Tolong Lah Sapa-Sapa Pergi Rompak Dia’ – Netizen Bengang Sajat Selalu Kongsi Video Kira Duit

Alamak, apa kes pulak ni tiba-tiba netizen bengang dengan pemilik kosmetik, Nur Sajat sampai suruh orang pergi rompak dia?

Kalau korang perasan kan? Sekarang ini Sajat rajin berkongsi video dia sedang mengira duit hasil jualan kosmetiknya.

Mungkin terlalu kerap berkongsi perkara tersebut di laman Instagram, netizen mula memberikan teguran kepada Sajat.

“Jangan nak ‘show off’ sangat duit tu sebab akan kes rompakan sebab Live Facebook tunjuk duit,” pesan seorang netizen.

Dalam pada itu, netizen lain turut memberikan sokongan kepada kenyataan individu tersebut.

IKLAN

“Jangan suka menunjuk, takut bawa padah,” tulisnya.

“Kaya tak salah, jangan tunjuk sangat Jat oii. Malang tak berbau,” tulis netizen lain pula.

Ada juga netizen yang mempersoalkan ‘keberanian’ Sajat berbuat demikian.

“Tak takut bahaya ke dia ni? Riak tu satu hal, hal bahaya keselamatan juga kalau tak pada diri sendiri mungkin pada famili. Beringat sebelum mendapat,” tulis netizen itu.

Ada juga yang netizen yang meminta agar Sajat dirompak supaya dapat memperoleh pengajaran daripada insiden itu.

“Tolonglah…tak ada sesiapa ke nak pergi rompak dia? Tolonglah rompak dia, aku nak rompak tapi jauh sangat pulak,” tulisnya.

IKLAN

Selain itu, ada juga yang menegur secara halus supaya Sajat menggunakan kekayaan yang ada untuk melakukan amal ibadah.

“Kalau dapat duit tu kat tangan aku, pergh boleh buat amal ibadat. Bagi gelendangan makan, tolong orang-orang susah,” tulisnya.

Aduh, macam-macam netizen ni. Pada MH mungkin Sajat berniat baik ingin berkongsi kejayaan seterusnya memberikan inspirasi kepada peniaga-peniaga lain tapi disalah ertikan oleh netizen.

Apa-apapun, MH harap Sajat ambil iktibar daripada insiden ini dan berhati-hati apabila berkongsi sesuatu dengan netizen.

sumber: Instagram Sajat