Selebriti dan usahawan popular, Neelofa tersinggung dengan penyebaran video memaparkan wajah anak sulungnya, Mohammad Bilal sehingga menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Neelofa atau nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 33, tindakan individu berkenaan seperti tidak menghormati dirinya dan suami, PU Riz yang merupakan ibu dan bapa kepada Bilal.

“Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu (penyebaran video wajah Bilal) menyinggung perasaan saya.

“Kalau orang nampak Bilal di luar, tak mengapa, saya tak halang.

“Tapi bila share benda itu, saya rasa macam dia tidak menghormati saya.

“Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan buat benda ini (mendedahkan wajah Bilal kepada umum),” katanya kepada MH.

IKLAN
@mediahiburanofficial Neelofa kongsi rasa teruja bila dia maklum akan travel tidak lama lagi bersama suami dan seterusnya Bilal melancong buat pertama kali! ♥️👍🏼 #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ original sound – Media Hiburan

Neelofa ditemui pada majlis sidang media program bual bicara Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

Menurut Neelofa lagi, dia dan suami sebenarnya sudah mempunyai perancangan bila masa yang sesuai untuk mendedahkan wajah Bilal kepada orang ramai.

“Memang akan sampai masa itu dan saya dengan suami dah rancang bila masa yang sesuai.

IKLAN

“Kami nak jadi orang pertama yang buat,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan;

Neelofa Tampil Menegur; “Dah Dah La Nak Trigger Orang Untuk Keji Maki Saya Sekeluarga.”

IKLAN

“Persediaan 360 Darjah,” – Neelofa Lancar Minuman Detoks, Sediakan Penerangan Pakar Andai Ada Persoal Kebaikannya

Neelofa Akan Dedah Wajah Penuh Muhammad Bilal Tak Lama Lagi

Terdahulu, wajah Bilal tersebar apabila seorang pengguna TikTok didakwa memuat naik video memaparkan muka putera sulung pasangan selebriti itu.

Video yang dirakam secara curi-curi itu dipercayai diambil ketika Neelofa berada di sebuah premis kerajaan, baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI