Pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada dunia lakonan meskipun usianya kini mencecah 62 tahun.
Cruise yang sinonim dengan watak Ethan Hunt dalam francais Mission: Impossible menyatakan komitmennya untuk terus aktif berlakon sehingga mencapai usia 100 tahun.
“Saya pernah menyatakan hasrat untuk berlakon sehingga usia 80-an. Namun kini, saya mahu meneruskannya sehingga usia 100 tahun.
“Saya tidak akan berhenti membintangi filem aksi, drama mahupun komedi. Saya sangat menikmati kerjaya ini,” katanya dalam temu bual bersama The Hollywood Reporter yang disiarkan semalam.
Pelakon kelahiran Amerika Syarikat itu turut berkongsi bahawa beliau terinspirasi dengan kejayaan Harrison Ford yang masih aktif dalam filem aksi walaupun telah berusia lebih 80 tahun.
Sebelum ini, Cruise menyatakan niat untuk terus membintangi saga Mission: Impossible hingga lewat usia.
Ads
Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa filem kelapan bertajuk Mission: Impossible – The Final Reckoning yang dijadualkan tayang pada Mei 2025 bakal menjadi penutup kepada francais yang telah bertahan lebih tiga dekad itu.
“Ini adalah yang terakhir. Filem ini tidak dinamakan ‘final’ tanpa sebab,” katanya ringkas.
Ads
Dalam perkembangan lain, Cruise dijangka membintangi projek baharu bersama pengarah tersohor, Alejandro Iñárritu yang masih belum diumumkan judul rasminya.
Beliau juga dilaporkan dalam perancangan untuk membangunkan filem ketiga Top Gun serta sekuel kepada Days of Thunder.
Imbas kembali, Tom Cruise memulakan kerjayanya sejak era 1980-an dan sehingga kini masih kekal sebagai antara pelakon paling berpengaruh serta laris dalam industri perfileman antarabangsa.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak kira bergelar selebriti atau tidak, setiap insan sudah pasti impikan rumah tangga yang kekal bahagia selamanya.
Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Ezad Lazim ada berkongsi cerita tentang kisah rumah tangganya menerusi akaun Instagram.
Menyifatkan suaminya itu sebagai suami bertuah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memberi nasihat kepada penyanyi berkenaan.
“Sy cuma nk pesan kt Mamat Hijau ni, zaman dia susah, tkde sapa pun nk bantu, sy tk jumpa pun siapa kwn2 dia yg bantu, esp bab duit, bertuahnya dia ada sy & keluarga.
“Jd hargailah keluarga anda.Sy sgt berjimat, sy sakit pun sy tk pilih Hospital Swasta, sb sy tahu sakit mcm tu juga. Sy tk pernah give up berusaha smp badan ni penat, otak penat.
“Kita rasa kita susah, tp ramai lg org susah. Jadi doa & usaha ja dpt membantu. Jaga diri kita dgn 5 waktu. Kalau tak jaga mcm mana rezeki nak masuk,,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut mendoakan agar mahligai cinta yang dibina pasangan ini kekal harmoni selamanya.
Ezad dan isterinya Zeana atau nama sebenarnya Nor Azeana Haji Ramli bernikah pada 30 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Puteri Rania Kiesha, 6 tahun dan Putera Muhammad Darwish, 4 tahun.
Foto: Instagram Zeana Ramli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Zarul Husin mengimbau kembali memori selepas mengambil keputusan berhenti menyanyi pada tahun 1997.
Katanya, ketika itu dia sempat mencari rezeki dengan membantu arwah bapanya menjual apam balik.
Lebih manis, arwah juga yang menggalakkannya untuk mencuba nasib sebagai pramugara.
Tambah Zarul lagi, arwah bapanya risau melihatkan dia tiada pekerjaan tetap dan sanggup membawanya memotong rambut demi temuduga yang bakal dihadapi.
“Dulu tidak pernah terfikir langsung pun nk jadi pramugara, selepas saya berhenti menyanyi dgn Umbrella tahun 1997, saya jual apam balik ngan arwah abah saya (al fatihah) dkt suatu simpang di Puchong.
“Arwah yg galakkan sy pergi interview, yelah bapa mana yg tak risau tengok anak dia xde kerja tetap, siap bwk saya potong rambut saya yg panjang paras bahu masa tu demi temuduga pramugara.
“Alhamdulillah rezeki anak sy .. (dan sedikit tips interview dr customer bapa saya yg merupakan pramugara dan pramugari MH masa tu).
“@malaysiaairlines terima saya jd kakitangan mereka sbg pramugara- selepas 16 tahun saya resign, sekian celoteh subuh hari ni.
“Oh by the way kalau nk tengok kisah kisah pramugari dan pramugara sila lah ke youtube channel saya “Zarul Umbrella”.
“Selamat berpuasa dan stay home #zarulumbrella #bukangadisbiasa #sambalaichik #serundingaichik #pictuszarulhusin,” kongsinya.
Semalam, kita dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan krew Ruzzlan Shah Abdullah yang melakonkan watak Detektif Wong dalam drama siri kegemaran ramai, Gerak Khas.
Kelihatan ramai rakan artis yang turut sama memberikn ucapan takziah di atas pemergiannya itu.
Dalam pada itu, pelakon Hisyam Hamid sempat berkongsi di laman Instagramnya ketika bekerja dengan Allahyarham serta menyifatkan bahawa dia merupakan seorang yang sangat baik.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. I’m in shock bila dpt berita tentang arwah. Such a nice person, soft spoken, selalu belanja org makan, selalu bagi nasihat dan sgt prihatin terhadap org lain
“Semoga arwah Ruzzlan Shah Abdullah aka Detective Wong aka Abg Lan dicucuri Rahmatnya dan ditempatkan dikalangan yg beriman, InShaAllah. Al-Fatihah,” tulisnya.
Benar kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Moga-moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Foto/Instagram: Hisyam Hamid & Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...