Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat akui risau apabila perlu berjaga malam dan menjaga anak ketiganya, Anggun Mikayla, seorang diri selepas suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir kini disahkan positif COVID-19.
Menurut Ayda, ini kali pertama dia perlu menguruskan anaknya itu sendirian kerana sebelum ini, segala tugas menjaga anak dan berjaga malam dilakukan sepenuhnya oleh suaminya.
“Ada ni tengah memikirkan macam mana nak jaga Anggun Mikayla sorang-sorang malam ini. Kali pertama ini kena jaga sorang. Selalu Nabil yang bangun malam uruskan baby.
“Kalau saya rajin saya tolong-tolong sebagai PA sahaja. Tak mengapa. Saya boleh buat semua ini.
“Nabil kena COVID-19. Tadi pergi klinik dan swab. Dua garis,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Yaa Hari Raya itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Ads
Doa Kesembuhan & Harapan Buat Keluarga
Dalam masa sama, Ayda turut mendoakan agar suaminya cepat sembuh serta berharap ahli keluarganya yang lain tidak dijangkiti wabak berkenaan.
“Semoga lekas sembuh sayangku. Ada lagi COVID-19 ini eh. Patutlah semalam Nabil demam dan lemah je.
Ads
“Cepat sembuh sayang. Doakan Mimi, Nayla dan Dedek tak kena COVID-19 ya guys. Amin,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan anak ketiga, Anggun Mikayla yang dilahirkan pada 26 Januari lalu.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Setelah sekian lama menyepi daripada menghasilkan lagu, usahawan dan penyanyi sensasi, Ifa Raziah kembali memeriahkan industri muzik dengan melancarkan lagu raya terbaharu berjudul Gedik Raya.
Menurut Ifa, lagu tersebut menjadi tanda kemunculan semulanya selepas hampir enam tahun tidak hadir dengan karya baharu sejak single terakhir, Miss Diva yang dilancarkan pada tahun 2020.
“Enam tahun saya tiada lagu baharu. Lagu terakhir saya adalah Miss Diva pada tahun 2020. Tahun 2026 ini, saya nak buat sesuatu yang baharu.
“Saya nak buat lagu back to back termasuk solo dan duet. Saya ingin buat come back dan berkarya semula. Lima tahun saya berehat kerana sibuk menguruskan StarVendors,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai penerimaan ramai terhadap lagu raya terbaharunya, Ifa mengakui dia sudah bersedia berdepan kritikan netizen, apatah lagi dengan imej dan konsep lagu yang lebih segar dan moden.
“Sudah tentu orang akan keji dan hencap saya pada mulanya. Mereka sebenarnya bukan tak suka lagu dan muzik video saya, mereka cuma tak suka Ifa Raziah secara peribadi.
“Mereka tak boleh terima saya buat comeback sebab sudah tua. Bawa pula lagu macam budak-budak Gen Z. Tak sesuai. Mungkin itu anggapan mereka.
“Namun, saya juga kena ikut peredaran masa. Takkan pula saya nak nyanyi lagu-lagu saya seperti tahun 90-an dahulu? Siapa nak dengar lagi lagu sebegitu?,” katanya.
Bercakap mengenai muzik video lagu Gedik Raya yang hangat diperkatakan, Ifa menjelaskan dia sengaja memilih konsep
suasana imaginasi yang berbeza daripada kebiasaan lagu raya yang sering memaparkan latar kampung atau suasana tradisional.
“Ramai yang bertanya kenapa saya gunakan AI? Sebenarnya muzik video itu menjalani proses penggambaran. Saya gunakan green screen dan CGI. Bukan semuanya AI.
“Konsep lagu ini kita beraya di kayangan dan bukan di bumi. Kalau beraya di bumi, saya dah buat suasana kampung. Lagu saya ini adalah fantasi. Kita sedang berangan.
“Jadi, kita perlu gunakan teknologi terkini. Saya perlukan sebuah mahligai. Kalau di dunia nyata, mahligai mana yang boleh saya pergi?,” kongsinya.
Meskipun lagu ini menerima kritikan segelintir pihak, Ifa memaklumkan hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya, malah menganggap perhatian yang diberikan sebagai satu bentuk promosi buat lagu tersebut.
“Janji saya ada keluarkan lagu baharu. Orang nak hencap atau mengata, lantaklah. Yang penting viral. Daripada orang tak kenal, jadi tahu. Di media sosial ketika ini, semua orang demam ‘Gedik Raya’.
“Kalau tak suka orang, jangan membenci sangat. Jangan suka mengata, pahala banyak dapat ke saya. Ada juga yang menyesal sebab benci lagu itu dahulu.
“Orang benci lagu ini sebabkan nama Ifa Raziah sahaja. Kalau artis baharu yang menyanyi, orang tiada masalah pula. Menarilah dan terkinja macam mana pun, mereka okay sahaja.
“Pakai tudung pun tak mengapa. Disebabkan saya ini artis tua, semuanya jadi salah,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jenama fesyen tempatan, Amber memilih Scha Alyahya dan Hael Husaini sebagai wajah kempen raya terbaharu, Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection.
Pemilihan ini dibuat kerana imej eksklusif, minimalis dan elegan yang dibawa oleh kedua-dua selebriti tersebut, selari dengan konsep koleksi berkenaan.
Pemilihan Scha dan Hael bukan hanya bersandarkan populariti semata-mata.
Sebaliknya, ia turut mengambil kira cara mereka membawa diri, personaliti serta ketelitian dalam memilih jenama yang seiring dengan definisi “Luxe” yang ingin diketengahkan melalui kempen ini.
Kempen Amber LUXE memperkenalkan koleksi raya eksklusif yang menampilkan rekaan ringkas tetapi mewah.
Fokus diberikan kepada kualiti fabrik, potongan kemas serta sentuhan moden yang sesuai digayakan oleh pelbagai peringkat usia.
Bagi koleksi wanita, lima rekaan utama diperkenalkan iaitu Melis, Esma, Ruya, Ela dan Leyla.
Sementara itu, koleksi lelaki pula menampilkan tiga set Baju Melayu moden iaitu Orhan, Azra dan Demir yang direka dengan potongan minimalis serta kemasan premium.
Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan berkata konsep Amber LUXE menekankan kemewahan dalam bentuk yang ringkas dan tidak keterlaluan.
Justeru, Scha dan Hael dilihat sebagai pilihan paling tepat untuk mewakili koleksi tersebut.
“Kalau kita tengok Amber LUXE, dia sangat simple tetapi nampak luxury. Sebab itu saya rasa konsep ini sangat bertepatan dengan Scha dan Hael. Bila mereka pakai, semuanya nampak ‘on point’.
“Luxe itu bukan bermaksud status, tetapi dari segi tekstur kain, pemilihan rekaan dan keseluruhan rasa pakaian itu. Cara kita bawa diri dan baju itu sendiri perlu berjalan seiring,” katanya.
Menurutnya lagi, koleksi Amber LUXE dihasilkan untuk semua golongan dan tidak hanya tertumpu kepada segmen premium, walaupun menampilkan sentuhan eksklusif.
“Amber LUXE untuk semua. Kita nak nampak ada eksklusif, tetapi masih mampu milik. Luxe itu bukan mahal semata-mata, tetapi pada kualiti, rekaan dan pengalaman bila memakainya,” ujarnya.
Tambah Adzliana juga, penerimaan pelanggan terhadap Amber terus menunjukkan perkembangan positif termasuk selepas pembukaan butik di IOI City Mall, Putrajaya yang mendapat sambutan luar jangka.
“Sambutan sangat baik. Walaupun Amber bukan jenama paling besar, tetapi pelanggan datang dan melihat sendiri koleksi dari awal sampai sekarang. Penerimaan masyarakat sangat positif,” katanya.
Sementara itu, Scha Alyahya menyifatkan peluang menjadi wajah bagi jenama ini sebagai satu penghargaan terhadap perjalanan kerjayanya dalam industri hiburan dan perniagaan.
“Bagi saya, ‘Luxe’ itu bukan sahaja pada pakaian tetapi bagaimana kita membawa diri. Saya seorang yang santai, tetapi sangat teliti dalam memilih kerja dan jenama.
“Sebab itu bila diberi peluang ini, saya rasa ia satu penghargaan terhadap apa yang saya bina selama ini,” katanya.
Menurut Scha, konsep Amber LUXE juga menarik kerana memberi peluang kepada semua orang merasai pakaian eksklusif dengan harga berpatutan.
“Target Datuk Adzliana adalah semua orang boleh rasa bagaimana memakai pakaian Luxe, tetapi dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang sangat baik.
“Rekaan pula nampak berbeza, terutama untuk lelaki yang simple dan minimalist,” katanyq lagi.
Hael Husaini pula terharu apabila koleksi terbaharu ini menerima sambutan memberangsangkan daripada peminat, termasuk ketika diperkenalkan di acara CelebFest di Singapura baru-baru ini.
“Alhamdulillah, untuk koleksi kali ini sambutan sangat baik. Ada rekaan yang cepat sold out, terutama masa acara di Singapura. Saya rasa peminat Amber memang tunggu koleksi seperti ini,” katanya.
Kesemua koleksi Amber Raya 2026 boleh didapati menerusi laman web rasmi dan secara fizikal pula boleh dilakukan di butik Amber baharu di IOI City Mall, Putrajaya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Amber atau mengikutinya di Instagram.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya ke peringkat antarabangsa apabila menerima sambutan meriah daripada pengunjung pada acara Celebfest yang berlangsung baru-baru ini di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre.
Kemunculan UTV pada festival hiburan dan gaya hidup popular itu nyata mencuri perhatian ramai apabila pengunjung berpusu-pusu ke reruai atau ‘booth’ mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai platform berkenaan yang kini sudah boleh diakses oleh warga Singapura.
Lebih menarik, aplikasi UTV kini boleh ditonton oleh penonton di republik itu dengan setiap kandungan ditawarkan pada harga serendah SGD3.90 sahaja.
Presiden UTV yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan berkata sambutan luar biasa yang diterima membuktikan bahawa kandungan tempatan Malaysia mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan penonton serantau.
Menurutnya, penyertaan UTV di Celebfest menjadi platform penting untuk memperkenalkan jenama serta kandungan eksklusif mereka kepada peminat hiburan Melayu di Singapura.
“Kami Sangat Terharu Dengan Sambutan Pengunjung”
“Alhamdulillah, kami sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh pengunjung Celebfest. Ramai yang datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai UTV dan tidak kurang juga yang terus memuat turun aplikasi kami.
“Ini membuktikan kandungan tempatan kita mempunyai peminat tersendiri di Singapura dan kami berharap UTV dapat menjadi platform yang mendekatkan lagi penonton di rantau ini dengan karya-karya berkualiti,” katanya.
Sepanjang festival berlangsung, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi ‘meet and greet’ bersama barisan selebriti popular tanah air termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Arfie Shah serta Nora Danish.
Namun begitu, antara yang paling mencuri perhatian ialah pelakon muda Siti Khadijah apabila menerima kehadiran peminat paling ramai sehingga ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk bergambar bersamanya.
Sesi bertemu peminat bersama Siti Khadijah berlangsung hampir dua jam tanpa henti. Malah, peminat sudah mula menunggu sejak siang hari bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang bertemu pelakon itu pada waktu malam.
Kehadiran Siti Khadijah juga bertujuan mempromosikan drama terbaharu lakonannya, Takdirnya Cinta yang bakal menemui penonton sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara eksklusif di platform UTV.
Sambutan luar biasa yang diterima di Celebfest sekali gus memberi isyarat positif kepada UTV dalam usaha memperluaskan pasaran kandungan digital tempatan ke peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan penonton Nusantara.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur malam tadi bukan sahaja bergema dengan persembahan hebat penyanyi Shila Amzah, malah turut menjadi pentas penuh emosi yang...