Satu hantaran video pendek yang dikongsikan penyanyi Nana Sheme sehari lalu di Instagram mencuri tumpuan peminat.

Menerusi video berkenaan, penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini dirakam sedang menggayakan baju pengantin yang disusuli dengan kapsyen ringkas.

“Counting days, ready?,” tulisnya.

Berkongsi berita gembira, Nana menerusi media sebelum ini mengesahkan dia bakal menamatkan zaman bujang besama lelaki pilihan hati pada 22 Oktober depan.

Menurut Nana Sheme atau nama sebenarnya, Nur Nabilah Hashimi, 27, dia bersama pasangan terdahulu mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.

IKLAN

Mengulas mengenai gerangan bakal suami, Nana memberitahu si dia berasal dari Pulau Pinang dan bertugas sebagai produser muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nana Sheme (@nanaasheme)

Sementara itu ruangan komen pada hantaran di Instagramnya itu, ia turut dihujani dengan ucapan tahniah peminat.

IKLAN

Malah rakan artis juga ada menitipkan dedikasi sama buat bekas peserta Big Stage musim ketiga ini.

“Tahniah akhirnya!!!,” ucap Yonnyboii.

“Congrats Nana,” tulis Harith Zazman.

IKLAN

“Alhamdulillah. Congrats sis,” komen Zynakal.

Di dalam status yang dimuat naik di Insta Stories pula, Nana mengucapkan terima kasih atas segala doa serta ucapan positif yang diterimanya.

Tunjuk Video Pakai Baju Pengantin & Membilang Hari, Nana Sheme Umum Nikah 22 Oktober

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI