergelar anak seni.

Tomok Kembali Ke Kampus, Sambung Master Dalam Seni Persembahan! – “Kalau Ada Peluang PHD Pula, Insya-Allah…”

Ads

“Bukan anak seni sahaja, semua orang perlu pentingkan ilmu. Kalau kita ada akademik yang bagus, kita boleh tingkatkan kualiti hidup.

“Bila anak seni kita ada ilmu dan kelayakan, secara tidak langsung industri kita dipandang tinggi. Ketika ini, memang kita boleh buat duit melalui kerjaya dan sosial media.

“Persoalannya sampai bila? Bila ada ilmu, kita boleh guna seumur hidup,” kongsinya lagi.

Ditanya sama ada dia berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi, Tomok tidak menolak kemungkinan untuk menyambung ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

“Kalau ada peluang, insha-Allah. Cakap memang senang tapi nak melaksanakannya itu bukan mudah. Selagi ada kudrat, saya nak pergi setinggi boleh,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI