Penyanyi Pat Candy diumumkan sebagai peserta ketiga tersingikir pada minggu duet di dalam saingan minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Pat menerima markah terendah daripada para juri iaitu sebanyak 58.40 peratus menerusi persembahannya bersama Aepul Roza untuk lagu Babak Pertama.

Jaclyn Victor menduduki tempat pertama dengan 92.40 peratus, sekaligus mencipta rekod mendapat markah paling tinggi pernah diraih mana-mana peserta GV9 setakat ini.

Jaclyn berduet bersama Aina Abdul, menerima pujian baik juri menerusi persembahan duet mereka menerusi lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan.

IKLAN

Bertemakan Ku Seru, 11 peserta GV9 diadili oleh juri tetapnya iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

Shila Amzah (duet bersama Mimi Fly) dan Fuad Rahman (duet bersama Naqiu), masing-masing meraih 82.20 peratus dan 81.70 peratus di kedudukan ketiga dan keempat.

Berikut ialah markah penuh kesemua bintang yang bertanding;

IKLAN

Jaclyn Victor Buat Rekod Raih 92.40 Peratus &  Pat Tersingkir Dengan 58.40 Peratus, Inilah Markah Sebenar Semua Bintang GV9

Sementara itu, Anugerah Juara Next Level Digi minggu ini dimenangi Hazrul Nizam sekaligus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan Jaclyn Victor pula menerima Anugerah Bintang Memukau Adabi.

IKLAN

Kemenangan mingguan itu membolehkan penyanyi lagu Gemilang itu membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.

Bob Yusof memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak, mendapat hadiah berupa sebuah periuk serbaguna bertekanan tinggi Cuckoo bernilai RM2,700.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI