Penyanyi yang kini sedang bersaing dalam progra Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom berkongsi kisah hidupnya sewaktu memilih untuk meniggalkan suami dalam keadaan sedang hamil anak ketiga.

Susulan itu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dia juga melahirkan anaknya seorang diri. 

“Saya tidak salahkan sesiapa, mungkin jodoh tak panjang. Masa saya tengah hamil dua bulan saya hidup sendiri, tidak sebumbung dengan suami. Daripada baby dalam perut itu berusia dua bulan saya bawa diri sendiri ke Langkawi.

“Sehinggalah saya lahirkan dia pun seorang diri, tak ada orang azan, tak tahu nak minta tolong siapa. Bila balik dari hospital tu, keadaan kita yang tiada suami. Susahlah seorang-seorang,” katanya.

IKLAN

Tom berkongsi situasi sukar itu menerusi sedutan rakaman temu bual sebelum persembahan, malam tadi.

Tom pada masa sama berharap dalam apa saja keadaan, dia akan tetap cuba membesarkan anak-anaknya dengan baik.

IKLAN

“Saya ada tiga orang anak, tapi yang saya jaga hanya dua orang. Untuk anak Mama, Adam. Mama minta maaf sebab tak dapat jaga Adam. Harap satu hari nanti kita akan dapat jumpa.

IKLAN

“Dan juga buat dua anak Mama, Mama buat semua ni untuk kami. Mama sanggup dikecam takpe, tak kisah. Janji Mama dapat lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan kita,” katanya lagi.

Anak sulung Tom yang kini berusia 14 tahun kini dijaga sepenuhnya oleh bekas suami, sementara dua anaknya lagi bersamanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI